Mar 6, 2017

WHERE CAN I TOP-UP THE AUTOPASS CARD FOR MALAYSIAN CAR

Sunrise on the causeway. It was very clear traffic. I like it.

Ahad pagi yang hening, penulis telah berlarian ke seberang tambak. Hari ini penulis terpaksa mencari tempat untuk menambah nilai kad Autopass kereta cikputih penulis (yang ini). Pengalaman yang mencabar juga sebab ini pertama kali penulis mencari di Woodlands. Sebelum ini penulis biasa akan tambah nilai di tengah bandaraya Singapura.

Sebelum masuk, kereta cikputih penulis ditahan untuk pemeriksaan agak rapi. Pegawai kastam cina itu bertanya, "is this your car? Where are you going sir?" Penulis beritahu akan ke Woodlands sahaja. "and for?" katanya lagi. Penulis cakap penulis hendak membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.. "You are trying to be funny eh? Dont play play ahh wak! Gimme your passport. Please open up your boot and front bonnet too!" perintahnya lagi. Penulis akur sahaja dan bercukur kerana pegawai tersebut melepaskan penulis dan tidak menahan terlalu lama disitu.



Akhirnya setelah pusing keliling bandar lama Woodlands mencari tempat tambah nilai Autopass tapi tidak berjumpa, penulis pun singgah di stesen minyak Esso berdekatan stesen MRT Kranji. Upah caj untuk tambah nilai ialah 50sen duit Singapura ya.

Bila pulang ke gagang pula, keadaan sesak agak teruk di CIQ Bukit Cagar. Hampir sejam penulis dan cikputih bercinta disitu. Bila penulis pinta untuk mendapatkan cop paspot sebagai kenang2an, pegawai matcha itu memberitahu, "poyo je la wak nih, wak nak buat ape? mana ada orang chop paspot mesia sekarang wak?" Aiyah. Habis, paspot Singapore itu tidak perlu dicop lah kan?

Lepas dan lega dari kesesakan di tambak, penulis terus ke Plaza Larkin mencari roti kacang pool yang fofuler itu. Tapi makcik kacang pool tiadalah menyediakan wang kecil sehinggit. Jadi sampai entri ini diterbitkan, penulis masih berhutang sehinggit dengan makcik kacang pool itu. Semoga penulis tidak lupa untuk membayarnya kemudian. Kata ahkak Jan (yang baru kena cerai) dulu pernah mencebikkan bibir, "kalo tak bayar hutang, nanti mati roh kita tergantung antara bumi dengan langit je!" Poyoh je kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The current exchange rate is 3.09 but to buy the Singapore Dollar is 3.12!. Lorong 2, Jalan Lingkaran Dalam, JB.

After topup, now I dont have to worry about the next entrance by car again.

Near to CIQ Woodlands.

Kacang Pool Plaza Larkin. I still owe the owner of rm1.

Cepat ke hadapan...

Jam 4.04 petang, penulis sekali lagi ke bandaraya. Kali ini bersama-sama anak lanang bocah cilik yang baharu pulang dari sekolah agamanya. Mula-mula kami ke Danga City Mall yang hidup segan mati tidak mahu itu. Tujuan untuk memperbaiki portable hardisk isteri penulis (yang itu) yang baru dibeli 3 bulan lepas dan masih dalam waranti. "Kami kena hantar ke Toshiba, dua bulan wak kene tungu mah," kata abam cina jurujual tingkat 2 disitu.

Jam 5.05 petang, dalam perjalanan pulang ke gagang, penulis singgah semula di Plaza Larkin. Penulis bayar baki hutang sehinggit tadi pagi di gerai Kacang Pool. Makcik Kacang Pool pun sudah lupa. Kemudian penulis melayan anak lanang bocah cilik itu makan ayam potong (baca, chicken chop). Sepinggan tak cukup, katanya. Penulis pesan lagi sepinggan ayam potong yang sama. "Abah, boleh tak anaknda tapaw chicken chop lagi?" Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada kan makcik kannns? OTL

S17, Western & Sizzling, Plaza Larkin.

Mar 5, 2017

A WEEK AFTER I WENT TO TANJUNG BALAI KARIMUN

One of the two vacations memento t-shirts from Indon I bought last week. I should buy more but there were no Large size.

Minggu lepas penulis sudah pun berwisata di Tanjung Balai Pulau Karimun, Indon. Untuk baca entri hari pertama sila selingkuh di SINI, dan hari kedua untuk perawan atau janda sila COCOKin di SINI.

Mar 4, 2017

HUJAN AIR DI PASIR GUDANG

To see the BIG ship, please hover your mouse! Jangan cakap wak tak payung.
Salam pagi Sabtu kawan-kawan penulis semua-semua lah.
Penulis kena kerja potong rumput hari ini. Tiada kerja tiada gaji maa.
Nampaknya hari ini penulis bertugas seorang diri sahaja di tempat jin bertendang ini. Kerana rakan-rakan sekerja lain kan suami mingguan (baca, weekend husband) terpaksalah mereka pulang kepangkuan isteri sambil membayar bil air masing-masing ya. Lol.

Cerita lain lalat.

Untuk baca entri terdahulu tentang suami jangan jadikan isteri seperti orang gaji, sila terjun di SINI. Jadi, penulis telah memesan beg habuk untuk penyedut hampagas di laman sesawang Lazada itu dengan segera. Tapi apakan daya, buah cempedak dah menjadi nangka, kesilapan penulis sendiri yang tergesa-gesa (gelojoh) dan kurang periksa, maka penulis telah memesan beg habuk yang salah. Padan muka penulis. OTL

Kelmarin, penulis sekali lagi memesan beg habuk untuk mesin pembersih hampagas, Panasonic MC-CG333, selepas membaca buku manual yang dilampirkan. Beg habuk yang betul hanyalah Type C-13 berharga RM34 sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Original Dust Bag ordered from Lazada.

Mar 3, 2017

READY IN 30 SECONDS, NOT 30 MINUTES



Sekarang, penulis terpaksa keluar menemani rakan-rakan setugas makan tengahari setiap hari. Perut pun semakin maju kehadapan. OTL

Kelmarin, penulis memesan burger ayam istimewa (baca, chicken burger special) di Kompleks Bandar. Punyalah lama menunggu ahkak itu memasak roti burger, memanggang ayam burger, meletak sayuran salad dan menggoreng telur dan datang menghidangkan ke meja penulis. Rasa bercinta rasanya sampai berjanggut. Teringat cerita wayang 'The Founder' yang penulis tonton minggu lepas atas talian secara percuma. Cerita tentang pengasas restoran McDonalds yang membuat francais dan membeli syarikat asal McDonalds. Kawan-kawan patut menontonnya, eyh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Mar 2, 2017

WHY RUSHING TO WORK WILL RUIN YOUR LIFE



Sekarang isteri penulis (yang itu) pergi ketempat bertugas memotong rumput bersama-sama penulis. Kereta yang baharu dibeli sengaja ditinggal dirumah untuk dibuat pekasam.

Nota lalat lain. Tengahari penulis berlarian pulang kerumah kerana ada temujanji dengan tukang paip untuk memperbaiki lantai bilik air yang bocor. Ada 2 kemungkinan, samada lantai bilik air diatas perlukan kalis air yang baharu atau paip dari tangki utama diloteng ada kebocoran didalam dinding simen. Jadi, tukang paip menyarankan untuk mengunci dan tidak menggunakan bilik air diatas selama 4 hari 4 malam. Juga, penulis sudah menyuruh tukang paip memperbaiki tangki pam tandas yang rosak tempohari.

Nota lain lalat. Petang dari tempat bertugas memotong rumput, penulis singgah di restoran Dominoes Pizza yang baharu dibuka untuk memesan beberapa keping piza untuk kaum kerabat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Mar 1, 2017

THE REAL REASON STARBUCKS BARISTAS SPELL YOUR NAME WRONG

"Saper Suzy yg LAWA tuh?" Diambil dengan phone cap aiYam ;p

Nota lalat lain. Jumaat kelmarin, anak keponakan penulis yang itu telah menjemput datang ke rumah sewanya yang jauhnya hanyalah sepelaung kerana ada majlis tahlil arwah dan aqiqah. Anak lanang keponakan penulis ini telah dikurniakan seorang cahayamata yang pertama setelah tiga (3) tahun berumahtangga. Alhamdulillah.

Tengahari tadi, tiba-tiba sahaja anak keponakan menghantar whatsapp, "wak, anaknda nak pinjam duit nak bayar duit sewa rumah. Urgent!"

Feb 28, 2017

WHAT IS A DATUKSHIP AND HOW TO BECOME ONE



Malam kelmarin, bila penulis tanya anak lanang yang baharu mendirikan rumahtangga itu berkenaan gambar2 perkahwinan, beliau kata belum siap lagi. Dan pagi tadi, anak lanang menghantar khidmat pesanan ringkas (baca, sms). "Ayahnda dan bonda dah jadi grandparents dah," ringkas tulisannya. Alhamdulillah, balas penulis. Tapi janganlah nanti penulis sudah bergelar datuk pun, gambar fotografi majlis perkahwinan masih belum siap-siap lagi. OTL

Cerita gambar diatas. Bungkusan roti krim perisa jagung Gardenia pun sudah ditukar yang baharu. Tetapi rasanya tetap sama. Harganya? Ooops, penulis terlupa pula hendak periksa harganya. Dan diharapkan juga, esok tiada kenaikan harga minyak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 27, 2017

PENGALAMAN BERWISATA DI TANJUNG BALAI KARIMUN: MEMBUTUH, BUTUH, DIBUTUH

Breakfast of fried rice at Hotel Paragon, Tanjung Balai, Karimun Kepri.

Ahad, 26 Februari 2017, hari kedua dan terakhir di Tanjung Balai Pulau Karimun, Indon.
Untuk baca entri hari pertama (semalam), sila terajang di SINI. Jangan cakap penulis tidak payUng.

Feb 26, 2017

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: TANJUNG BALAI KARIMUN

*Priceless immigration chop. On Selat Melaka, between Pulau Kukup and Pulau Karimun.

Sabtu pagi kelmarin, penulis telah berlarian ke Tanjung Balai Karimun, Indon.

Sinopsis. Kota Tanjung Balai Karimun adalah ibu kota di pulau Karimun di wilayah Kepulauan Riau (Batam, Bintan, Karimun). Pulau Batam penulis telah sampai tahun 2011 di SINI. Perjalanan dari jeti Kukup ke jeti Tanjung Balai selama sejam sahaja. Waktu di Tanjung Balai lambat sejam. Bahasa yang digunakan adalah Melayu asli.

Feb 24, 2017

SUAMI JANGAN JADIKAN ISTERI SEPERTI ORANG GAJI

Panasonic vacuum cleaner, MC-CG333.

Sudah hampir 3 bulan, pembantu rumah (baca, bibik) penulis telah pulang ke Lombok. Jadi kesemua kerja rumah dibuat oleh kaum kerabat sendiri. Malam kelmarin bukan malam jumaat ya para pembaca, isteri penulis (yang itu) telah memerintah penulis memasang pembersih hampagas (baca, vacuum) dari dalam kotak asalnya. Selepas beliau siap menyedut habuk didalam bilik tuan (baca, master bedroom), disuruhnya penulis membukanya kembali dan diletak kedalam kotak asal yang sama. Tapi sebelum itu, bila diperiksa, mesin pembersih hampagas itu tiada beg habuk (baca, dust bag) didalamnya. "Dah lama takde la plastik habuk tu kanda," kata isteri penulis yang itu. Aiyah. Jadi, penulis pun bertungkuslumus menggeledah laman sesawang Lazada dan terjumpa juga beg habuk tersebut. Dan siang tadi, penulis sudah memesannya dengan segera. Harap-harap tidaklah penulis menerima lesung batu dalam bungkusan pula. OTL

Nota lalat. Lazada, 1 set of 5 dust bags costs rm34 only. Updated. Oops! Penulis tersilap pesan beg habuk yang salah! Entri terbaharu di SINI.

Nota langau. Suami, jangan jadikan isteri seperti orang gaji. Dan jangan jadikan orang gaji seperti isteri sendiri. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 23, 2017

TREND REMAJA UBAHSUAI BASIKAL SENDIRI

Cycling with cell phones: illegal or not?

Penulis sedang sibuk memotong rumput sekarang ini. Letak satu gambar boleh?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.