Aug 2, 2015

NEPHELIUM MUTABILE | NEPHELIUM LAPPACEUM



KELMARIN petang penulis sudah pulang ke kampung memetik buah pulasan (Nephelium Mutabile) dan buah rambutan (Nephelium Lappaceum) yang sedang lebat di kebun penulis sekangkang kera itu.


Blog bukanlah hakmilik kekal.



Aug 1, 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: MERLION

Merlion, Singapore.

KELMARIN pagi pagi lagi penulis sudah berlarian ke seberang tambak. Mula mula penulis hendak membeli suratkhabar saja, tetapi bila sudah tiba di atas pulau, penulis pun bercadang menaiki keretapi terus ke tugu Merlion yang masih memuntahkan air paip. Alone matcham biasa.

Cuaca panas terik berdeting tidak mematahkan semangat penulis untuk menangkap beberapa gambar tulus (baca: candid).


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Woodlands, Singapore.























Jul 24, 2015

SOLO ITU LEBIH BAIK



WAH, tajuk entri penulis yang propa kali ini seperti blog budak-budak 'single itu lebih baik dari pacaran' sahaja bunyinya kan.

Dan dengan ini, penulis tidak akan mengemaskini blog ini selama 6 hari 6 malam lamanya. Bukan sebab penulis hendak terbang (baca: travel) kemana-mana secara solo ya. Jumpa kawan-kawan di bulan hadapan, in sha Allah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 21, 2015

SKY



KELMARIN pagi-pagi lagi anak lanang bocah cilik penulis itu sudah bangun mandi manda gosok gigi dan mengajak ke Toy R Us untuk membeli mainannya. 'Duit raya anaknda dah cukup sehatus satu hinggit bah!', katanya lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 19, 2015

ORANG SEMUT



PADA mulanya penulis hendak menonton wayang Penghapus (baca: Terminator Genysis) tetapi tiadalah kaum kerabat yang berminat menonton bersama. Jadi penulis pun melayan wayang the Antman sebagai hiburan semata-mata dengan separuh dari kaum kerabat juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 17, 2015

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR BATIN 2015



TAHUN ini penulis memulakan sessi mengambil gambar keluarga penulis seperti biasa dirumah hinggap selepas solat sunat aidilfitri. Selepas solah jemuah pula (baca: sembahyang jumaat) penulis pun pulang ke kampung menziarah pusara ayahnda dan bonda. Dan selepas itu beraya ke rumah adindas penulis juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 16, 2015

ANAKANDA SAYANG ABAH!

Anak lanang bocah cilik.

SELALUNYA yang penulis gaduhkan dengan anak lanang bocah cilik ini ialah tentang rancangan televisyen Astro. Sesekali apabila penulis tidak memotong rumput dan berehat-rehat santai dirumah hinggap itu dan ingin menonton wayang menarik di saluran 411 (dan saluran wayang lain), manakala anak lanang ini akan melayan cerita kartun di saluran 616 walaupun beliau sibuk dengan permainan video dan youtubenya.

Kelmarin anak lanang bocah cilik ini mengamuk kerana penulis menukar saluran kartunnya dan merampas alat pengawal jauh dari tangan penulis. Penulis tidaklah marah, tetapi penulis kata padanya yang penulis akan pergi jauh jauh mencari batu belah batu bertangkup. Apabila penulis hendak terlelap didepan televisyen itu, tiba-tiba anak lanang bocah cilik ini membaling alat pengawal jauh itu ke badan penulis sambil teriak, 'anakanda sayang abah!'


Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada mak kan. Kanns ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

With his big brother.

Jul 15, 2015

MAAF ZAHIR BATIN



LUSA sudah hariraya. In sha Allah. Dengan ini penulis mengucapkan selamat hariraya maaf zahir batin sekiranya ada tersalah silap tuturkata. Hati-hati di jalanraya, majulah sukan untuk negara.

yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN

Salam aidilfitri,
maaf zahir dan batin

- al-Ghazali

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 14, 2015

IMUDA | HAREMEYN

"Pi Mai Pi Mai Tang Tu sitcom" on television. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur.

KELMARIN sempat lagi penulis merempit ke Balai Seni Visual Negara (baca: National Visual Arts Gallery) yang sepelaung saja jaraknya dari tempat penulis memotong rumput ditengahari yang panas terik berdeting. Alone matcham biasa. (Ada 33 foto kesemuanya).

Mula-mula penulis menyaksikan pameran solo Imuda di bangunan baharu.

Kemudian penulis datang semula ke bangunan utama untuk menyaksikan pameran Haremyn, gambar gambar lama dari zaman Uthmaniyah (Ottoman Empire) memaparkan bangunan Kaabah, masjid Quba' (Qiblatain, 2 kiblat) dan juga masjid Nabawi.


Akhir sekali penulis mengimbas pameran Perolehan Terkini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dian Sastrowardoyo, Wanita Melayu, Diana Yusof. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur.

Maya Karin, ? , Elizabeth Taylor. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur.

Ella, ratu rock. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur.

A. Ramli, Muhyiddin, Hussein Onn. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur.

Shazalli Ramly, Rani Mukherjee, Ramli Sarip. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur.

Queen Elizabeth. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur.


Di pameran Haremeyn:















Di pameran Perolehan Terkini:



















Jul 13, 2015

THE FIRST 2015 RAYA CARD OR MAYBE THE LAST



AKHIRNYA ole-ole bandung yang penulis ushar usharkan telah selamat tiba dirumah merpati penulis yang itu ya. Tiba didalam sampul kad raya dengan pantun raya juga. Tulisan pantun pengirimnya,

"Bulan Ramadhan Bulan Mulia
Disambut Dengan Penuh Gembira
Kini Syawal Menjelma Tiba
Tangan Dihulur Maaf Dipinta"

Terimakasih tidak terhingga penulis ucapkan kepada rakan blogger devogue cik tengku Scdha Sein (SS) yang jauh dimata itu. Bebienornya penulis tidak pernah memberikan alamat rumah kepada pengirimnya. Tetapi biasalah dalam dunia internet dan laman sosial, semuanya ada dihujung jari kan, kanns.

Ini pantun balasan biasa-biasa saja dari penulis pula,

Blog diwalking sehari-hari,
Dalam gelap siang malam atau senja,
Penulis menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan juga .,


Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.