| This Quran belongs to the apartment @2021 |
Ahad.
Dohar, Qatar.
Hari ini wak nak bermula puasa nazar yg pertama.
| Qatar airlines on the blue sky @2021 |
Jumaat tengahari.
Doha, Qatar.
Solat jumaat kali ke lima.
Dapatlah air mineral 200ml percuma
Wak perasan di masjid ini.
Tiada tabung sedekah.
Yang wak pernah nampak ialah tabung zakat.
Itupun di City Center Mall dan al-Hazm mall.
Movie lalat. Invincible 2006..
Hafazan lalat. Sabki surah abasa.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| 1 am view from my window this morning @2021 |
Jumaat.
Doha, Qatar.
Pagi2 tadi wak berjalanan ke tefian fantai lagi.
Selepas itu, dalam perjalanan pulang ke gagang.
Wak terjumpa RESH (India Chennai) itu.
Wak pun tunjukkan dia jalan ke fantai.
Wak singgah ke City Center mall yg sudah dibuka.
Wak ingatkan mall dibuka jam 10 atau 11 pagi.
Kali ini wak cuma mahu mencuba kad atm Maybank lagi.
Sebab semalam kan wak sudah activate penggunaan international dalam maybank2u.
Tapi malangnya masih tidak boleh digunakan.
Adalah 3 mesin atm wak try.
Kemudian wak cuba beli sarapan McD dibawah itu.
Nota. McD dibuka 24 jam ya.
Pesanan guna skrin.
Mula2 wak nak bayar cash, tapi terlupa wak cuma bawa 5 riyal dalam spender.
Harga burger muffin with eggs tu ialah 10 riyal.
Wak try guna kad debit Maybank itu.
Kali ini ada mesej pula, "do not honor."
Wak ada terfikir juga.
Kalau tiada pilihan lain.
Mungkin wak akan minta tolong rakan sekerja.
Transfer duit dalam akaun bank dia dan minta tolong dia cashkan kat atm mesin saja.
Buat masa ini, duit cash adalah untuk belanja 2 minggu lagi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Souq Waqif, Doha @2021 |
Khamis.
Doha, Qatar.
Usai mesyuarat tingkap pagi tadi.
Wak terus berlarian ke City Center mall.
Mencuba hampir kesemua mesin atm yg ada.
Tapi masih tidak berjaya.
Jadi, mengikut kata AWI.
Semalam ada rakan yg boleh keluarkan wang cash di Souq Waqif.
Siap hantar gambar rakan itu berada di mesin atm.
Jadi, dari City Center Mall, wak pun terus ambil tren metro.
Ke Souq Waqif semata2 mahu mencari mesin atm itu.
Bila berjumpa mesin atm.
Serupa juga, masih ditendang kad atm dengan jayanya.
Cerita lain.
Tadi masa ondway balik.
Dalam stesen metro di Msheireb.
Ada awek Filipin sibuk tanya dgn sorang lelaki (mcm staf metro).
Awek cakap dia nak pergi National Museum.
Tapi mamat lelaki macam tunjuk salah tren.
Bila awek tu ikut laluan lelaki yg salah, wak pun tegur.
Wak suruh naik line kuning ke National Museum.
Awek Filipin pun cakap "thank you."
Teringat wak dulu kena kelepet dengan mamat Filipina yg nmpk mcm educated masa nak pegi airport.
Wak tak sampai hatilah nak balas dendam.
Cerita lain kedua.
Masa dalam berjalan balik ke apartment.
Tiba2 ada mamat Filipin tegur wak dalam bahasa Tagalog.
Mamat tanya nak pergi hotel Marriot.
Padahal dekat saja.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Msheireb metro station @2021 |
| Doha city center @2021 |
| Chicken briyani I bought at Lulu Express for 13.50 riyal @2021 |
| City Center moon @2021 |
Rabu.
Doha, Qatar.
Hari ini ada 3 mesyuarat tingkap.
Jadi, wak terperap saja dalam apartment.
Cuma petang, usai solat maghrib.
Wak berlarian ke Carrefour.
Membeli groceries yg kehabisan bekalan.
Dan wak mencuba guna kad ATM dalam mall.
Tapi dua mesin ATM sudah tendang balik kad kepunyaan wak itu.
Duit cash pun sudah makin menipis.
Sebab wak tak sangka akan lama di tengah bandaraya ini.
Wak kena cari alternatif lain.
Harap2 tak kena cuci pinggan ya kat sini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Please hover your mouse to see comment from norhidana and the traffic differences between morning and afternoon in Doha city center. |
Kelmarin cikkak norhidana ada bertanya,
"lengang je keadaannya memang gitu ke ada waktu dia akan sibuk?"
Masa wak tunjuk gambar pagi tu memanglah lengang.
Sebab bukan waktu pejabat.
Dan ramai mereka tinggal jauh dari bandar.
Maka tadi wak ambillah satu gambar dari apartment wak tinggal ini.
Masa ini pula waktu tengahari.
Tengoklah keadaan traffic jam yg melekat.
Cerita lain.
Petang tadi wak sudah berlarian ke taman berdekatan jambatan al-Wahda bridge.
Memang hajat mahu ambil gambar sunset sekeping dua.
Tidaklah jauh sangat.
Pergi balik pun baru 3 kilometer.
Peluh pun tak sempat nak keluar.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Please hover your mouse to see comments from mrhanafi. |
Selasa.
Doha, Qatar.
Soalan dari rakan blogger, mrhanafi.
"Untuk berada di sana wajib berbahasa Arab ke wak?
nak juga melancong nie ke tanah arab."
Qatar adalah bekas negara jajahan British (1868-1971).
Jadi, bahasa Inggeris adalah bahasa utama disini.
Bahasa rasmi masih tentunya bahasa Arab ya.
| Please hover your mouse to see unclegedek's comment. |
Isnin.
Doha, Qatar.
Pagi tadi subuh sepi-e wak berlarian ke tefian fantai.
| Beef curry from al Kaladi restaurant @2021 |
Ahad.
Doha, Qatar.
Tiada aktiviti menarik hari ini.
Wak pun sibuk dengan tugasan potong rumput.
Dan tengahari tadi, tiba2 tiada talian wifi dan internet dalam bilik apartment.
Aduhai, kutu wak mati.
Dekat 3 jam juga baru wifi bermula semula.
Ooh, pasal gambar makanan delivery diatas.
Hari ini wak pesan beef curry (QR12) dengan nasi putih (QR5) sahaja.
Selalu pesan telur rebus dua biji.
Tapi telur Carrefour masih ada dalam bekalan.
Harga telur pun lebih kurang sama sahaja, yakni satu riyal (rm1.14) sebiji.
Ooh, kari daging ini memang power pedas giler.
Bikin terjurai2 peluh atas dan bawah.
Nampak tak portion makanan itu memang banyak.
Jadi wak bahagikan dua untuk dimakan esok.
Bukan kedekut, tapi berjimat cermat kan amalan mulia.
Letak dalam refrigerator.
Esok keluarkan dan panaskan dalam microwave oven.
Movie lalat π₯ Yesterday (2019) - separuh saja wak tonton sbb cerita yg bosan dan tak masuk akal.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Doha sunset just now @2021 |
Petang tadi AWI tidak jadi pula keluar mencari nasi lemak.
"Ada keje nak buat la wak," wasapnya.
Jadi, wak pun keluarlah sendirian ke tefian fantai.
Tidak sampai fantai pun.
Tapi gara2 nak ambil video time lapse waktu senja.
Wak kena tunggu tepi jalan selama sejam setengah.
Hobi punya pasal, terpaksalah layan je.
Dan singgah di City Center Mall untuk solat maghrib.
Dan makan burger chicken mushroom di McD.
Blog bukanlah hakmilik kekal..
| Ooredoo building, Doha @2021 |
| Sand sculptures inside City Center Mall, Doha @2021 |
| Doha sunset time lapse in 17 seconds @2021 |