Semalam kan penulis terjumpa master Lim di stesen tram Msheireb. Dia ada beritahu mahu ke National Museum of Qatar (Doha) esoknya.
Penulis pun bersetuju. Walaupun tiket masuk sebanyak 50 riyal wajib dibeli atas talian sahaja. Lima puluh riyal tu bersamaan lima puluh tujuh ringgit - mahal juga.
Maka pagi tadii, jam 9 pagi waktu tempatan, kami pun berangkat ke sana. Naik tren metro di DECC ke stesen National Museum via Msheireb.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
================
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
Nota lalat. Dalam muzium tadi, Lim adalah komplen. Sebab mungkin dia selalu juga melawat muzium2 tempat lain. Dia kata, "kat sini takde headphone, kurang information pada objek2 yg dipamerkan." Wak pun setuju jugak.
Selepas selesai urusan melawat muzium negara Qatar. Lim kata dia mahu ke Villaggio Mall. Mula2 wak tak ingin nak ke mall itu. Tapi memandangkan hari masih terang, wak pun ikut Lim. Ini adalah kali kedua wak ke sini. Dan kali ini wak baru tahu ada bahagian mall di sebelah belakang yg bentuk bangunannya lagi menarik. "Besar juga mall ni ya, dan saya amat suka dengan design dan ukirannya," kata Lim dengan kagum. "Tapi," katanya lagi, "mungkin saya tak akan dtg lagi sini, takde yg menarik sangat selain gedung2 kedai jualan branded."
Sudah beberapa hari penulis layan drama Squid Games yg sedang viral sekarang ini di Netflix. Tanpa perlu melanggan saluran Netflix.
Semua ada 9 episod. Satu episod dlm 1 jam. Ada beberapa episod yg penulis langkaukan.
Secara peribadi, memang drama yg menarik. Asli dan sadis. Permainan kanak2 Korea yg dibuat oleh orang dewasa secara kejam.
Pengajaran dari Squid Game: bila kita miskin dgn hutang keliling pinggang, kita sanggup buat apa sahaja hatta untuk membunuh orang lain. Dan bila kita kaya raya sehingga bosan dan berbuat apa sahaja untuk hiburan semata-mata. Inilah kehidupan. Rating 9/10.
Amaran: tidak sesuai untuk tontonan kanak2 bawah umur.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Screenshot of Squid Game @2021
Nota lalat. Petang tadi wak pun berlarian lagi ke tefian fantai Corniche. Kali ini nampak agak ramai orangramai. Mungkin disebabkan esok adalah cuti hujung minggu disini. Sebenarnya wak nak jalan sampai ke tugu sculpture 7 segi yg boleh dilihat dari sini. Tapi nampaknya agak jauh dan kena lalu lingkaran ditefian jalanraya pula. Wak lepak2 sehingga sunset sebelum menapak pulang ke apartment. |
Satu hari penulis agak sibuk dengan urusan potong rumput ya.
Petang tadi, penulis berlarian ke mesjid berdekatan. Penulis pernah datang bersolat jemuah minggu lepas. Walaupun tadi sampai awal tapi pintu masjid belum dibuka lagi. Sepuluh minit sebelum azan maghrib baru mamat bangla tiba dan buka pintu.
Begitulah juga usai solat berjemaah. Sepuluh minit mamat bangla tutup lampu dalam dewan.
Walaupun waktu isyak bukanlah lama lagi. Mungkin disebabkan pandemik sekarang ini.
Dari mesjid tadi, penulis berlarian ke pusat belibelah didepan itu. Masuk Carrefoure mencari bekalan roti pita dan madu asli.
Petang usai solat asar, penulis terus berlarian ke Katara Twin Towers. Dari stesen metro DECC terus ke Legtaifiya. Penulis berjalan kaki sahaja limpas pusat belibelah Lagoona.
Agak jauh juga untuk dapatkan pemandangan matahari terbenam.
Rupanya penulis tersilap tempat dan masa. Sepatutnya penulis terus ke tempat pancuran warna warni itu.
Nota lalat. Jarak perjalanan ini ialah 8.22km. Tidak termasuk perjalanan dari stesen metro DECC ke apartment.
The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021
Isnin. Doha, Qatar.
Petang usai solat asar, penulis pun berlarian ke hospital Perubatan Sidra. Hospital ibu dan anak.
Sebab semalam, semasa bermain tiktok. Mata penulis tertancap pada satu karya yg menunjukkan arca yg unik. Dari persenyawaan hinggalah menjadi janin dan seterusnya menjadi bayi.
Yg taksubnya, arca2 itu terdapat di Doha, Qatar! Qatar kan negara Islam? Setahu penulis, mana boleh tunjukkan patung2 telanjang sebegitu.
Tapi haruslah juga bersikap husnuzon. Mestilah mereka mempunyai ahli majlis fatwa yg berkaliber. Wallahualam.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021
The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021
The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021
The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021
The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021
Nota lalat. Mula2 bila nmpk dlm google maps, wak rasa tempat ni jauhlah sangat dari ibukota. Tapi bila ternampak dekat je dgn stesen metro tu terus wak terjah. Dari DECC metro station line merah, wak turun di al-Bidda utk transfer dan amek line hijau terus ke Qatar National Librarystation. Tapi hospital itu kan seberang jalanraya yg sibuk. Bagus juga ada terowong pejalan kaki bawah tanah. Tidaklah jauh sangat patung2 sculpture "The Miraculous Journey" itu sebab dah boleh kelihatan dari seberang jalan tadi. Ada 14 patung arca semuanya. Wak pun amek 2 3 gambar sudah dan 1 video untuk tiktok. Terus balik guna metro line yg sama dan turun di DECC. Ooh. Dalam tren tadi, ada polis tegur sebab wak dok dalam gerabak family. "Do you have family?" tanya polis itu. Wak kata sorry dan pindah gerabak belakang. Baru je duduk beberapa detik, datang pula abam inspector tiket. | Sebelum balik ke apartment, wak singgah di Carrefour beli buah2an limau dan epal dan beberapa jajan biskut untuk kunyahan dalam bilik nanti.
The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021
Hari ini penulis tiada rancang mahu berjalan ke mana2. Walaupun banyak tempat lagi mahu diterokai. Sebab sakit kaki melecet berjalan kelmarin sejauh 9km masih terasa sakitnya.
Cuma penulis mahu cerita sedikit. Pasal pesanan makanan di sini.
Masa tiba di tempat tinggal (apartment) yg baru ini. Rakan serumah (Prm) ada berikan penulis nombor telefon restoran india. Boleh pesan makanan guna telefon sahaja. Penghantaran percuma.
Mula2 penulis cuba juga telefon. Tapi macam taukeh restoran sukar memahami pertuturan.
Jadi penulis berjalan kaki ke pusat belibelah berdekatan. Pesan KFC (Q18), McD (20), Jollibee (Q18) dan makanan Siam (Q29) juga. Tapi semuanya agak mahal.
Jadi penulis cuba lagi telefon restoran al-Kalady itu. Rupa2nya senang sahaja.
Setakat ini penulis pesan beriani ayam (Q12), beriani kambing (Q16) dan kari daging (Q12). Nasi putih (Q5) dan telur rebus (Q1). Memang bahagian (portion) yg agak besar dan puas. Yg penting lagi murahan dari makanan di pusat belibelah itu. Dan boleh simpan utk makan kali kedua - jimat kannns.
Ehh. Tadi ada rakan sekerja Vietnam Tin yg baharu sampai dari tengah lautan. Dia pun pesan makanan dari restoran al-Kalady ini. Tapi dia pesan beriani daging sahaja.
Nota lalat. Pasal restoran Jollibee pesaing KFC. | Jollibee ni restoran francais dari filipin. | Wak perhatikan semua pekerja2 kedua2 restoran ni adalah pinoy. | Dan dengar cerita, even pekerja KFC pun sanggup beratur nak makan ayam Jollibee. | Wak dah try dua2 francais ayam goreng kat Doha ni. | Personally wak masih sukakan ayam KFC berbanding Jollibee. | Nantilah wak nk try makan pizza pula. | Ada pizza hut dan ada pizza local jugak. |