Nov 29, 2015

PANTAI TIMOR WITH ANAK WEDOK



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 1/30
Post of the Day: 4/4

PENULIS dan anak wedok keluar makan malam di restoran B, padahal restoran A lebih dekat dengan rumah sewanya. "makanan situ mahal bah," ngadu si anak wedok. "tuan kedai tu prejudis dengan orang luar," anak wedok meluahkan perasaannya lagi. Selepas makan, penulis dibawa berbelanja barang dapur di pasaraya berhampiran.

Nota kamus lalat. Anak wedok = anak perempuan

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SOME RANDOM PHOTOS ON THE ROAD

near Kuala Krai.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 1/30
Post of the Day: 3/4

PERJALANAN 9 jam ke Newcastle berjalan lancar seperti biasa, kecuali kesesakan teruk di Bentong kelmarin.

Nota lalat. Updated. Membalas komen cik kak Nasa Mulia, "Wak highway dari lipis dah buka sepenuhnya ker?". Ya, dah dibuka, tapi masa pergi penulis telah terbabas sehingga ke Chegar Perah baru masuk lebuhraya. Patutlah penulis rasa seperti memandu seorang diri ditengah-tengah hutan belantara. Seram kan tapi nasib baik bukan malam gelap gulita.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mangosteen replica at Kuala Krai town.

Bukiba, Bentong, Pahang.

Hotel and BSN, Gua Musang.

Light rains behind an army truck, Kuala Krai to Kota Bharu.

BEHIND EXPRESS BUS FOR ONE HOUR

Stuck on the traffic jam due to road construction near Bentong.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 1/30
Post of the Day: 2/4

PAGI-PAGI kelmarin, penulis mendapat panggilan kecemasan dari anak wedok di kolejnya. Maka penulis pun berangkat ke Newcastle dengan segera. Semoga selamat pergi dan balik. Amin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

FRIED LONG GREEN BEANS | RASAMAS



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 1/30
Post of the Day: 1/4

KELMARIN petang penulis telah berlarian ke Bandar Baru Bangi. Makan nasi ayam percik Rasamas di Giant Bangi sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 28, 2015

NO SITTING OR GATHERING


Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 2/30
Post of the Day: 4/4

MASIH gambiran di Pasar Seni (baca: Central Market).

Blog bukanlah hakmilik kekal.


CENTRAL MARKET | THE REVISIT



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 2/30
Post of the Day: 3/4

PETANG kelmarin selepas bertugas memotong rumput, penulis merempit lagi ke Pasar Seni (baca: Central Market). Tiadalah yang menarik, cuma penulis mengambil gambiran dari sebelah luar pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.











Segmen Apakah Saya...? MK Collections



Assalamualaikum,
penulis nak join segmen dari cik kak Fida Z Ein yang bertajuk 'Segmen Apakah Saya...?'

jawapan penulis adalah 'SINGA'.. betulkah?

Caranya...
  1. Wajib Follow Blog Saya.... Fida Z Ein
  2. Kemudian Buat Satu Entri. Tajuknya : Segmen Apakah Saya...?
  3. Klik Entri Saya yang Bertajuk Lukisan Di Batang Pokok ? Ada ke...? dan Baca Sehingga Habis.
  4. Cari Satu Gambar yang Saya Maksudkan. Pastikan Gambar Tersebut Adalah Betul Kerana Dalam Gambar tersebut Ada Satu Lukisan iaitu Jawapan Bagi Segmen Ini.
  5. Salin (Copy) Gambar Tersebut Ke Dalam Entri yang Anda Buat dan Jangan Lupa Backlinks Ke Entri Ini Semula.
  6. Boleh Juga Menggunakan Banner Di Atas Bagi Menggantikan Gambar yang Saya Maksudkan.
  7. Hanya 10 Penyertaan Terawal Dengan Jawapan yang Betul Akan Mendapat Hadiah Cenderahati....
  8. Sertakan Jawapan Tersebut Dalam Ruangan Komen Bersama URL Entri Anda.

Bermula 27 Nov 2015 sehingga 3 Dis 2015.
Pengumuman Pemenang Adalah Pada 5 Dis 2015.

jawapan penulis adalah 'SINGA'.. betulkah?

STRAY CATS NOT BELONG TO MY NEIGHBOR



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 2/30
Post of the Day: 2/4

GAMBIRAN kucing-kucing diluar rumah merpati penulis yang itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KLCC MORNING VIEW AND FULL MOON



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 2/30
Post of the Day: 1/4

SEMASA penulis mengambil gambiran diatas, penulis tidak perasan sama sekali ada bulan penuh dipagi yang dingin. Dan bila penulis periksa di kalendar Islam, patutlah hari ini ialah 15 Safar 1437.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 27, 2015

TUBEROSE | SUNDAL MALAM



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 3/30
Post of the Day: 4/4

Malam ini jumaat malam. Penulis hendak berpantunlah satu rangkap.

Bunga melati indah bertaut,
Sundal malam harum menyengat;
Benarkah hati sudah terpaut,
Siang malam nama teringat.

Pokok bunga sundal malam yang penulis beli bulan lepas masih belum kembang bunganya. Tapi mula mengeluarkan bau yang harum. Tidak sekuat bau minyak dari jiran India dibawah rumah merpati penulis yang ini.

Nota lalat. Pontianak Harum Sundal Malam ialah sebuah filem arahan Shuhaimi Baba. Pelakon utama filem ini, Maya Karin memegang dua watak dalam filem ini iaitu Maria dan Meriam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MANGIFERA INDICA LINN



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 3/30
Post of the Day: 3/4

KELMARIN ada rakan penulis yang memberi dua biji mangga (Mangifera indica Linn) dari kampungnya. Walaupun masih hijau, bila penulis kopek dan potong buahnya ketika bergadang di tengah malam yang hening sambil kemaskini blog poyo penulis ini, memanglah terasa sedap dan segar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.