Sep 5, 2017

SUNRISE ON THE PLUS HIGHWAY HEADING SOUTH THIS MORNING

Sunrise this morning at Pagoh Plus highway heading south.

Usai urusan korban raya haji kelmarin tengahari penulis pun berlarian ke key ell. Alone matcham biasa.

Ingatkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya bos menyatakan kontrak potong rumput penulis disambung sebulan lagi. Alhamdulillah, rezeki untuk terus membeli beras dan sebongkah berlian.

Pagi-pagi subuh sepi-e tadi, penulis berlarian semula ke gagang dan terus ke tempat bertugas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 4, 2017

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: MENARA CONDONG TELUK ANSON DAN IKAN PATIN TEMERLOH

Menara Condong Teluk Anson, Perak 2017.

Untuk baca entri Teluk Intan sebelum ini, sila panjat di SINI.
Untuk baca entri Temerloh sebelum ini, sila renang di SINI.

Kelmarin, sempena cuti yang panjang, cuti hari kebangsaan yang ke 60 dan cuti hariraya aidiladha dan cuti peristiwa Sukan Sea 2017, penulis telah berlarian ke Teluk Intan dan juga Temerloh Pahang. Alone matcham biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Menara Condong Teluk Intan, Perak 2017.

Temerloh, Pahang 2017.

Ikan patin masak tempoyak I dont like, Gerai Kak Mek/Afidah (Singgah Sokmo), Temerloh, Pahang 2017.

Sep 3, 2017

BOLEHKAH DIMAKAN DAGING KORBANNYA SENDIRI?



Alhamdulillah. Korban hariraya haji telah disempurnakan.

Nota korban lalat. Harga seekor lembu bagi tahun 2017 adalah rm4,200 yang dibahagi kepada 7 bahagian, setiap bahagian berharga rm600.

Nota soal jawab lalat. Daging korban sendiri boleh diambil sepertiga dan boleh dimakan, kecuali bernazar. Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 31, 2017

HARIRAYA KORBAN 2017

Masjid Bandar Seri Alam during dawn this morning.

Dulu pernah abang ipar penulis yang beragama Kristian itu bertanya. Kenapa Islam menjadikan kisah Nabi Ibrahim menyembelih anak sendiri, Nabi Ismail, sebagai hari kebesaran? Sebab dalam kitab Injil ada juga disebut kisah tersebut yang mereka anggap biasa-biasa sahaja. Penulis menjawab, bahawa pengorbanan diri sendiri untuk Allah adalah lebih utama. Wallahualam.

{وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ (99) رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100) فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلامٍ حَلِيمٍ (101) فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ (102) فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ (103) وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ (104) قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (105) إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاءُ الْمُبِينُ (106) وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ (107) وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الآخِرِينَ (108) سَلامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ (109) كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (110) إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ (111) وَبَشَّرْنَاهُ بِإِسْحَاقَ نَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ (112) وَبَارَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلَى إِسْحَاقَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌ وَظَالِمٌ لِنَفْسِهِ مُبِينٌ (113) }

Dan Ibrahim berkata, "Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.” Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata, "Hai Anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab, "Hai Bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia, "Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, "sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian (yaitu).”Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim.” Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami beri dia kabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang yang saleh. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq . Dan di antara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.

Selamat hariraya haji kawan-kawan. Selamat bercuti panjang. Hati-hati dijalanraya.

Nota balik kampung lalat. Sempena cuti sekolah yang panjang, isteri penulis (yang itu) telah membawa anak lanang bocah cilik dan anak wedok remaja pulang ke rumah panjang. Esok sudah hendak pulang semula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sila goyangkan inul untuk lihat Yaasir (Julai 2008 dan Ogos 2017). Lokasi: Rumah Panjang Sedi. Kredit foto kepada aBo. 
Other link: Then and Now 2013.

MERDEKA KE 60

"Jangan mengaku sudah MERDEKA, kalau ngeteh MASIH dilarang isteri."

Pada tahun 1909, berlakunya perjanjian British-Siam dimana Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang selama ini dibawah pemerintahan Siam akhirnya diserahkan kepada British, manakala Setul (Satun) dan Patani terus berada dibawah pemerintahan Siam.

Tetapi pada tahun 1943, apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, Jepun telah memulangkan semula Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand sebagai tanda ucapan terima kasih kepada kerajaan Thailand kerana membenarkan dan memberi kerjasama kepada Jepun ketika mereka melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu. Bagaimanapun pentadbiran kerajaan Thailand di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berakhir setelah Jepun menyerahkan kalah kepada pihak Berikat. pada 15 Ogos 1945. Ini bermakna Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dibawah pemerintahan Thailand selama 2 tahun.

Pada 31 Ogos 1957, sebuah negara bernama Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada 11 buah negeri seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan akhirnya mencapai kemerdekaan.

Pada 16 September 1963, sebanyak 3 buah negara lagi menyertai sebuah gabungan negara baru bernama Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura bersama 11 buah negeri yang lain. Dan Sukarno mengisytiharkan kempen 'Ganyang Malaya' gara-gara Sarawak sertai Malaysia dan menjadi penyebab mengapa rakyat Indon dan Malaysia bergaduh sesama sendiri sehingga kini. Akhirnya pada 9 Ogos 1965, Singapura disingkirkan daripada Malaysia dan menjadi sebuah negara berdaulat.

Walau apapun, Terima kasih jugak kepada British kerana berusaha mendapatkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis walaupun susah nak dapatkan daripada Thailand, walaupun British jugak pernah berusaha nak dapatkan Pattani dan Setul sekali namun gagal. Kalau tak, kita nak pergi Langkawi pon kena ada pasport, nak ada beras tempatan pon susah sebab takde negeri jelapang padi dan mungkin kita tak kenal apa itu keropok lekor, nasi kerabu, satar dan budu.

Source: internet.

Penulis ingin mengucapkan salam hari merdeka ke 60. Hati-hati di jalanraya. Kalau takut dilambung ombak jgn berumahtanga 2 3 4 ditepian pantai. Majulah sukan utk negara. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 29, 2017

29TH SEAGAMES KUALA LUMPUR 2017 MEDAL TALLY

Gintell cyber air compact treadmill.
Isnin, 28 Ogos 2017, 7.48pm. Jumlah pingat terkini untuk Malaysia: Emas 104, Perak 71, dan Gangsa 69. Sasaran 111 pingat emas boleh tercapai. Bangkit bersama. Majulah Sukan Untuk Negara.

Nota lalat. Penulis sudah lama tidak berlarian atas mesin pengisar injakan (baca, treadmill). Lari setengah jam pun dah mengah. OTL

Nota bola lalat. Terkini. Bolasepak akhir SEA Games KL 2017, Malaysia yang score, tapi Thailand yang menang. Macam mana tuh? Seperti cerita pak kadok naik junjung kampung tergadai saja kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 28, 2017

PRESIDEN MELAYU SINGAPURA

Singapore newspapers, ie Berita Harian and The Straits Times | Singapore 2017

Pagi-pagi tadi penulis telah berenang-renang ke tepian tambak untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.

Petang pula, penulis sempat berlarian menjenguk tanah kebun dikampung sekali lagi. Sebab temujanji dengan suami tuan punya tanah disebelah belakang kebun pula.

Nota istana lalat. Presiden pertama Singapura adalah Tun Haji Yusof bin Ishak (12 Ogos 1910 - 23 September 1970).

Nota duit lalat. Kadar tukaran matawang Singapore Dollar, SGD1 = RM3.15 (belian).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Yusof bin Ishak on Singapore dollars | Singapore 2017

Cikputih on the orchard | Johor 2017

Aug 27, 2017

FLAT LARKIN

Flat Larkin | Johor 2017

Sabtu pagi penulis bertugas memotong rumput seperti biasa.

Tengahari penulis berlarian ke stesen bas Larkin Sentral untuk mengambil anak lanang yang baru pulang dari Melaka bersama rakan lelakinya. Sebelum mereka sampai, penulis sempat lagi singgah di Plaza Larkin untuk menjamah pisang dan keledek goreng.

Malam pula penulis berlarian ke Bazar Karat JB. Dalam perjalanan pulang ke gagang, penulis sempat lagi membeli sate dan durian pahang ditepi longkang yang berharga rm45 sekilo. Aduhai sakitnya tuh disini. Beli sebiji sudah.

Nota cuti lalat. Isteri penulis (yang itu) sudah berangkat pulang ke rumah panjang Sedi pagi tadi bersama anak lanang bocah cilik dan anak wedok remaja sempena cuti sekolah yang panjang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Flat Larkin | Johor 2017

Shopping for MP4 kids player | Bazaar Karat JB | Johor 2017

Aug 26, 2017

DILEMA DAN CABARAN SEORANG SURVEYOR JURU UKUR TANAH

Near Gunung Pulai | Johor 2017

Untuk baca entri Balik Kampung Nak Jengah Kebun, sila tebas di SINI.

Tengahari tadi sempat lagi penulis berlarian pulang ke kampung untuk melihat jurukur yang dilantik untuk mengukur dan membahagi sebidang tanah pusaka arwah ayahnda. Kerja pengukuran tanah yang bermula hampir sebulan. Mula-mula penulis diberitahu kerja-kerja pengukuran tanah akan berakhir hari ini. Tetapi bila penulis tiba, mereka masih terkial-kial mencari batu sempadan dari Jabatan Tanah yang tidak dijumpai. Nampaknya kena tunggu lagi beberapa minggu untuk diselesaikan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A surveyor's tripod is a device used to support any one of a number of surveying instruments, such as theodolites, total stations, levels or transits.

Aug 25, 2017

AEONBANK CARD SMS SPOOFING SCAM ALERT

FSO Bergading this morning | Johor 2017

Pagi tadi turun dari kapal, penulis terima satu pesanan ringkas (baca, sms) dari nombor yang tidak dikenali seperti dibawah. Sejak bila penulis ada kad kredit Aeonbank pula?

RM0.00 Aeon: TQ for using your Aeonbank card ending 1169 for MYR4299.00 AT KLIA 2 - LAZO DIAMOND MY; 24/08/17. For enq call 03-50218520. Txn Code: 123326

Untuk baca scam pasal A CREEPY PHONE CALL FROM SCAMMER 0376268899, sila meremang di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

This is Aeonbank card scam 2017

A view from the ship | FSO Bergading | Pasir Gudang 2017

Oh hi.

Aug 24, 2017

BLUE HOUR AT JAKEL

Blue hour at Jakel Tampoi | Johor 2017

Semalam, isteri penulis (yang itu) sudah mengajak berlarian ke Jakel Tampoi untuk membeli tudung. Terpusing-pusing juga mencari kedai tudung. Akhirnya, tudung Ariani juga yang dipilihnya.

Tadi pagi penulis juga sudah naik kapal lagi seperti biasa. Kerjaan untuk membeli beras dan sebongkah berlian.

Dan malam tadi penulis berlarian ke restoran Der Cabin depan Today's Market untuk meraikan harijadi anak menantu yang sedang sarat mengandung itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Singapore island view from FSO Bergading | Johor 2017

Jue and aDm | Der Cabin restaurant | Johor 2017

This lamb steak is not mine | Johor 2017

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.