Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.
Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.
Tanpa membuang masa, untuk hari Khamis malam Jumaat ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah cik SalbiahM (Blog Sal) yg punya blog ‘
Blog Ni Sal Punya‘ lah pula. Cik Sal adalah blogger kelima yang penulis temuramah untuk segmen ini. Cik Sal is a blogger, a dreamer, food lover and movie addict. Cik Sal suka duduk rumah tengok bola tapi tak menolak kalau diajak travel. Blognisalpunya ni selalu tak tentu arah probably sebab pemilik dia pun tak tentu arah. Blog SalbiahM:
http://blognisalpunya.blogspot.my/. Jom kawan-kawan, kita layan.
"Salam wak...amboi, dahsyat soalannya..saya cuba jawab sebaik mungkin ye," kata cik Sal yang kiut miut itu ketika menghulur jawapan wawancara ini. Beliau pun duduk dikerusi warna merah jambu diatas dan menjawab satu persatu:
Q1. Cik Sal yang ini sekarang bekerja kat syarikat suratkhabar NST lagi kan? Pernah dapat diskaun bila beli suratkhabar?
- Tak pernah wak, dan takkan dapat. Sebab takde share dengan Uncle jual suratkhabar tu..hehe
Q2. Berapa lama cik Sal sudah berblog?
- Saya masih mentah dalam dunia blog. Mula blogging hujung tahun 2012
Q3. Kenapa cik Sal mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
- Mula blogging sebab tengok kawan-kawan ada blog, macam best la plak. Lagipun, saya memang minat menulis. Nak menulis secara professional tak ada bakat, jadi merapu jelah sesuka hati kat sini.
Q4. Cik Sal pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
- Tak pernah la pulak. Makin ketagih adalah. Hahaha
Q5. Masa travel, ada tak satu benda yang cik Sal selalu menyesal membawanya bersama?
- Menyesal tak bawak, pernahlah. Saya jarang bawak barang banyak-banyak kalau travel. Cukup-cukup je. Malas nak heret beg besar-besar, saya bukan kuat sangat.
Q6. Kenapa tajuk blog ‘Blog Ni Sal Punya’ walhal semua orang tahu?- Entahlah wak, masa nak create URL, tu je nama yang terlintas. Acah-acah comel je..Wak rasa comel tak?harhar
Q7. Cik Sal pernah travel ke Australia kan? Pernah tak sampai Kampung New Zealand di Pahang itu?- Rasa macam pernah lalu. Entahlah wak, tak ingat..
Q8. Pantun yang cik Sal suka dengar?- 2,3 kucing berlari. Kenapa kucing itu lari? Hahahahaha..marvellous! marvellous *pengaruh Upin Ipin*
Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5 seliter?- Sebab kalau naik sampai RM5 boleh jadi rusuhan kat Malaysia ni. Mintak jauh la wak oiiiii
Q10. Cik Sal pernah ke Melbourne kan? Tahu tak ada restoran nasi ayam penyet di tengah-tengah kotaraya Melbourne itu?- Harus la tau wak. Dah makan dah kat situ..hehe
Q11. Kalau menaiki kapalterbang, dikerusi manakah pilihan cik Sal, ditengah, atau ditepi tingkap atau ditepi ruang jalan?- Mana-mana pun tak kisah. Janji boleh tido! Hahaha
Q12. Pernah bergambar dengan ular sawa?- Ular lidi pun tak pernah. Takut la wak!
Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Berapakah jarak dari rumah atok cik Sal di Muar dengan replika gergasi beca disempadan Melaka itu?- Apa canggih nau soalan..tak pernah pulak ukur. Hahaha
Q14. Selain blog ‘blognisalpunya’ ini, adakah blog lain kepunyaan cik Sal?- Ni lah satu-satunya blog yang saya ada. Itu pun selalu terbiar.
Q15. Pernah terfikir untuk travel dan melawat Anfield Stadium, Liverpool?- Impian dari dulu wak. Nak merasa nyanyi You'll Never Walk Alone dan bersorak kat Anfield konon-konon lahir kat situ.Tengah kumpul duit dan mencari partner yang sesuai. Wak kalau ada kawan lelaki bujang fanatik Liverpool adjustlah sorang untuk saya. Hahahaha.
Q16. Kalau cik Sal ada duit dua puluh enam juta hinggit (RM26,000,000), apa yg cik Sal rasa akan lakukan?- Apa ek..nak bawak satu family tunaikan haji, beli rumah, beli keter, gi Anfield, gi pinang Johan Asha'ari..
Q17. Sekarang cik Sal single, pernah terfikir untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa?- Kalau ada duit dua puluh enam juta hinggit, mungkin jugak..hahaha
Q18. Apakah bunyi atau suara yang cik Sal tidak suka dengar?- Suara bos marah bila careless dalam menjalankan tugas.
Q19. Cik Sal yang punya suara sedap itu pernah menyanyikan lagu karaoke dari kumpulan Wali Band?- Selalu wak..Lagu 'Cari Jodoh' tu lagu wajib..hihihi.
Q20. Cik Sal pernah naik belon panas di Melbourne atau menaiki cable car di Penang?- Belon panas di Melbourne tak pernah, cable car Bukit Bendera tu pernah. Saya dulu belajar kat USM, wak..Satu batch ngan Asmidar dan Ali.
"Terima kasih lah wak ye..sudi interview saya. Sapelah saya ni, blogger bese-bese aje..hehe," cik Sal mengakhiri wawancara bersama penulis kali ini.
Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada cik SalbiahM aka cik Sal yang suka bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Senarai September 2015 Top Commentators Interviews setakat hari ini:
1. 1/10/15 -
Kak Yan (Iryanti Ahamad)2. 5/10/15 -
Cik Jari Manis (JM)3. 8/10/15 -
Kak Pah (Paridah Ishak)4. 12/10/15 -
Qaseh Abadi (Syidah Menulis)5. 15/10/15 - SalbiahM
Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada hari Isnin nanti? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P
Blog bukanlah hakmilik kekal.