Feb 9, 2021

TUTORIAL | TIPS BUAT FOTO SEPARA WARNA

Please hover your mouse to see before and after edit.


Penulis ingin menjawab satu soalan daripada pembaca blog penulis yg biasa2 ini.

"Eh! Macam mana buat foto separa warna ni? (terbeliak mata)" - kata uncle gedek yg ganteng itu.

Tentang bagaimana membuatkan sebahagian gambar sahaja yg berwarna.

Sebenarnya banyak video dlm youtube pasal teknik seperti ini.
Tetapi mestilah tahu asas penggunaan Photoshop.

Dipendek cerita.
#1 - pilih foto yg dikehendaki. Contoh, gambar gerbang negara jepun yg berwarna merah yg penulis tangkap semasa di Aeon Tebrau City tadi.

#2 - buat 2 lagi layers dengan kopipes layer pertama.

#3 - pilih layer paling atas untuk jadikan foto hitam putih.
Image > Adjustments > Black & White

#4 - tekan 'OK'untuk jadikan foto hitam putih.

#5 - kemudian pilihan icon "Select" untuk pilih bahagian daripada foto yg hendak digunakan warnanya sahaja.

#6 - kopipes bahagian berwarna sahaja tadi ke layer yg baharu. Dan pindahkan layer ini ke bahagian yg paling atas.

#7 - tekan layer foto hitam putih untuk hidupkan. "Save" foto ini didalam cakera keras. Woila! Sudah siap!
Kepada yg kurang berpuas hati dan masih tidak memahami cara penulis terangkan kaedah diatas, bolehlah tinggalkan komen pembaca dibawah.

Ooh. Gambar pertama diatas penulis sajikan sebelum dan sesudah edit ya kawan2. Cuma gerak2kan tetikus sahaja.
Sharing is caring kann.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...