![]() |
| The only zebra crossing with proper pedestrian traffic lights @2023 Jalan Melawai Raya, Jakarta Selatan |
Selasa, 28 Februari 2023.
Hari terakhir dibulan Februari.
Esok sudah bermula bulan yg baharu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Jakarta International Velodrome @2023 |
Ahad, 26 Februari 2023.
Hari Khamis malam Jumaat kan wak sudah berlarian ke stadium Velodrome itu.
Disebabkan beli tiket tapi tersalah tanggal (tarikh).
Temen2 wak yg bertiga pun sudah pergi ke sono malam tadi.
Sebab mahu menonton dato Azizulhasni Awang bertanding.
Beliau dapat pingat perak.
Tahniah dan syabas.
Hari ini (Ahad) memang wak tidak rencana mahu kemana2.
Tapi tadi sedang petugas kost kemas2 kamar wak.
Tiba2 nampak bros asyRUL dengan NAZiri terpacak dilobi mahu ke sono lagi.
Mereka sudah beli tiket.
Mereka mahu tonton lagi dato masuk final.
Wak pun teringin untuk sertai mereka juga.
Tapi dato Azizulhasni tewas dengan pelumba Israel laknatullah itu. Huhu.
Pelumba2 yg lain pun kecundang juga.
Tiba di pintu masuk stadium.
Wak cuba beli tiket online.
Masa terkial2 itu.
Bro asyRUL dan NAZiri keluar semula dari stadium.
Sebab tiada pelumba Malaysia yg masuk acara akhir.
Dan sesungguhnya kami bergegas ke belakang stadium.
Di pintu laluan VIP dan peserta2.
Mereka tahu disebabkan mereka sudah berswafoto dato tadi malam.
Jumpa dato Azizulhasni dan pelumba2 lain.
Pegawai imigresen yg baru tiba pun ada menyibuk disitu.
Movie lalat.
Bicycle Thieves 1948.
American Flyers 1985.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jumaat, 24 Februari 2023.
Malam tadi wak berlarian ke Darmawangsa Square.
Kalau dilihat dari luar seperti rumah penginapan apartment.
Tapi sebenarnya ada pusat beli belah mewah juga.
Ooh.
Sebenarnya ada masalah dengan data internet henfon wak.
Walaupun tempoh tamat prabayar sehingga 8 Mac.
Sudah berapa kali dimatikan dan dihidupkan semula.
Tapi masih tidak dapat diaktifkan.
Jadi sekarang terpaksa bergantung pada wifi sahaja.
Dan hotspot dari henfon kawan yg baik2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Stasiun CSW Asean @2023 |
Khamis malam Jumaat, 23 Februari 2023.
Tengahari tadi bro NAZiri beritahu.
Mahu tonton kejuaraan balap lomba sepeda trek UCI di stadium Velodrome.
Dalam kelam kabut dengan urusan kerja potong rumput.
Wak tempah untuk 4 orang - 50rb (rm15) seorang sahaja.
Wak tersalah pilih tarikh.
Sepatutnya rencana pada hari minggu (Ahad), yakni tanggal 26.
Tapi wak tersalah pandang tak pilih tarikh, jadinya otomatis tanggal 23.
Pembayaran pun sudah dibuat guna Bigpay bro NAZiri
Terpaksa telefon perkhidmatan pelanggan.
Bercakap merayu2 hampir setengah jam.
Tunggu balasan emel yg mengecewakan.
"Maaf wak ga bisa tukar tarikh jadwalnya,"
Yo weslah.
Tapi sore tadi wak berlarian juga ke Velodrome itu.
Sayang rasanya kalau beli tiket tapi tidak jadi pergi.
Naik bis no 1 Transjakarta dari Asean.
Turun di Tosari tukar bis no 4 ke Pulogadung 2.
Dan turun di halte Velodrome.
Sepatutnya turun di halte Rawamangun yg lagi dekat.
Solat maghrib di musolla itu.
Hahaha.
Silap teknik sebenarnya.
Tidak membaca informasi sebelum tempah tiket tadi.
Jadi bila bro asyRUL semak jadual.
Ada acara yg dato Azizulhasni Awang bertanding.
The Pocket Rocketman nama gelaran.
Pada hari sabtu acara keirin dan sprint.
Dan malam tadi tiada acara melibatkan pasukan dari Malaysia.
Apakah wak harus ripit ke stadium Velodrome lagi lusa?
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Public Transportation Jakarta @2023 |
![]() |
| UCI Track Nations Cup 2023 |
![]() |
| UCI Track Nations Cup 2023 |
![]() |
| Roti oat at UCI Track Nations Cup 2023 |
![]() |
| UCI Track Nations Cup 2023 |
![]() |
| UCI Track Nations Cup 2023 |
![]() |
| UCI Track Nations Cup 2023 |
![]() |
| UCI Track Nations Cup 2023 |
![]() |
| UCI Track Nations Cup 2023 |
![]() |
| Near Neo Hotel Kebayoran @2023 |
Rabu, 22 Februari 2023.
Masih sibuk dengan urusan kerja kantor potong rumput.
Cuma tadi bro asyRUL sudah ketagih.
Dengan roti bakar garlic croutons yg wak beli di The Mansions Kemang.
Di campaknya duit 100rb.
"Nah beli 5 bungkus,"
"Aku nak sampai esok!"
Cara membuat Garlic Croutons - youtube.
Hafazan lalat.
Ayat seribu dinar.
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| The last pieces of Garlic Croutons @2023 |
![]() |
| Kuningan view from Cyber 2 Jakarta 17th Floor @2023 |
Selasa, 21 Februari 2023.
Sore tadi wak sudah berlarian ke Kuningan.
Mula2 rencana mahu naik MRT di stasiun Asean dekat kantor.
Tapi baru perasan tidak bawa kartu MRT pula.
Yo wes lah.
Wak pesan Grabcar pun banyak yg batal kan.
Sebab macet di waktu puncak.
Wak tahan taksi Bluebird di tepi jalan.
Maka melayanlah macet Jakarta.
Tiba di menara Cyber 2 Tower sudah kemalaman.
Naik lantai 17 tapi tempat duduk tepi beranda semua sudah ditempah.
Ambil 2 3 gambiran sudah.
Kemudian turun dan langsung ke Cyber Park Mall.
Wak pesan Grabcar.
Baru pertama ke mall ini.
Bersebelahan Taman Anggerik.
Sebelum jalan2 di jambatan cantik itu.
Makan nasgor tomyam di Solaria.
Kamus lalat.
Soteng = berlagu, berlagak
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Ahad, 19 Februari 2023.
Entri kedua untuk hari ini.
Petang wak berlarian lagi ke Lippo Mall Kemang.
Panjat menara ke lantai 17.
Kemudian berlarian ke Cyber 2 Kuningan.
Konon mahu mengambil gambiran sunset di lantai 17.
Tapi gedung ditutup kerana hari minggu pula.
Yo wes lah.
![]() |
| Nasi lemak Pontianak @2023 |
Khamis malam Jumaat, 16 Februari 2023.
Entri nasi lemak tapi tiada kaitan dengan gambar diatas.
Semalam wak borak2 kosong di kantor dgn bro RAZaman
Sekarang kami sudah dapat merasakan nasi lemak Malaysia.
Rasa asli nasi lemak yg sama seperti di tanahair.
Dgn aroma dan rasa santan, kacang, ikan bilis goreng dan timun potongnya.
Dan sambalnya yg ga pelit.
Biasa kami akan pesan Grabfood sahaja.
Nasi lemak 25 dari Gandaria itu.
Dan setiap hari Minggu (Ahad).
Boleh sahaja ke stasiun MRT Setiabudi ada gerai nasi lemak Malaysia 🇲🇾.
Teringat wak masa mula2 dulu sampai di Jakarta.
Terpaksa berlarian ke restoran Malaysia Paparich di Lippo Mall Kemang.
Gara2 mahu menjamah nasi lemak.
Ooh.
Tadi jam 10 pagi.
Wak dgn mgr AYU berlarian ke Indomaret.
Dia nak beli jajan katanya.
Lagipun sakit tekak dan kahak wak masih belum pudar.
Wak beli sirup obat batuk Jahe Madu sahaja.
Rasa halia pahitnya mcm nk mamfus.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Vicks' Formula Jahe Madu @2023 |
![]() |
| Rempeyek Kacang Tanah @2023 |
Rabu, 15 Februari 2023.
Pagi tadi rakan sekantor ada bawa rempeyek kacang tanah.
Rasa yg sama seperti di Masai.
Banjir dengan taburan kacang tanahnya.
Tiada ikan bilis tapi.
Punyalah banyak diletak dalam bakul rotan.
"Peyek dari Semarang, " kata pak gaTYO itu.
Movie lalat.
Breaking 2022.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Sepapan telur (46rb, rm15) dan 5 biji epal (52rb, rm16) @2023 |
Selasa, 14 Februari 2023.
Bulan Ogos tahun lepas bila wak mula2 tiba di Jakarta ini.
Dikejutkan dengan berita pembunuhan polis oleh polis juga.
Link: Kasus Pembunuhan Brigadir Joshua.
Kes pembunuhan pengawal peribadi.
Semalam semasa wak berjalan ke kantor potong rumput.
Nampaklah juga ramai pemberita di luar perkarangan Kejaksanaan Agung (Mahkamah Tinggi).
Sekarang 6 bulan akhirnya mahkamah menjatuhkan hukuman.
Semalam dikatakan dihukum mati juga.
Tapi hari ini cerita lain.
Hanya dijatuhkan penjara 13 tahun.
Ini belum lagi ke mahkahmah rayuan.
Ramai yg tidak puas hati.
Nak heran tapi nikan Indonesia.
Cerita lalat lain.
Balik dari kantor tadi.
Wak singgah di supermarket di Blok M Plaza itu.
Teringin mahu makan buah epal hijau.
Kamus lalat.
Divonis = dijatuhkan hukuman oleh mahkamah
Movie lalat.
Sundown 2021. Neil (Tim Roth) dan Alice Bennett adalah inti dari keluarga kaya yang sedang berlibur di pantai Acapulco, Mexico sampai keadaan cemas yg tegang mempersingkatkan liburan mereka. Ketika satu ahli kerabat mengganggu tatanan keluarga yg erat, ketegangan yang membara meningkat ke permukaan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Fountain of Blok M Plaza @2023 |
![]() |
| Rumah Sehat Patah Tulang Haji Naim @2023 |
Isnin, 13 Februari 2023.
Petang tadi wak sudah temankan bro NAZiri.
Ke Rumah Sehat Patah Tulang Haji Naim yg terletak di Cilandak, Jakarta Selatan.
Tujuan untuk mengurut bahunya yg terseliuh sejak sekian lama.
Urusan yg mudah dan cepat.
Tidak perlu temujanji.
Datang dan terus di layani dengan segera.
Diurut secara tradisional dgn ayat2 suci al-Quran.
Upah urut seikhlas hati. 100rb
Cerita lalat lain.
Prelude rencana pengembaraan ke negeri diatas awan, Banten.
1. Cara Menuju Negeri di Atas Awan yg hanya 3 jam dari Jakarta - LINK.
2. Info Lengkap Gunung Luhur Desa Citorek, Negri Diatas Awan Lebak Banten - LINK.
3. Mau Ke Negeri Di Atas Awan Yang Ada Di Citorek, Gunung Luhur, Lebak Banten? LINK
Rencana mahu berpetualang ke desa Citorek agak mencabar. Tiadanya pengangkutan awam dan tempat yg agak jauh dari pekan2 lain. Tapi kan wak suka tantangan? Harap2 tidak terkena scam lagi.
Movie lalat.
Rush Hour 3 2007.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Rumah Sehat Patah Tulang Haji Naim @2023 |
![]() |
| Rumah Sehat Patah Tulang Haji Naim @2023 |
![]() |
| Google map route to Negri Di Atas Awan Banten @2023 |
![]() |
| Woods' Naturals @2023 |
Ahad, 12 Februari 2023.
Hari ini tidak keluar berjalan kemana.
Pening kepala belum kebah.
Sakit tekak dan batuk kahak hijau pun mula bermaharajalela.
Cuma petang tadi ke Alfamidi (ie 7-11).
Yg sepelaung sahaja dari kost penginapan ini.
Beli ubat batuk Wood's itu. 26,5rb
Movie lalat.
Rush Hour 2 2001.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Waning Gibbous moon phase this morning @2023 |
Jumaat, 10 Februari 2023.
Bersamaan tanggal 18 Rejab 1444.
Waning gibbous, terjadi di tanggal 17,18 dan 19 qamariah (kalendar bulan).
Fase ini ditandai ketika bulan setengah ukuran penuh.
Movie lalat. The Man who Knew Infinity 2015.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Bako Bako Resto Marina Island Lumut @2025 Ahad, 30 November 2025. Part III. Malam tadi berlarian ke rukan (rumah makan) Bako Bako Resto. ...