Jalan Genting Klang @2024 |
Isnin, 29 Julai 2024.
Tengahari sudah berlarian ke Jalan Cochrane.
Sebelah stesen minyak Petronas.
Member satu proyek potong rumput ajak makan kari kepala ikan. RM200
Tapi bayar asing2. rm30
Kami bertujuh termasuk leader MAR (Filipino) dengan laki dia, JOH (Filipino).
Tapi sebelum itu wak bawa mat Fatariss ke Jalan Genting Klang.
Sebab minggu lepas enjin mat sudah berbunyi seperti helikopter. Helikopter!
Bila sampai dibengkel, mat pomen cina tu ketatkan saja 2 skru bawah enjin.
Tidak sampai 2 minit siap - upah gratis.
Ooh.
Pagi tadi uncle BAL ada beritahu.
Semalam (Ahad) dia ke Taman Berkeley di Klang.
Urut kaki sebab terasa sakit sangat.
Lepas urut dengan mat guard terus sembuh dan boleh naik tangga rumah 2 tingkatnya dengan aman.
Menarik juga dan wak siap tengok dalam google maps.
Tukang Urut STROK குமார் ஹார்ட் மசாஜ் .
Buat masa ini wak tiada sakit apa2 selain sakit gigi dan sakit hati.
Manalah tahu kalau2 informasi ini berguna dimasa akan datang.
Ooh.
Uncle BAL cerita.
Mat guard yg urut itu bukanlah sami.
Dan dia bukan India tempatan.
Tidak apa2 ayat2 mantera.
Dia cuma picit2 sahaja.
Urutan tidak sampai 2 minit, uncle bagi rm50.
"Murah,"
"wak ko kira sejam dia punye rate kalah gaji aku,"
Ramai juga yg datang berkunjung, katanya.
Ada yg tempang boleh terus berlari.
Walaupun tempat dia bertugas itu cuma bangunan tinggi yg belum siap.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
mahal kos urutan tu tapi kalau serasi/berkesan, puas hati laa
ReplyDelete