Mar 1, 2021

VITAGEN HIJAU & KLEPTOPHOBIA

Vitagen dengan jus epal

VITAGEN HIJAU
Penulis memang suka minum air vitagen ini.
Konon2 untuk pencernaan dalam perut.

Tapi biasalah sebotol kecil ini pun tidak puas.
4 kali sedut pun sudah habis.

PAYWAVE CREDIT CARD
Minggu lepas penulis sudah terima penggantian kad kredit yg baharu.
Untuk ganti kad lama yg sudah patah dalam dompet yg lama.

Tapi kad yg baharu ini sungguh rasa tidak selamat.
Sebab guna gelombang bayar (baca, paywave). 
Seperti kad TouchnGo sahaja.
Tidak perlu nombor pin.

Dulu pernah berlaku pada kad kredit yg lama.
Tertinggal di pam minyak Caltex Bukit Belacan.
Sudah digunakan orang lain untuk pam minyak juga.

Jadi sindrom kleptophobia sekarang sedang bermain di minda penulis.

Kamus lalat. Kleptophobia (atau cleptophobia) adalah ketakutan pencurian atau dicuri. Ketakutan ini sering disebabkan oleh pengalaman trauma pada masa lalu, khususnya dirompak atau perkara yang dicuri itu sendiri. Penderita mungkin menghadapi pengasingan, harga diri yang rendah, kemurungan, dan gangguan kecemasan yang lain. Oleh kerana terdedah dalam situasi berisiko tinggi, mereka juga mungkin mengalami kegelisahan sosial malahan agoraphobia.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
New paywave card 

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON

  PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...