Midas studio apartments for sale. |
Isteri penulis (yang itu) telah lama menunggu projek kondominium Amber Heights dibelakang rumah untuk dimulakan. Tapak projek, rumah contoh dan gerbang pengawal keselamatan pun sudah lama siap. Tetapi setelah sekian lama, projek kondo Amber itu masih belum nampak pelancaran jualannya.
Petang tadi, semasa di Tesco, penulis dan isteri tertancaplah iklan projek Pangsapuri Midas, bersebelahan Aman Sari. Agak jauh dari rumah tapi masih dalam kawasan perumahan yang sama. Jadi, tanpa berfikir panjang, isteri penulis telah pun menempah satu unit studio sahaja dengan mendapat diskaun sebanyak 20 peratus. Diletakkan anak wedok sebagai nama kedua.
Bila sampai dirumah, penulis pun beritahu anak wedok, kalau nanti sudah berkahwin beruntunglah bakal suaminya kerana sudah ada rumah dan kereta. "Mana boleh," bentak isteri penulis, "nanti kalo kakak kawen soh laki kakak belikan rumah dulu, senang kalo kena halau leh dok umah sendiri!" Sentaplah sikit perasaan penulis, tapi apakan daya, penulis kena berpijak dibumi yang nyata. OTL
Kamus lalat. Anak wedok = anak dara, anak perempuan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Midas at Tesco Seri Alam, Masai. |