Harap pembaca jangan salah paham, penulis bukannya nak membebel pasal jabatan agama johor pasal urusan pengesahan masuk islam isteri yang berlaku hari ini. Tetapi urusan pindaan maklumat JPN untuk menukar mykad isteri penulis yang baharu masih belum ada penghujungnya.
Pagi tadi penulis sudah berlarian ke Pontian bersama-sama isteri penulis (yang itu). Tujuan untuk mendapatkan sijil masuk islam isteri penulis (yang itu). Mula-mula penulis datang ke bangunan pejabat daerah Pontian (Pejabat Tanah Galian), tetapi jabatan agama sudah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Parit Mesjid, berhadapan Sekolah Dato Penggawa Barat - sekolah menengah penulis tingkatan 4 dan 5.
10.44am, ustazah yang bertanggungjawab tiada di pejabat. "Dia pegi bank sekejap, ini no henpon dia, wak telfon sendirik," kata abam ustaz yang sibuk menampal wallpaper sambil dibantu 2 orang pekerja wanita disitu. Bila penulis telefon, ustazah kata tunggu 15 minit nanti dia balik pejabat.
11.15am, setengah jam menanti, masih tiada bayang si ustazah. Bila penulis telefon, "kjap, saya dh kat opis," katanya kelam kabut. Bila ditanya pasal surat pengesahan, "maaf wak, saya baru keje sini setahun, nnti sy tanya pegawai kat dalam."
12.12pm, hampir sejam juga menunggu ustazah yang sedang berada didalam pejabat sementara penulis tunggu tercanguk didepan kaunter. Sampaikan abam ustaz yg mula-mula tegur pun tanya samada urusan sudah selesai atau belum.
12.15pm, ustazah muncul dan setuju untuk buat surat pengesahan masuk islam yang baharu untuk diajukan kepada JPN Setia Tropika.
12.35pm, surat pengesahan selamat di terima. Harap-harap nanti JPN Setia Tropika tidak meminta surat pengesahan yang lain pula. Aminn.
12.44pm, sebelum pulang ke gagang, singgah direstoran Selera Tradisi Catering di simpang lampu trafik Pontian untuk melayan isteri penulis yang nak makan berasak. Penulis pesan ketupat, rendang ayam dan kuah lodeh sudah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Surat Pengesahan Status Pengislaman
Selera Tradisi Catering | Pontian | Johor 2017
Kenapa Cina peluk Islam tak tukar nama? - Lim Jooi Soon
Semalam petang, penulis dan isteri penulis (yang itu) dan anak lanang remaja sudah berlarian ke UTC di Galleria Kotaraya. Tujuan utama masih mahu menukar mykad isteri penulis (yang itu) dan anak lanang remaja juga. Urusan penukaran mykad baru anak lanang remaja tiada masalah kerana tidak tukar alamat. Tapi masalah masih belum terurai untuk mykad isteri penulis (yang itu) kerana pihak JPN masih tidak dapat meminda status agama isteri. Walaupun sudah ditunjuk surat masuk islam yang asli circa 1989. "Kat sini takleh buat, kena pinda status kat JPN Setia Tropika. Surat ni tak laku lah, wak kena pegi Jabatan Agama untuk dapatkan sijil yang baharu, pastu kena pegi JPN Setia Tropika," kata akak pegawai kaunter itu. Bila disuruh abaikan status agama, akak tu kata, "sistem takleh terima. Kena ada agama. Lagipon sini cuma ranting JPN, isteri wak kena gi Setia Tropika." "Cuba wak dan isteri pegi kaunter jabatan agama di bilik sebelah tu, tanya dorang dulu," saran akak pegawai kaunter JPN itu lagi. Bila penulis dan isteri penulis (yang itu) pergi ke kaunter pejabat agama, awek kaunter kata, "sini cuma urusan nikah je wak, kena pegi kompleks agama kat bandar."
Laksa Sarawak special | Mom's Laksa Cafe | Kuching 2017
Pagi Ahad yang hening di bumi kenyalang haruslah bersarapan laksa sarawak yang fofuler itu. Kafe Mom's Laksa cafe sudah. Selepas bersarapan, haruslah juga jalan-jalan ditepian waterfront. Tangkap dua tiga gambiran sudah.
Pagi-pagi Sabtu suboh sepi-e sudah sampai di bandaraya Kuching ini.
Mencari pengecaj bateri di One TJ Mall untuk kamera Canon agak mencabar juga. Walaupun begitu, tujuan jalan-jalan ke pekan Serikin disempadan Indon harus diteruskan. Cuaca tengahari panas berdeting di pekan Border Market Serikin yang sudah dijangka pun dilayan.
Dalam perjalanan pulang dari Serikin, penulis tidaklah singgah di gua Pari-pari (baca, Fairy Cave) seperti di tahun 2013, tapi abam supir membawa singgah ke Tasik Biru lah sangat.
Malam, usai maghrib, penulis pun berlarian ke King Lalapan untuk makan malam. Nasi lalapan ayam yang amat menyelerakan. Selepas itu ke The Spring Megamall.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Above Laut Cina Selatan, heading Kuching 2017
Heading Serikin border market | Sarawak 2017
Kunyit | Pasar Serikin Border Market | Sarawak 2017
Pasar Serikin Border Market | Sarawak 2017
Mini boat | Pasar Serikin Border Market | Sarawak 2017
Fish entrapment | Pasar Serikin Border Market | Sarawak 2017
Salak Madu | Pasar Serikin Border Market | Sarawak 2017
Salak Madu | Pasar Serikin Border Market | Sarawak 2017
Hari ini Jumaat petang, penulis agak sibuk mengemas barang-barang keperluan untuk dibawa ke seberang lautan lah sangat.
Yang penting.
Beg troli dalam kabin.
Mykad dan tiket kapalterbang beserta boarding pass.
Berus gigi.
Pakaian luaran dan dalaman untuk dua hari satu malam.
Yang perlu.
Pen mata bola.
Majalah untuk pembacaan dalam kabin.
Bantal leher tak perlu sebab tak lama dalam penerbangan.
Jajan dan minuman ringan.
Jaket tak perlu sebab tak lama dalam penerbangan.
Alat pengecaj iphone dan headset.
Kesabaran - tak akan lari gunung Santubong dikejar.
Nota pasca lalat. Yang tertinggal dan terlupa.
Deodoran.
Battery charger utk kamera kompak, ie Lumix GF1.
Nota pantun lalat. Gunung daik bercabang tiga, budi yang baik dikenang jua, gunung puteri bercabang dua, buat laksamana tidur tak lena. Amboi amboi amboi. Tag: kuching.
Caesar Salad is my favorite | AEON Pizza Hut Permas Jaya 2017
Malam kelmarin, penulis telah makan malam bersama-sama dengan satu-satunya anak menantu. Makan di Pizza Hut Permas Jaya sudah. Anak lanang bocah cilik tidak ikut kerana ada tuisyen.
Gara-gara ternampak video orang korea makan maggie cup, tiba-tiba penulis pun terasa hendak menghirup juga. Sedap katanya. Lagipun, sudah lama rasanya penulis tidak menjamah mi maggie. Ayam Mee saja yang penulis belum cuba. OTL
1. Chili peppers 2. Red bell pepper 3. Green bell pepper 4. Kale 5. Brocolli 6. Papaya 7. Strawberries 8. Cauliflower 9. Brussels sprouts 10. Pineapple 11. Kiwi 12. Mango
Tapa Motor made an oilpalm's collector motorcycle | Exhibition at Plaza Angsana 2017
Alhamdulillah, urusan jual beli dan serah milik tanah pusaka kakak yang tua kepada adiknya telah selesai pagi tadi dengan aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Pesuruhjaya Sumpah Jalan Dhoby | Johor Bahru 2017
Sisters | Masjid India Jalan Dhoby | Johor Bahru 2017