Jul 8, 2017

KANDA TOLONG BELI BUAH MANGGIS DAN RAMBUTAN KAT PASAR LAMBAK TU

Sila goyangkan inul untuk lihat imej manggis dan rambutan yang lebih tajam.

Sekarang bukan musim buah-buahan. Sekilo manggis (Garcinia mangostana) berharga rm10. Sekilo rambutan (Nephelium Lappaceum) pula berharga rm12.

Manakala harga sekilo buah durian (Durio zibethinus) jangan cakaplah. Sakitnya tuh dipoket spender nih.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 7, 2017

COFFEE NGENCESS

On Jalan Tampoi | Johor 2017

Semalam penulis sempat lagi berlarian ke bank Standard Chartered Taman Molek untuk urusan permohonan penyata pinjaman rumah untuk setengah tahun. Ini adalah permohonan yang terakhir untuk subsidi pengurangan faedah (baca, interest rate) pinjaman rumah kerana isteri penulis (yang itu) pun sudah tidak bekerja lagi di syarikat oil & gas itu.

Usai urusan di bank itu, penulis pun berlarian ke pejabat hasil LHDN Tampoi pula. Kerja potong rumput yang biasa-biasa ini pun terpaksa membayar cukai dan GST dan zakat ya.

Nota lalat. Kebetulan kereta viva Coffee Ngencess hijau yang sama diatas penulis berjumpa sebelum dan selepas urusan di bank tadi.

Nota kamus lalat. Ngences bermaksud meleleh air ludah kerana berahi. Ngiler bermaksud merembes-rembes air ludah kerana sedap.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 5, 2017

ABAH BALIK MASAI MLM NI TAPI ADA MAK KESAH

Heavy traffic jam due to minor accident on 306.5km Plus highway heading south near Sungai Besi Toll Plaza.
Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya penulis terpaksalah pulang semula ke gagang untuk memotong rumput buat beberapa purnama lagi. Bercukur saja kan. Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 4, 2017

WELCOME BACK KLCC



Setelah lebih 7 bulan, datang semula ke pusat bandaraya (baca, KL city center) ini pun tidaklah banyak yang berubah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 3, 2017

BAGAN NAKHODA OMAR SUNSET

Pantai Bagan Nakhoda Omar BNO | Selangor 2017

Kebosanan mencipta kelainan.
Jom jenjalan mengejar sunset dan jambatan perang jepun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Menara Condong Teluk Anson | Teluk Intan | Perak 2017

Victoria Bridge, Kuala Kangsar | Perak 2017

Untuk yang mahu ke sana pertama kali, sila guna Waze atau Google maps sahaja. Ini google maps:


Jul 2, 2017

CARA MEMBUKA PINTU KERETA PROTON SAGA FLX BAGI KUNCI YANG TERTINGGAL DALAM KERETA



Pagi-pagi tadi penulis tertutup pintu but belakang kereta anak lanang itu. Dan teringat satu-satu kunci kereta yang ada pun tertinggal didalam but. Aiyah.

Setelah menarik nafas seketika, ada beberapa cadangan yang berlegar-legar dalam minda.

1. Kunci pendua pada anak lanang yang jauhnya 350km di selatan tanahair. 4 jam untuk penghantaran, tidak termasuk kos minyak dan tol, pergi dan balik.
2. Ambil penyangkut baju dan umpil. Untung sabut timbul.
3. Ambil pembaris besi dan jolok. Untung batu tenggelam.
4. Pecahkan cermin tingkap. Kos penggantian cermin boleh mencecah berjuta-juta lemon.
5. Telefon mamat cina tukang kunci di Taman Kosas. Upah buka pintu paling kurang RM20 saja. Harap-harap mamat cina tak cuti.

Solusi lalat. Telefon mamat cina, DNL bukan nama sebenar, dtg setengah jam, cucuk lubang kunci pintu kereta dgn alatan canggihnya, ludah sana ludah sini, tak sampai dua minit siap. Bila tanya upah, "nam poh hinggit sudah wak!" Aiyah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 1, 2017

GOOD MORNING KLCC

KLCC view from Bukit Belacan, this morning | Ampang 2017

Rumah manis rumah.

Hari baharu dibulan yang baharu. Hidup harus diteruskan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 30, 2017

BLUE SKY WITH SOME CLOUDS

Restoran McDonald's Seri Alam | Masai | Johor 2017

Salam pagi Jumaat kawan-kawan.

Semalam penulis sudah mula bertugas memotong rumput.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 26, 2017

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR BATIN 2017



Selamat hariraya aidilfitri 2017.
Maaf zahir dan bathin.

Raya tahun ini bermula tanpa anak lanang yang tua.

Hati-hati dijalanraya.
Majulah sukan untuk negara.



Nota lalat. Raya pertama balik kampung di Pekan Nenas. Ziarah kubur ayahnda dan bunda - done. Beraya rumah adinda ajis - done. Beraya rumah adinda inah - done. #rayaxsemeriahdulu

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 25, 2017

BERAPA PENDAPATAN BULANAN SEORANG PEMANDU UBER DI JB

Due to the current inflation rate, suddenly the cost of carwash now is RM14 instead of RM10 last month.

Untuk baca artikel astrowani tentang Berapa Pendapatan Bulanan Seorang Pemandu Uber di Malaysia, sila pandu di SINI.

Pengalaman harian seorang pemandu uber di Jay Bee.
Sabtu, hari tidak bekerja. Kebosanan mencipta kelainan, tiba2 ingin memandu Uber.

8.50am - Cuci kereta luaran dan vakum dalaman.
9.15am - Isi minyak penuh ron95 di Petron.
9.41am - Download Uber apps terbaru di McD.

10.00am - dapat ping pertama. 13min untuk mengambil tapi dikensel oleh rider.
10.03am - ping pertama Uber dari TUAN di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. 11 minit jarak masa pengambilan. Lelaki muda Vietnam boleh tunggu tapi disuruhnya cepat. Beliau pulang ke M-Condo, Larkin Perdana.
10.43am - ping kedua, JUWITA di Sri Impian hantar ke JB CIQ, tak nak ke JB Sentral. Jauh, kata cik adik berdahi licin. Tapi sungguh tak sangka, buah cempedak nak jadi nangka, peliknya JUWITA mahu berhenti dan keluar di bawah Jambatan Stulang Laut. Aiyah. Surge 1.4x.



11.08am - KEV di Erica Hotel ke JB City Square. "Selamat hariraya," sebelum keluar kereta. Surge 1.6x.
11.15am - WEN di Double Tree Hilton. Pasangan muda cina Singapura bertanya, "what is the best thing about Danga Bay?" Pemandu kata tiada apa2 yang menarik di situ sebab banyak pembangunan perumahan sedang rancak dibina. "What is the best food in JB?" tanyanya lagi. Pemandu kata bukan peminat chinese food. Tapi penulis sarankan mereka menggugel saja dan pemandu teringat ada blogger Singapura yang suka cerita pasal "Johor kaki makan JB". Surge 1.2x.

11.38am - XIN, di Giant Bukit Indah hantar ke Aeon Bukit Indah. Pemandu hampir melanggar motor disebelah kiri yang laju kerana ketidakbijaksanaan alat gps navigator Uber. Surge 1.8x.
11.51am - AVI adalah penumpang yang ke 6 di Jalan Hijauan 3, Horizon Hills. Lelaki expatriate India mahu ke kondo selepas Petronas. Bila pemandu mohon untuk turunkan beliau di Petronas itu saja, AVI berdegil hantar dia dahulu dihadapan pintu masuk kondonya. Jadi, pemandu Uber terpaksa pusing satu bulatan untuk kembali ke stesen minyak Petronas. Surge 1.8x.

Pemandu berhenti di Petronas untuk toilet break.
Nota bintang. Pemandu Uber ini terima ucapan tahniah dari Uber kerana mencapai 5 stars yang ke sehatus dari penumpang. Bercukur saja kan.

Ngoc the latest pant style from Vietnam | Jalan Rawa 5 | Bukit Indah | Johor 2017

12.25pm - NGOC bukan BO-NGOC (gambar atas), lelaki muda Vietnam menunggu di Tesco Bukit Indah dengan barang-barang pasarnya. Beliau tak guna plastik Tesco kerana hari ini Sabtu. Jadi, dihumbannya kesemua barang-barang basah di boot belakang kereta. Pemandu pun terlupa meletakkan bekas plastik dibelakang kereta yang menyebabkan air barang2 basah itu meresap ke alas dalam boot (trunk) dan berbau busuk. Sempat lagi pemandu Uber mengambil gambar Ngoc semasa pemunggahan barang2 basahnya tadi. Surge 2.1x.

12.39pm - XIN lagi, lelaki cina muda yang sama pagi tadi di rumahnya di Jalan Bistari 8/1 dan menghantar ke Jalan Sungai Danga iaitu sebuah kilang pembinaan. Bila masuk kedalam kereta, pemandu tidak tahan bau badannya yang masam. Jadi, pemandu turunkan tingkap hadapan dikedua2 belah. Surge 1.4x.

Nota set destinasi ke Masai.

12.56pm - VAS, di Kipmart Tampoi yang jauhnya 11 minit. Lokasi pin terletak di bus stop tepi jalan Skudai, tapi mereka tunggu di pintu utama yang pemandu tidak jumpa. Aiyah, kerana ini pertama kali pemandu tiba disini. Olehkerana kesesakan untuk ke pintu utama, pemandu tunggu di kedai mamak, Hamid Corner, berdekatan. Pemandu hantar 3 aci-aci dan minachi ke flat Taman Tampoi Utama. Tapi sebelum itu, aci singgah di kedai bunga.

1.50pm - beristirehat di surau Taman Tampoi Utama. Noon nap.

2.40pm - KHAI, tunggu di Perling Mall hendak pulang ke Jalan Serindit. Stop di kedai hardware berdekatan. "Kampung mak saya kat Singapore, tapi saya dah duduk sini. Saya kerja NUS, kerja kontrak dapat SGD18k selamat 5 tahun," katanya bangga. "Barang2 kat sini memang gile murah wak," gelak KHAI, "tapi belanja sekejap je habes!" KHAI beri tip rm6 kepada pemandu. Surge 1.1x.

2.56pm - GAN, di Jalan Undan Perling hendak pulang ke Taman Impian Emas. Budak lelaki cina sekolah menengah mengambil kelas tuisyen yang agak jauh. "Saya sekolah singapore lah wak, tuisyen situ lebih baik," katanya. "Uber okay ke Wak?" tanya Gan. Boleh lah cari makan, jawab pemandu Uber itu. Surge 1.3x.

3.25pm - NBEEL, berdekatan rumah GAN tapi kawasan sekuriti yang berbeza company. Aiyah. Penulis kena patah balik keluar lagi dan masuk ikut pintu depan. NBEEL dgn isteri dan anak perempuan nak ke Senai Airport. 2 orang anak lelakinya sudah terbang pagi tadi dan mereka naik Uber ke airport juga. "Dah seriklah wak naik kereta balik KL, tahun lepas sangkut jem giler kat Senawang sampai Nilai tuh," katanya, "kami turun Subang lagi dekat kalo nak balik Keramat." NBEEL tunjuk pemandu jalan pintas melalui lebuhraya baru Senai Airport City yang pemandu selalu gunakan juga. "Biasa 12 minit je dah sampai airport," katanya. NBEEL adalah satu-satunya penumpang yang membayar tambang menggunakan credit card.

3.49pm - THINH, pasangan Vietnam tunggu di Econsave Senai. Bawa beg troli dan barang-barang dapur yang ada plastik luaran, tidak seperti mamat NGOC pagi tadi. Hantar mereka ke flat Jalan Idaman. Bila dah sampai, mereka kena bayar ciput 81sen saja kerana ada promosi RM6. Pemandu Uber minta sehinggit.

4.07pm - selepas menurunkan THINH dan awek dia, dapat ping dari Susie. Balak Indon telefon pemandu untuk memberitahu lokasi sebenar kerana kotai tempat awek tu tinggal belum ada jalan sempurna. Tapi selepas tersesat dikawasan perkilangan dan bertukaran menelefon, menengking, menghanjing, menyalak, pemandu Uber akhirnya mengalah dan membatalkan job ini.

4.33pm - isteri pemandu (yang itu) tiba2 telefon, "bila kanda nak beli sarung ketupat plastik nih? Esok dah raya!" Aiyah!

Ringkasan pemanduan hari ini.
Jangkamasa online Uber: 5 jam 38 min
Jumlah trip: 13 trips (only dua trip dapat 5 star)
Rating jatuh: 4.50 dari 4.52 aduhai... ;(

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 24, 2017

CLASSIC CAESAR SALAD

The Classic Caesar Salad | Yew's Cafe | Bandar Seri Alam | Johor 2017

Petang semalam penulis sudah berlarian ke Senai Airport kerana menghantar anak lanang beraya kerumah isteri beliau di Kuching. Selepas itu, dilema mencari kedai makan untuk beriftar pun bermula. Dalam perjalanan pulang ke gagang, penulis singgah di Aeon (Jusco) Permas Jaya. Tetapi bila penulis lihat sudah ramai orangramai memenuhi food court dan kesemua restoran besar spt KFC, Secret Recipe, dan Pizza Hut, kecuali Baskin Robbins, penulis pun membatalkan hasrat untuk berbuka puasa disitu. Seterusnya, untuk memesan KFC Seri Alam di pandu lalu pun tidak kesampaian kerana banyaknya kereta-kereta pun sudah beratur sehingga ke luar jalan utama. Restoran terbuka Der Cabin bersebelahan KFC pun sudah berpindah. Akhirnya, isteri penulis (yang itu) pun mencadangkan singgah di restoran kurang popular, Yew's Cafe, bersebelahan Kluang Cafe, sudah.

Malam pula, penulis pun melayan kaum kerabat untuk menonton wayang cerita "The Transformers: The Last Knight" di pawagam Today's yang berdekatan. Tetapi ada kekalutan diawal cerita bila ada masalah teknikal. Sehinggakan ada abam2 macho lagi poyo tidak sabar dan kecoh kerana babak awal cerita yang mengisahkan peperangan zaman Viking ditayangkan seperti tiada kena mengena dengan cerita Transformer kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.