May 7, 2015

RESIPI NASI DAGANG KOBOI



Bahan-bahan untuk Nasi Dagang untuk 2 orang makan (tanak, bukan kukus): –

1 cawan Beras Siam
1/4 cawan beras pulut
1 cawan santan + sedikit gula dan garam
1 cawan air saja
1 sudu halba
3 ulas bawang merah
1/2 in halia
1 helai daun pandan

Cara cara :

1. Beras dicampur dengan beras pulut dibasuh sampai bersih
2. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan dlm periuk bersama beras tadi dan juga buah halba serta daun pandan.
3. Tanak nasi sehingga masak.
4. Boleh dihidangkan.

Resepi Gulai Ikan Tuna koboi:

1 ekor ikan tuna dan potong 3 kerat.

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 inci lengkuas (dikisar)
1/2 inci hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai
1 paket rempah kari
1 cawan santan pekat
1 sudu kerisik (kalau koboi tak perlu krisik)
2 keping asam keping
2 batang serai (dipenyet)
1 ketul kecil gula melaka.
1 biji lada besar, dipotong dua
sedikit garam, serbuk perasa
sedikit air

Untuk tumis:

2 ulas bawang merah (hiris mayang)
1/2 inci halia
1 sudu camca halba

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan yg ditumis, biarkan sampai berbau harum.
3. Masukkan serai, kemudian kacau sehingga berbau, masukkan bahan yg dikisar.
4. Bila dah naik minyak, baru masukkan rempah kari, serbuk ketumbar dan rempah gulai.
5. Kacau hingga sebati dan naik minyak dan berbau harum.
6. Campakkan gula melaka, asam keping, biar beberapa minit sehingga sebati.
7. Masukkan santan, kacau lagi.
8. Kalau tak nak pekat masukkan sedikit air, masukkan kerisik.
9. Bila dah naik minyak lagi, menggelegak, masukkan ikan tuna dan asam keping dan lada besar.
10. Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa koboi.
11. Biarkan sehingga menggelegak dan ikan masak.
12. Masak sebentar 13 minit dan boleh dihidang.

Resepi Jelatah:-

Timun disagat
Lobak disagat
1 Cili Padi dipotong halus
1 Bawang besar dimayang

2 sudu gula
1 sudu garam
2 1/2 sudu cuka

Cara-cara:

1. Gaul sebati dan dihidang.

Boleh rebus telur masin untuk menambah hidangan.

May 6, 2015

TEMERLOH: THEN & NOW

Temerloh: After (2015) & Before (2014, mouse hover and credit to Rossa Calla)

KEBOSANAN mencipta kelainan membuatkan penulis tiba juga di Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah pun sudah petang lagi 13 minit sebelum pagar ditutup.

Singgah di bandar Temerloh pun tiada yang menarik, dan ikan patin bukanlah makanan kegemaran penulis. Cuma penulis menemui keinsafan bila melihat papan tanda Temerloh yang rosak teruk sebagai bukti banjir besar 2014 yang baru lepas. Untuk melihat gambar dulu semasa banjir, sila goyang-goyangkan inul tetikus anda diatas gambar.


Blog bukanlah hakmilik kekal.



May 5, 2015

WEEKLY PHOTO CHALLENGE: INTRICATE



SETIAP hari Selasa penulis akan meletakkan entri Weekly Photo Challenge. Dan minggu ini untuk Weekly Photo Challenge ialah bertajuk 'Intricate' atau rumit. Contoh ayat seperti 'kalau otak sudah berserabut'.

May 4, 2015

DEME WASAP AMBE REPLY

Ustaz Azhar Idrus, Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC, Mei 2015.

Nota amaran lalat. Seperti biasa, kesemua entri penulis mengandungi kapsyen (baca: caption) dibawah atau didalam gambar. Untuk melihat kapsyen didalam gambar, sila goyang-goyangkan inul tetikus anda. Sekiranya anda menggunakan Tab atau mini iPad yang tidak ada tetikus, maka penulis tidak dapat menolongnya. Harap maklum.

May 3, 2015

WAK GI NGETEH DENGAN MONYET AJEWW LAH

A monkey with an ice lemon tea bottle. Zoo Taiping is a zoological park located at Bukit Larut, Taiping, Perak, Malaysia. Established in 1961, Taiping Zoo is the oldest Zoo in Malaysia.

CUTI yang panjang (Hari Pekerja dan Wesak) membuatkan penulis gundah gulana dan bosan tahap sederhana kerana tiada aktiviti yang dirancang. Penulis telah bekejaran ke Zoo Taiping dan Kuala Sepetang saja sudah.

May 2, 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: KLCC PARK



PENULIS sepatutnya meletakkan tajuk ini, 'the world's best photos of candid and KLCC' supaya lebih banyak trafik yang datang. Tapi melayan jiwa yang gundah gulana juga amatlah diutamakan buat masa ini.

Nota amaran lalat. Entri ini juga mengandungi banyak gambiran, dan penulis tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca kehilangan banyak data dalam telefon pintar masing-masing.



Blog bukanlah hakmilik kekal.

































































May 1, 2015

PBAKL 2015, SEMUDAH ANDA MEMBUAT DOSA



SEBENARNYA saya sudah lama tak ke pesta buku. Sudah kurang minat saya untuk membeli dan membaca buku. Kecuali untuk bacaan kaum kerabat. Tetapi kaum kerabat lebih minat melayari internet dan bermain games di komputer sekarang ini. Tapi saya terpanggil untuk ke pesta buku di PWTC kelmarin dan berjumpa dan bersemuka dengan blogger Merah Silu.



Blog bukanlah hakmilik kekal.















THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.