Sep 30, 2015
KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: PETALING STREET
KELMARIN malam penulis telah merempit ke Petaling Street itu untuk melayan perasaan kebosanan tahap sederhana. Tidak seperti di zaman kegemilangan puduraya yang dahulu, sekarang Petaling Street kurang meriah nampaknya. Tapi masih ramai pelancong luar negara yang datang berbondong-bondong dan membeli barang-barang jenama tahap dewata yang biasa-biasa saja disitu. Dan penjualnya ramai warga import dari luar negara seperti sedia maklum.
Nota lalat. Ini adalah entri penulis yang ke 30 di blog yang ini dan yang terakhir untuk bulan ini juga. Jumpa pembaca-pembaca blog penulis semua di bulan hadapan ya. InsyaAllah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 29, 2015
A PERFECT SEND OFF
aTi in deep thought, KLIA2 |
KELMARIN penulis sudah menghantar anak wedok kembali ke kolejnya di New Castle. Hantar di lapangan terbang sudah. Dan setelah 4 hari 4 malam beristeri-rehat (istirehat atau istirahat?), hari ini penulis pun mula bertugas memotong rumput kembali seperti biasa untuk membeli beras dan sebongkah berlian.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
"macam nak gi obersi" |
Sep 28, 2015
DC COMICS SUPERHEROES & CATS CAFE
Woodlands Old Town. |
KELMARIN penulis telah membawa dan meninggalkan anak wedoks (baca: 2 orang anak dara) ke restoran kucing Cats Cafe di Jalan Abd Samad. Dan penulis pun berlarian ke seberang tambak hanya untuk membeli suratkhabar dan satu tin air berkarbonat. Alone matcham biasa.
Sekembalinya dari tambak, penulis pun membawa mereka juga ke Puteri Harbour pula. Sebenarnya baru kelmarin penulis lepak-lepak di restoran DC Comics Superheroes di key ell. Dan membawa mereka ke restoran yang sama di jay bee dalam masa beberapa hari tidaklah didalam perancangan penulis juga.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Woodlands pedestrians tube. |
At the Cats Cafe Jay Bee:
Kucing kaki katek, jalan terkedek-kedek. |
aBo, aTi and her friends. |
meow |
meow |
pillow |
Ooops. Nakal sungguh lens kamera waklu nih ;p |
cat |
welcome to Cats Cafe JB |
DC Comics Superheroes cafe, Puteri Harbour, Johor Bahru. |
Bat mobile. |
Green lantern tea, Superman cappucino, Batman hot chocolate. |
My green lantern tea on superman cup. |
theirs |
Batman. |
A group photo minus your father. |
Sep 26, 2015
AKU BUKAN WAK KENTUT
Jalan Susur Kulai 2. |
Tajuk entri penulis kali ini seperti lagu Wali Band yang berjudul "Aku Bukan Bang Toyib":
Sayang aku…
Bukanlah bang toyib
Yang tak pulang-pulang
Yang tak pasti kapan dia datang…
Tetapi penulis bukanlah ingin bercerita tentang Bang Toyib, yang meninggalkan bini yang sedang dahaga kehausan dan kegersangan itu ya. Sebenarnya, KELMARIN penulis sudah merempit ke warung Nasi Lemak Wak Kentut yang berada di bandar Kulai itu. Tetapi tiadalah rejeki penulis hendak bersantapan disitu kerana warung Wak Kentut ditutup pula. Mungkin Wak Kentut tutup warung pada hari JUmaat atau cuti raya haji? Jadi, penulis telah cuba mencari warong nasi lemak alternatif yang popular di Kulai. Bila penulis menggoogle pula tidaklah banyak membantu, tetapi penulis terjumpa beberapa warung nasi lemak. Antaranya nasi lemak Tapau, tetapi bila penulis singgah di stesen minyak Petronas Bandar Putra, salah seorang aweks penjaga yang jelita di kaunter disitu memberitahu,
"kalau Wak Kentut memang kenal, tapi nasi lemak Tapau? Tak pernah dengar lah wak!" macam tersipu-sipu bilang si aweks itu.
"wahh, Wak Kentut juga yang popular ya," kata penulis purak-purak terperanjat, tapi dalam hati siapa yang tahu. Dan penulis senyum-senyum saja kepada aweks sambil membayar harga minyak di pam nombor 7. Dan aweks itu pun membalas senyuman wak. (ehem, ehem)
Dipendekkan cerita, penulis telah merempit dan melencong ke medan selera yang baharu yang terletak berhampiran surau dibelakang flat rumah murah sewaan penulis juga.
FENOMENA "WAK KENTUT"
Siapa kah Wak Kentut? Ada apa dengan Wak Kentut? Kenapa Wak Kentut begitu terkenal?? Dimanakah kekuatan Wak Kentut? Adakah kekuatan Wak Kentut terletak pada kerisnya kah, atau pada tenaganya kah, atau pada baunya kah? Kah? Beberapa tahun terakhir ini Wak Kentut begitu terkenal, bahkan mungkin seluruh masyarakat Johor akan menjawab hal yang sama ketika kedua pertanyaan tersebut di ajukan kepada mereka.
MAKSUD KENTUT
Maksud kentut menurut kamus Dewan edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka:
1. Angin yg keluar menerusi pelepasan (jubur); 2. = berkentut mengeluarkan angin menerusi pelepasan; mengentutkan mengeluarkan kentut (dengan sengaja); terkentut berkentut dengan tidak sengaja (kerana tidak dapat ditahan lagi) atau dengan tiba-tiba.
Walaupun nama "kentut" didalam bahasa Inggeris disebut "fart" dan dalam bahasa Cina disebut "放屁", tetapi bau aroma ayam goreng, sambal cili dan nasi lemaknya di warong nasi lemak yang popular di Kulai ini yang membuat ramai orang datang menghidu dan menjamahnya.
Ustaz Azhar Idrus pernah menjawab soalan, "kenapa kalau terkentut kita diwajibkan mengambil wudhuk? Kenapa tidak dicuci saja tempat yang terkentut itu?". Wallahualam, Tuhan itu lebih Bijaksana.
NAMA LAIN TIDAK POPULAR
"Sebenarnya nama ini gelaran daripada orang Kulai sendiri yang diberikan kepada orang tua-tua dekat sini. Kami orang keturunan Jawa banyak bernama Wak. Jadi mereka gelar bapa saya Wak Kentut, sampai sekarang melekat, kami pernah tukar nama itu tetapi mereka (pelanggan) tidak hendak. Hendak pakai nama ini juga," kata Hairolnizam, anak Wak Kentut yang juga pewaris dan pengusaha warung Nasi Lemak Wak Kentut yang sekarang.
LOKASI
Nama restoran: Nasi Lemak Wak Kentut
Alamat: Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, Kulai, Johor
(ikut susur depan Public Bank, terus sebelum simpang lampu isyarat)
Google map: http://g.co/maps/6ycjs
GPS: 1.652333,103.609871
Waktu: 5:00pm to 9:00pm 12:00 midnight (tutup Ahad dan hariraya haji dan ikut suka hati taukeh lah)
Ditanggung Halal
KEISTIMEWAAN
Bila penulis bertanya kepada penyewa flat rumah murah penulis itu, beliau yang selalu juga ke warung nasi lemak Wak Kentut ada memberitahu,
"nasi lemak dia biasa je wak, sambal dia biasa biasa jugak wak,"
"abes ape yg sedap istimewa sangat tu?" tanya penulis.
"ayam goreng dia wak, memey keless, rempah dia terbaik, kalah ayam KFC wak!" katanya lagi.
WAK YANG JUJUR
Sebenarnya dan sejujurnya penulis bukanlah penggemar tegar nasi lemak. Biasanya penulis hanya akan makan nasi lemak bersarapan diwaktu pagi saja. Itupun ka-dang-ka-dang. Tidak pernahlah penulis makan nasi lemak di waktu tengahari atau di waktu malam. Tetapi sekarang makin ramai orang kita makan nasi lemak tidak kira waktu 24/7 kann? Mak kanns.
Jadi, apabila penulis tidak dapat menjamah nasi lemak Wak Kentut yang popular itu tidaklah mengkuchivakan penulis pun. Tidaklah air liur penulis meleleh-leleh merembes-rembes sampai keluar kelantai seperti hendak dimopkan pula. Tidaklah sampai penulis kempunan sebab tidak dapat makan nasi lemak dan berlari-larian mencari batu belah batu bertangkup pula kan. *Ketawa.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
aDm and aQi at Southern Tiger Hub, Jalan Cengal, Kulai. |
Sep 25, 2015
DC COMICS SUPERHEROES & SHOWCASE
KELMARIN penulis tiba-tiba ditanya oleh seorang rakan penulis tentang kalau-kalau ada pameran superheroes di bandaraya yang sedang berlangsung. Manalah penulis tahu. Tapi tidak semena-mena penulis terjumpa ada restoran yang bertemakan superheroes sebagai hiasan dalaman.
Dipendekkan cerita, sebelum mengambil anak wedok (baca: anak dara) penulis di lapangan terbang malam kelmarin, penulis sempat lagi terjah 2 (baca: dua) restoran tersebut.
Satu. DC Comics Superheroes Restaurant di Sunway Putra Mall. Bila penulis tiba, jam sudah pun menunjukkan pukul 8.08 malam. Penulis dikejutkan apabila mamat kaunter memberitahu bahawa makanan tidak dijual lagi waktu itu. Hanya minuman saja. Restoran akan ditutup pada pukul 9 malam. Sebelum meninggalkan pusat beli belah itu, tidak disangka oleh anak lanang penulis telah terjumpa ahmoi rakan sekelasnya disitu. Penulis mengajak mereka bergambar, tapi anak lanang penulis berasa malu pula. "Dh selalu selfie kat sekolah," katanya lagi.
Dua. Showcase at TTDI, Damansara. Bila penulis tiba, penulis berasa was-was pula sebab tiada tanda halal digantung. Tetapi anak lanang penulis itu telah memeriksa dan yakin bahawa restoran itu menyediakan makanan halal.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
At the Showcase at TTDI, Jalan Mohd Fuad 2:
Sep 24, 2015
SALAM AIDILADHA 2015
Jabal Rahmah, Mekah. 23 Disember 2013. |
Rabu. 23 September 2015. 9 Zulhijjah 1436H.
InsyaAllah, esok sudah hariraya haji. Penulis mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca-pembaca blog penulis yang biasa-biasa saja ini. Penulis juga mengucapkan semoga takbir yang bakal bergema membawa seribu keberkatan bersama-sama erti pengorbanan sebenar. Amin ya robbal alamin.
Pesanan lalat. Hati-hati dijalanraya, pastikan baki kad PLUSMiles / Touch N Go anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Semoga selamat sampai ke destinasi, majulah sukan untuk negara.
Updated. Khamis, 24 September 2015. Alfatihah untuk mangsa tragedi di Mina pula.
Updated. Isnin, 28 September 2015. Seorang warga Malaysia, Zulkifly Samad, 50, disahkan terkorban kerana tersasar ke tempat tragedi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 23, 2015
ABAH MINTA MAAF NAK TERSILAP TREN
Persimpangan Taman Rinting, Masai. |
MINGGU ini, cuti sekolah sudah pun bermula. Anak lanang penulis yang bakal mengambil peperiksaan SPM pun mengikuti penulis ke ibukota.
Menaiki bas ekspres, keretapi LRT dan teksi yang mengambil masa keseluruhan 7 jam.
Di stesen LRT Chan Sow Lin itu pun penulis boleh tersilap menaiki keretapi yang sepatutnya ke Ampang. Nasib baiklah penulis perasan dan tersasar satu stesen saja. Kesilapan itu pun sudah membuang masa 40 minit.
Nota lalat. Gambiran lalat diatas tidak penulis sengaja kan.
Nota lalat lain. Updated. Semalam (malam Selasa), penulis telah diajak oleh anak lanang itu untuk makan sate di Satay Station, Bukit Belacan. Sambil itu kami dihidangkan dengan cerita lama di kaca televisyen, filem bertajuk 'Batu Belah Batu Bertangkup.' Adegan yang sempat penulis lihat ialah dari si Kantan, suami si Tanjung, mati ditengah hutan, sewaktu anak-anak mereka masih kecil, ini menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung. Sejujurnya, penulis tidak pernah menonton filem klasik 'Batu Belah Batu Bertangkup' ini dan hanya mendengar kisahnya dari mulut ke mulut, hati ke hati (amvoiii).
Pada suatu hari, Si Tanjung telah berjaya mengail seekor ikan tembakul sementelah dia mengidam telur ikan tersebut. Disuruhnya Si Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi
Tanpa memikir panjang dan membuat keputusan terburu-buru, Si Tanjung akhirnya lari meninggalkan rumah, sambil memanggil-manggil nama "Batu Belah Batu Bertangkup, aku kempunan telor tembakul" untuk memakan dan menelannya. Walaupun dirayu belas kasihan dengan tangisan oleh Si Bunga Melur yang terus berlari sambil
Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur sedang bermimpi didatangi seorang (nenek) tua menasihatinya supaya tidak pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya disuruh mengambil tujuh helai rambut ibunya yang terjulur itu serta membawa telur ayam yang mahu dibuat lauk ibunya itu. Dia hendaklah berjalan mengikut arah kakinya dan membakar sehelai daripada rambut ibunya setiap kali hendak tidur. Si Melur mendukung Si Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga sampai bertemu dengan Nenek Kebayan yang tertarik dan bersimpati dengan penderitaan mereka berdua. (Itu sajalah yang penulis sempat tonton sebelum penulis membayar bil dan pulang.)
Nota lalat. Cerita Batu Belah Batu Bertangkap ini membuktikan bahawa memang ada ibu yang tidak sayangkan anak mak kann. Kanns. Dan sehingga sekarang pun penulis tidak tahu kesudahan cerita berkenaan. Mungkin penulis akan mencari cd atau muat-turun filemnya nanti.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Somewhere between Bandar Tasik Selatan and Cheras. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...