Dec 13, 2020

KITA NI BAGAIMANA


Bagaimana Untuk Jujur Berterus-terang (Tanpa Melukakan Hati)

Perkara yang paling menakutkan adalah:

Memberitahu kebenaran pahit secara jujur kepada seseorang yang mungkin sukar menerima kenyataan.

Sama ada memberitahu sahabat baik dia telah dikhianati, memberitahu bos bahawa ideanya teruk, atau menyampaikan sesuatu perkara yang pahit untuk diterima oleh setiap orang.

Kerana kita pasti tidak mahu membuatkan seseorang bersedih.

Kita tidak tahu bagaimana reaksi dan tahap penerimaan mereka.

Mereka mungkin merasakan anda iri hati dan mula menjauhkan diri dari anda. Perkara ini juga anda pasti tidak mahu.

Jadi kadangkala anda menyembunyikan kebenaran untuk mengelakkan mereka berkecil hati.

Kadangkala, demi menyelamatkan diri sendiri, kita ‘berbohong sunat’.

Ohh. Gambar pancuran diatas di masjid penulis bersolat jumaat kelmarin.
Masjid al-Rahmah, Bukit Rambai Melaka.

Ohh lagi. Semalam penulis sempat berlarian ke galeri lebah Ayer Keroh Melaka 2020.
Tiada yg menarik di tempat jualan madu lebah ini.
Cuma terpaksalah membeli beberapa botol madu yg asli.

Firman Allah swt dalam surah an- Nahl ayat 68 & 69.
وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (٦٨)ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩)
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan manusia” (68),

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu), dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat-ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan.” (69)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...