Feb 20, 2023

BERBURU SUNSET DAN FOTO SILUET DI KUNINGAN TIDAK JADI

 Ahad, 19 Februari 2023.
Entri kedua untuk hari ini.

Petang wak berlarian lagi ke Lippo Mall Kemang.
Panjat menara ke lantai 17.

Kemudian berlarian ke Cyber 2 Kuningan.
Konon mahu mengambil gambiran sunset di lantai 17.
Tapi gedung ditutup kerana hari minggu pula.
Yo wes lah.

Lalu wak pun berlarian ke gedung Sarana Square.
Ambil 2 3 gambiran diatas atap (rooftop), Kobain Coffee.
Kemudian solat maghrib di musollah.

Kemudian berlarian ke Kampung Kemang.
Makan makanan laut di Seafood 68.
Lupa sebentar masalah asam urat (gout) dan kolesterol tinggi. 😅 😅 
Wak pesan ikan gurami bakar.
Dan udang masak manis.
Dan cah kangkung.
Dan nasi putih.
Dan teh tawar sahaja.

Ooh.
Cah kangkung itu sebenarnya adalah kangkung masak taucu, bukan kangkung belacan ya. 😅 😅 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

9 comments:

  1. Cantik gambar waktu malam tu.

    Kangkung masak taucu…agaknya sedap macam kangkung goreng belacan jugak, ada campuran rasa masin taucu.

    ReplyDelete
  2. cantik pemandangan waktu malam ye wak... kiranya memang paparich la kedai wak tuju bila rindukan masakan malaysia ya.

    ReplyDelete
  3. Alamak..rindu nak makan ikan gurame bakar la...cah kangkung pun sedap...x makan bebek ke wak?

    ReplyDelete
  4. tak penat ke wak berlari2 ke sana ke mari? :P

    ReplyDelete
  5. Cakep"gambarnya Wak...punya bakat nih wak

    ReplyDelete
  6. walopun ni gambar tentang sunset dan siluet, nampak makanan terus laporrr

    ReplyDelete
  7. Saya malah rindu sangat dengan kangkung belacan Malaysia Wak 😄😄. Ini nanti Juli nak puas2in lah kuliner di Penang. Dah saya tulis mau cari makanan apa saja hahaha

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...