Nov 6, 2015

WHEN MY DAUGHTER COMING TO KL

Waiting my daughter with New Zealand Natural cappucino infront of Aquaria.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 6/30
Post of the Day: 2/4

KELMARIN anak wedok penulis sudah mengikuti rombongan cik kiah sekolahnya dua hari satu malam lawatan ke Putrajaya dan key ell (baca: KL) sempena cuti peperiksaan SPM. Selepas tugasan memotong rumput , penulis sempat juga berjumpa beliau sebentar selepas melawat Muzium Negara, Petrosains dan Aquaria dan sebelum mereka pulang ke Masai. Penulis tangkap gambiran sekeping dua sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Bo

Bo and her teacher.

Daughter and daddy cool.

RM1.50 PART II



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 6/30
Post of the Day: 1/4

KALAU penulis pergi bertugas memotong rumput dengan memandu kereta naik ikut lebuhraya Akleh dari rumah merpati penulis itu mengambil masa 22 minit. Tetapi bayaran tol hanyalah RM1.50. Kalau ikut Jalan Ampang yang tiada tol tapi macet selepas lebuhraya JLT2 (MRR2), masa perjalanan menjadi 49 minit terhesot-hesot (terhengsot ?) bontot ke bontot baru sampai.

Nota lalat. Nak buat matematik harga minyak sejauh 9 km;
9 km selama 49 minit, tambah 1 minit untuk ambil gambiran odometer diatas. Kelajuan kereta 11 km/j, dan penggunaan minyak petrol adalah 4.4km/liter. Jadi, minyak petrol yang terbakar sejauh 9 kilometer adalah sebanyak RM2.05 x 2 liter, bersamaan RM4.10. Kalau naik bas RapidKL baru RM1.90.

Nota lalat 2. Updated. Kadar tol Akleh naik hari Khamis minggu lepas, dari RM1.50 kepada RM2.50. Kenaikan 60 peratus gitu. Aduhai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 5, 2015

RM1.50 PART I



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 5/30
Post of the Day: 4/4

MINGGU kelmarin penulis telah berlarian ke seberang tambak untuk melayan kebosanan tahap sederhana. Harga tiket bas tingting dari CIQ JB ke CIQ Woodlands ialah RM1.50, tapi bila baliknya dikenakan RM3.00 bersamaan nilai SGD1.00.

Gambar baucer diskaun diatas penulis terima bila membeli barangan dapur beratus-ratus ringgit. Penulis terasa sangat dengan nilai matawang kita semakin merundum kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KARIPAP SEPOH HINGGIT



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 5/30
Post of the Day: 3/4

MINGGU lepas bila penulis beli karipap inti kentang kari di kedai mamak tempat penulis memotong rumput ini yang berharga lima posen pun sudah terasa mahal. Inikan pula karipap Secret Recipe inti ayam (baca: Chicken Cornish) yang berharga sepoh hinggit.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TOY STORY 6



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 5/30
Post of the Day: 2/4

SUDAH lama penulis tidak membeli VCD atau DVD lanun. Kelmarin sempat lagi singgah di tepian kedai itu dah terbeli 1 DVD ada enam filem cerita kartun Toy Story yang lama. Tujuan penulis untuk dimainkan dalam kereta cikpuan Jnulekasnova itu. Tapi bila penulis tunjukkan pada anak lanang bocah cilik, sekali saja tengok sudah bosan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

LONTONG MASAI



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 5/30
Post of the Day: 1/4

JUADAH sarapan pagi setiap hujung minggu ialah lontong lebih sambal.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 4, 2015

ILHAM TOWER



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 4/30
Post of the Day: 4/4

BANGUNAN Menara Servcorp Ilham Tower di Jalan Binjai yang baru siap dibina. Bentuk arkitekturnya seperti bangunan Bank of China di Hong Kong.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NO SAFETY HARNESS



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 4/30
Post of the Day: 3/4

CUMA gambar didepan mata.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NICE WEATHER FOR SO LONG

KLCC view from Bukit Belacan
2 November 2015 | 7.23am

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 4/30
Post of the Day: 2/4

SEKARANG ini hujan setiap petang mencerahkan udara persekitaran yang sudah berbulan-bulan dilanda musibah jerebu. Air ditempayan dibuang jangan. Tapi sudah 3 bulan air masih dicatu di Masai pula. Monyet dihutan disusukan jangan.

Nota lalat terkini. Gambiran bawah pagi semalam ditempat penulis memotong rumput.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Petronas Twin Tower 1
3 November 2015 | 8.43am

HARI KANAK-KANAK



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 4/30
Post of the Day: 1/4

HARI Ahad kelmarin kan tiba-tiba diumumkan cuti peristiwa bagi jajahan negeri. Tapi isteri penulis (yang itu) jadi bingung samada sekolah ditutup juga ataupun tidak. Sehinggakan disuruhnya penulis berlarian ke pintu pagar sekolah cina kalau-kalau sekolah ditutup pula. Padahal dari rumah sepelaung saja sudah kedengaran bunyi hiruk pikuk budak-budak sekolah dan suara cikgu-cikgu bertempikan. Tapi untuk sedapkan hati isteri (weh, siapalah tak sayang bini tapi ada mak kan, kannns), penulis pun ikut sajalah. Memanglah benar, budak-budak sekolah seperti biasa tapi berpakaian baju istimewa Hari Kanak-kanak warna merah jambu (baca: pink). Tidak perlu membawa beg buku sekolah tapi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 3, 2015

SUSHI I WANT



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 3/30
Post of the Day: 4/4

KELMARIN anak lanang penulis yang baru berumur 17 tahun itu sudah bilang mahu makan sushi sempena harijadinya. "Takmoh kat Permas bah, kat Tebrau je sudah," 'demand'nya lagi. Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada mak kann. Kanns?

Nota lalat. Kelmarin ada kawan bertanya hukum makan sushi. Dato Ustaz Kazem ada memberitahu, berdasarkan hukum, pada umumnya memakan ikan mentah tidak diharamkan dan darah yang masih tersisa dalam daging itu bukan termasuk darah yang diharamkan, sebagai pengecualian. Dan sekiranya ada logo Halal Jakim, semestinya halal. Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.