Dec 14, 2015

SHELL & LEGO PODIUM AND TANKER



KELMARIN penulis telah berlarian ke beberapa stesen minyak Shell untuk mencari kereta dan minifigure Lego. Esoknya adalah hari pertukaran Lego yang baharu, maka penulis merasa tercabarlah juga. Akhirnya di stesen minyak yang baharu dibuka dibelakang rumah hinggap penulis akhirnya berjumpa.

Dec 13, 2015

SUNFLOWER SEED & PLANT: THE REVISIT



SEPERTI yang penulis jangka, makanya selepas 3 minggu penulis berlarian lagi ke kedai hiasan dalaman untuk melihat bunga matahari yang sedang mekar berkembang. Sila jolok untuk entri bulan lepas di SINI.

Dan lihatlah perbezaan saiz bunga matahari dengan anak lanak bocah cilik penulis dibawah ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Dec 12, 2015

INFLATION

Nestle's kit kat green tea ice cream with wafer chocolate stick in the center.

Assalamualaikum dan salam pagi jumaat semua kawan-kawan penulis lah.

HAMPIR separuh dari harga sarapan di bilik makanan (baca: pantry) kak Uda (bukan nama sebenar) sudah naik lima posen. Dan penulis tidak baharu tahu nama buah kak Uda (dibawah) yang selalu ada di meja tempat letak makanan ini. Namanya buah delima (baca: Pomegranate).

Nota lalat. Updated. Gambiran aiskrim Nestle diatas penulis baru beli dari kedai tujuh sebelas (baca: 7 eleven) dan ingin cuba merasa perisa Kit kat green tea dan ada sebatang coklat wafer didalamnya. Mungkin ada orang lain yang minat, tapi penulis rasa inilah kali terakhir penulis membelinya.

Blog bukanlah hakmilik kekal

*Kena order thru telephone.

Buah I dont know the name. Buah delima (Pomegranate)

Dec 10, 2015

HOW TO TURN LIMAU PURUT INTO LIMAU NIPIS



PERBEZAAN limau purut (kaffir lime) dengan limau nipis (key lime) adalah dari segi luaran kulitnya yang menggerutu. Manakala limau kasturi (calamondin) lebih kecil dari limau nipis dan popular untuk dibuat air minuman sejuk.

Sudah lama penulis tidak berpantun;
Limau purut di tepi rawa,
buah dilanting belum masak
sakit perut sebab tertawa,
melihat kucing duduk berbedak
Nota amaran lalat. Ini entri merapu. Kebosanan mencipta kelainan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Thor: "Guys, follow the flow to the right! Don't play play!"

Dec 9, 2015

DIY: HOW TO ASSEMBLE TOY CAR



KELMARIN penulis telah mengisi minyak di stesen minyak petrol Shell dan mendapatkan kereta mainan Lego Ferrari 250 GTO warna biru pula. Selalunya anak lanang bocah cilik yang akan memasang kereta mainan Lego yang didapati, tapi kali ini penulis sudah menggatalkan jari jemari untuk mencuba memasang sendiri. Percubaan yang agak mencabar walaupun ada kertas arahan yang dilampirkan bersama.

The poster sila jolok di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Nota lalat. Updated. Gambar Shell Lego dibawah ini (sebagai rujukan) sebenarnya penulis telah beli bulan lepas (21/11/15). Semuanya telah dipasang oleh anak lanang bocah cilik.

Dec 8, 2015

I WON 2 GIVEAWAYS TODAY

Continued from previous EPISODE .

PENULIS bukanlah blogger tegar yang suka sertai GA (baca: giveaways). Tapi minggu lepas penulis telah sertai 2 mini GA dari rakan-rakan blogger yang best-best itu. Walaupun sekadar suka-suki sahaja, penulis telah berjaya memenangi kedua-dua giveaways itu dan bakal mendapat hadiah cenderahati.

JOHOR PRINCE TUNKU JALIL DIES AT 25 AFTER BATTLING LIVER CANCER



KELMARIN penulis sempat lagi berlarian ke makam Mahmoodiah dan masuk untuk pertama kalinya kedalam makam diraja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 7, 2015

HUNGRY?

Hungry? Grab a Snickers.

KADANG-kadang kalau terasa lapar dan tidak mahu makan nasi, penulis akan membeli coklat bar (baca: candy bar) untuk dimakan dalam perjalanan yang agak jauh. Tapi selalunya juga, penulis tidak menyentuh pun coklat bar itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KALENDAR KUDA



SEKARANG ini cuti sekolah hujung tahun sudah bermula. Makanya penulis telah dikerah untuk membeli pakaian sekolah kaum kerabat di kedai pakaian di pekan koboi seperti biasa. Uncle taukeh kedai pun sudah kenal, dari anak lanang yang tua hinggalah yang paling kecil. "SEkalang sulah tingal dua olang anak sekolah lagi ah?" katanya. Seperti biasa juga, usai membayar harga pakaian, penulis tidak akan lupa meminta kalendar kuda.

Tapi tidak semua pakaian sekolah ada di kedai pakaian itu, maka penulis terus berlarian juga ke pasaraya Kipmart sambil membeli sayur-sayuran, ayam, ikan dan barang keperluan dapur lainnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







Dec 6, 2015

YEO SEKELUARGA

Restoran  Makanan Laut Yeo Sekeluarga, Gelang Patah

MALAM kelmarin penulis telah berlarian ke Gelang Patah untuk makan malam sempena harijadi penulis yang ke (ehem ehem). Biasanya sebelum ini penulis akan ke restoran Saujana, tapi kali ini untuk pertama kalinya penulis ingin mencuba restoran cina Yeos bersebelahan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PTP as background

Sotong goreng tepung and sup sayur.

Prawn goreng butter.

Ikan siakap masak stim.

Kids we have.

Dec 5, 2015

KEEP CALM AND IT'S MY BIRTHDAY



Assalamualaikum. Bismillahirahmanirahim.

YA Allah ya Tuhanku yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rejeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunKan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku, Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu.

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu.Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Yang Maha Besar. Allahu Akbar! Peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu.
Amin Ya Robbilalamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.