Dec 17, 2015

MY GIRL ASKED ME TO LOOK AFTER HER TORTOISE



MALAM kelmarin tuan punya kura-kura, si anak wedok penulis yang itu telah tiba ke rumah merpati penulis. Rindunya pada si kura-kura itu bukan kepalang. Sekarang, tuan punya kura-kura dan kura-kura itu sendiri sedang menaiki bas ekspres bersama-sama pulang ke gagang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 16, 2015

YUI HIRASAWA



PESTA komik pakaian ragam anime (baca: Cosplay at Comic Fiesta) akan diadakan di The Mines hujung minggu ini. Jangan nanti pembaca cakap yang penulis tidak memberitahu tentang pesta ini. Kaum kerabat penulis yang remaja itu serta rakan-rakan mereka sudah mempunyai rancangan masing-masing. Tetapi penulis tidak pasti samada ingin masuk ke dewan pameran seperti tahun-tahun lepas ataupun tidak.

Gambiran patung mainan Yui Hirasawa diatas telah dibeli oleh anak lanang tahun lepas di KL Convention Center (2014).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Updated. Ini gambar yang asli yang penulis tangkap:

Dec 14, 2015

SHELL & LEGO PODIUM AND TANKER



KELMARIN penulis telah berlarian ke beberapa stesen minyak Shell untuk mencari kereta dan minifigure Lego. Esoknya adalah hari pertukaran Lego yang baharu, maka penulis merasa tercabarlah juga. Akhirnya di stesen minyak yang baharu dibuka dibelakang rumah hinggap penulis akhirnya berjumpa.

Updated. Pada pagi kelmarin, penulis pun berulang ke stesen minyak Shell yang sama untuk mendapatkan lori tangki minyak (Shell tanker) Lego. Dan penulis biarkan anak lanang bocah cilik sendiri yang memasang dengan jayanya sambil menyanyikan lagu "Everything Is Awesome".

Nota SEO lalat. lego shell minggu ini apa lori lego shell habis cara memasang merangkai pasang2n mainan anak

Blog bukanlah hakmilik kekal.





And assemblying the shell tanker:


Dec 13, 2015

SUNFLOWER SEED & PLANT: THE REVISIT



SEPERTI yang penulis jangka, makanya selepas 3 minggu penulis berlarian lagi ke kedai hiasan dalaman untuk melihat bunga matahari yang sedang mekar berkembang. Sila jolok untuk entri bulan lepas di SINI.

Dan lihatlah perbezaan saiz bunga matahari dengan anak lanak bocah cilik penulis dibawah ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Dec 12, 2015

INFLATION

Nestle's kit kat green tea ice cream with wafer chocolate stick in the center.

Assalamualaikum dan salam pagi jumaat semua kawan-kawan penulis lah.

HAMPIR separuh dari harga sarapan di bilik makanan (baca: pantry) kak Uda (bukan nama sebenar) sudah naik lima posen. Dan penulis tidak baharu tahu nama buah kak Uda (dibawah) yang selalu ada di meja tempat letak makanan ini. Namanya buah delima (baca: Pomegranate).

Nota lalat. Updated. Gambiran aiskrim Nestle diatas penulis baru beli dari kedai tujuh sebelas (baca: 7 eleven) dan ingin cuba merasa perisa Kit kat green tea dan ada sebatang coklat wafer didalamnya. Mungkin ada orang lain yang minat, tapi penulis rasa inilah kali terakhir penulis membelinya.

Blog bukanlah hakmilik kekal

*Kena order thru telephone.

Buah I dont know the name. Buah delima (Pomegranate)

Dec 10, 2015

HOW TO TURN LIMAU PURUT INTO LIMAU NIPIS



PERBEZAAN limau purut (kaffir lime) dengan limau nipis (key lime) adalah dari segi luaran kulitnya yang menggerutu. Manakala limau kasturi (calamondin) lebih kecil dari limau nipis dan popular untuk dibuat air minuman sejuk.

Sudah lama penulis tidak berpantun;
Limau purut di tepi rawa,
buah dilanting belum masak
sakit perut sebab tertawa,
melihat kucing duduk berbedak
Nota amaran lalat. Ini entri merapu. Kebosanan mencipta kelainan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Thor: "Guys, follow the flow to the right! Don't play play!"

Dec 9, 2015

DIY: HOW TO ASSEMBLE TOY CAR



KELMARIN penulis telah mengisi minyak di stesen minyak petrol Shell dan mendapatkan kereta mainan Lego Ferrari 250 GTO warna biru pula. Selalunya anak lanang bocah cilik yang akan memasang kereta mainan Lego yang didapati, tapi kali ini penulis sudah menggatalkan jari jemari untuk mencuba memasang sendiri. Percubaan yang agak mencabar walaupun ada kertas arahan yang dilampirkan bersama.

The poster sila jolok di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Nota lalat. Updated. Gambar Shell Lego dibawah ini (sebagai rujukan) sebenarnya penulis telah beli bulan lepas (21/11/15). Semuanya telah dipasang oleh anak lanang bocah cilik.

Dec 8, 2015

I WON 2 GIVEAWAYS TODAY

Continued from previous EPISODE .

PENULIS bukanlah blogger tegar yang suka sertai GA (baca: giveaways). Tapi minggu lepas penulis telah sertai 2 mini GA dari rakan-rakan blogger yang best-best itu. Walaupun sekadar suka-suki sahaja, penulis telah berjaya memenangi kedua-dua giveaways itu dan bakal mendapat hadiah cenderahati.

Pertama. Segmen Apakah Saya...? Pemenangnya Adalah..... Alhamdulillah penulis berjaya menjawab dengan betul dan menjadi pemenang pertama yang menjawab soalan cik kak Fida Z Ein. Oleh itu, penulis menang 2 hadiah cenderahati rahsia.

Kedua. Dan calon-calonnya... dari blog Zyraroxx. Untuk mini giveaway ini, penulis berjaya menjadi peserta kedua mendapat komik Buasir Otak The Komik. Syukur juga.

Kelmarin cik Zyra teringin betul nak tahu sambungan komik tersebut sebab ada tulisan 'to be continued' di situ. Dan tanpa membuang masa, penulis sempurnakan cerita sketsa tempohari pada entri ini. Diharapkan cik Zyra berpuas hati.

Akhirkata, penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada penganjur giveaways terutamanya kepada cik kak Fida Z Ein dan juga cik Zyraroxx itu dengan ucapan, "hadiah bila nak sampai nih?" Kihkih2

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The End! Thanks.

Nota lalat. Updated. 9/12/15. Penulis telah terima buku komik dari cik Zyraroxx. Terimakasih dan harap maklum.


JOHOR PRINCE TUNKU JALIL DIES AT 25 AFTER BATTLING LIVER CANCER



KELMARIN penulis sempat lagi berlarian ke makam Mahmoodiah dan masuk untuk pertama kalinya kedalam makam diraja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 7, 2015

HUNGRY?

Hungry? Grab a Snickers.

KADANG-kadang kalau terasa lapar dan tidak mahu makan nasi, penulis akan membeli coklat bar (baca: candy bar) untuk dimakan dalam perjalanan yang agak jauh. Tapi selalunya juga, penulis tidak menyentuh pun coklat bar itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KALENDAR KUDA



SEKARANG ini cuti sekolah hujung tahun sudah bermula. Makanya penulis telah dikerah untuk membeli pakaian sekolah kaum kerabat di kedai pakaian di pekan koboi seperti biasa. Uncle taukeh kedai pun sudah kenal, dari anak lanang yang tua hinggalah yang paling kecil. "SEkalang sulah tingal dua olang anak sekolah lagi ah?" katanya. Seperti biasa juga, usai membayar harga pakaian, penulis tidak akan lupa meminta kalendar kuda.

Tapi tidak semua pakaian sekolah ada di kedai pakaian itu, maka penulis terus berlarian juga ke pasaraya Kipmart sambil membeli sayur-sayuran, ayam, ikan dan barang keperluan dapur lainnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







TIME TO GO HOME

  Rabu, 13 November 2024. Hari2 terakhir di limbungan kapal ini.