Jul 4, 2017

WELCOME BACK KLCC



Setelah lebih 7 bulan, datang semula ke pusat bandaraya (baca, KL city center) ini pun tidaklah banyak yang berubah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 3, 2017

BAGAN NAKHODA OMAR SUNSET

Pantai Bagan Nakhoda Omar BNO | Selangor 2017

Kebosanan mencipta kelainan.
Jom jenjalan mengejar sunset dan jambatan perang jepun.

Jul 2, 2017

CARA MEMBUKA PINTU KERETA PROTON SAGA FLX BAGI KUNCI YANG TERTINGGAL DALAM KERETA



Pagi-pagi tadi penulis tertutup pintu but belakang kereta anak lanang itu. Dan teringat satu-satu kunci kereta yang ada pun tertinggal didalam but. Aiyah.

Setelah menarik nafas seketika, ada beberapa cadangan yang berlegar-legar dalam minda.

1. Kunci pendua pada anak lanang yang jauhnya 350km di selatan tanahair. 4 jam untuk penghantaran, tidak termasuk kos minyak dan tol, pergi dan balik.
2. Ambil penyangkut baju dan umpil. Untung sabut timbul.
3. Ambil pembaris besi dan jolok. Untung batu tenggelam.
4. Pecahkan cermin tingkap. Kos penggantian cermin boleh mencecah berjuta-juta lemon.
5. Telefon mamat cina tukang kunci di Taman Kosas. Upah buka pintu paling kurang RM20 saja. Harap-harap mamat cina tak cuti.

Solusi lalat. Telefon mamat cina, DNL bukan nama sebenar, dtg setengah jam, cucuk lubang kunci pintu kereta dgn alatan canggihnya, ludah sana ludah sini, tak sampai dua minit siap. Bila tanya upah, "nam poh hinggit sudah wak!" Aiyah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 1, 2017

GOOD MORNING KLCC

KLCC view from Bukit Belacan, this morning | Ampang 2017

Rumah manis rumah.

Hari baharu dibulan yang baharu. Hidup harus diteruskan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 30, 2017

BLUE SKY WITH SOME CLOUDS

Restoran McDonald's Seri Alam | Masai | Johor 2017

Salam pagi Jumaat kawan-kawan.

Semalam penulis sudah mula bertugas memotong rumput.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 26, 2017

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR BATIN 2017



Selamat hariraya aidilfitri 2017.
Maaf zahir dan bathin.

Raya tahun ini bermula tanpa anak lanang yang tua.

Jun 25, 2017

BERAPA PENDAPATAN BULANAN SEORANG PEMANDU UBER DI JB

Due to the current inflation rate, suddenly the cost of carwash now is RM14 instead of RM10 last month.

Untuk baca artikel astrowani tentang Berapa Pendapatan Bulanan Seorang Pemandu Uber di Malaysia, sila pandu di SINI.

Pengalaman harian seorang pemandu uber di Jay Bee.
Sabtu, hari tidak bekerja. Kebosanan mencipta kelainan, tiba2 ingin memandu Uber.

8.50am - Cuci kereta luaran dan vakum dalaman.
9.15am - Isi minyak penuh ron95 di Petron.
9.41am - Download Uber apps terbaru di McD.

Jun 24, 2017

CLASSIC CAESAR SALAD

The Classic Caesar Salad | Yew's Cafe | Bandar Seri Alam | Johor 2017

Petang semalam penulis sudah berlarian ke Senai Airport kerana menghantar anak lanang beraya kerumah isteri beliau di Kuching. Selepas itu, dilema mencari kedai makan untuk beriftar pun bermula. Dalam perjalanan pulang ke gagang, penulis singgah di Aeon (Jusco) Permas Jaya. Tetapi bila penulis lihat sudah ramai orangramai memenuhi food court dan kesemua restoran besar spt KFC, Secret Recipe, dan Pizza Hut, kecuali Baskin Robbins, penulis pun membatalkan hasrat untuk berbuka puasa disitu. Seterusnya, untuk memesan KFC Seri Alam di pandu lalu pun tidak kesampaian kerana banyaknya kereta-kereta pun sudah beratur sehingga ke luar jalan utama. Restoran terbuka Der Cabin bersebelahan KFC pun sudah berpindah. Akhirnya, isteri penulis (yang itu) pun mencadangkan singgah di restoran kurang popular, Yew's Cafe, bersebelahan Kluang Cafe, sudah.

Malam pula, penulis pun melayan kaum kerabat untuk menonton wayang cerita "The Transformers: The Last Knight" di pawagam Today's yang berdekatan. Tetapi ada kekalutan diawal cerita bila ada masalah teknikal. Sehinggakan ada abam2 macho lagi poyo tidak sabar dan kecoh kerana babak awal cerita yang mengisahkan peperangan zaman Viking ditayangkan seperti tiada kena mengena dengan cerita Transformer kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 23, 2017

MY BEAUTIFUL MALAYSIA

Cloudy sunset at Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Bukanlah penulis ingin membuka pekung didada. Tapi hakikatnya memang kita hidup dikelilingi dengan suasana yang kurang baik, kotor dan tidak cantik. Tidak seperti negara diseberang selat disana kan. Sampah dibuang merata-rata sahaja seperti di pantai Kampung Senibong yang penulis jejaki senja kelmarin.

Jun 22, 2017

FAREWELL IFTAR DINNER TO RAMADHAN

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

27 Ramadhan 1438 Hijrah. Tinggal 3 hari lagi berpuasa sebelum menyambut Syawal dan hariraya Aidilfitri.

Jun 21, 2017

WHERE THE GRASS IS GREEN AND THE GIRLS ARE PRETTY

Jalan Tembaga 2

Sedar tak sedar sudah enam bulan penulis memotong rumput di padang yang tandus dan gersang ini.

Semoga bulan hadapan masih ada lagi cebisan rumput untuk penulis terus memotong mencari sesuap nasi dan sebongkah berlian. Apa-apa pun, penulis berdoa semoga dipermudahkan segala urusan. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.