Feb 24, 2021

STIK SIRLOIN

The sirloin steak.
Petang semalam penulis teringin hendak meratah daging.
Asyik potong rumput kais pagi makan petang sahaja kann.
Asyik makan nasi paprik campur telur dengan dadar sahaja kann.
Jangan menzalimi diri sendiri ya.
Pesan stik sirloin TWS sudah.
The Windmill Station Taman Laksamana Melaka.
Malam tadi penulis sudah singgah di restoran The Windmill Station sahaja.
Tidak seperti restoran di Me'nate dan Melantak berdekatan yg mana kena pilih stik sendiri.
Di TWS ini pelanggan boleh pilih stik dari menu sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Hot Lemon Tea & Sirloin steak
I dont know them. Just candid.
The Windmill Station @2021

Feb 23, 2021

STILL UNDER CONSTRUCTION

Please hover your mouse to see before (17/11/20) and today photos.


Pagi2 penulis sudah berlarian mencari sarapan.
Tapau nasi lemak dua hinggit tepian longkang sudah.
Kuih sambal, karipap sardin dan kuih ketayap yg lembut (tiada gambar).

Sambil berlarian pulang kerumah.
Sempat tangkap gambiran rumah orglen yg sama masih dalam pembinaan.
Pautan 3 bulan yg lampau: 17 Nov 2020.

Amaran. Gambar rumah diatas bukan rumah penulis ya. Harak maklong.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 22, 2021

BREAKING THE RULES

Every sunset brings the new promise of dawn.
Petang penulis sudah berlarian ke tefian fantai. Pantai Puteri Pantai Kundor Melaka.
Ambil dua tiga gambiran matahari terbenam sudah.

Ooh. Hari ini penulis mahu letak gambar warna sepenuhnya.
Patahkan pembaris.
Boleh khanns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Poyo je kannns.
Dont forget: Beautiful sunsets need cloudy skies...

Feb 21, 2021

IKAN TIMAH (TRICHIURUS LEPTURUS)

Mini car on my dusty laptop.
Pagi2 tadi sudah berlarian ke tefian fantai.
Penulis memang penggemar ikan timah goreng kunyit.
Dari sejak zaman kecil2 dengan bonda penulis.
Alfatihah untuk bonda, Hajjah Salamah.

Feb 20, 2021

ROJAK BUAH OH ROJAK PETIS

Mee rojak kak Rubiah Taman Asean.
Tengahari sudah berlarian hendak ke taman rama-rama.
Tapi disebabkan ada sekatan jalanraya, terpaksalah pusing U.

Penulis teringin hendak makan rojak petis.
Tapi yg terjumpa berdekatan cuma pakcik trak penjual rojak buah power sahaja.
Ditepian tasik zoo.
Penulis pesan rojak buah satu.

"Wak nak pedas ke sederhana pedas?" kata pakcik.

Sempat lagi penulis tanya pakcik rojak buah itu.
Kalau2 dia tahu dimana penjual rojak petis berdekatan.
Boleh pula dia membebel...
Penulis pasang telinga sahaja lah.
"Dulu pakcik penah jual rojak petis," katanya sambil mengembalikan wang baki.
"Tapi customer banyak komplen lah," kata pakcik lagi.
Penulis pun tanya apa yg dikomplenkan oleh pelanggan.
"Boleh dia kata taknak taUhu dengan kangkung," bebel pakcik.
"Kalo tak nak pun, tolak je lah tepi," katanya lagi.
"Jadi makcik kau pun malas nak layan dan taknak buat pastu," kata pakcik.

Ooh. Gambar mee rojak diatas itu. 
Bukan kedai mamak ya.
Semasa pencarian makan tengahari.
Dikedai melayu tepian longkang sahaja.

Movie lalat. The Untamed 2016 (18SX).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 19, 2021

PERSONAL VEGGIE LOVER

Veggie Lover set is not as per apps.
Tengahari terasa laparlah pula.
Penulis pun berlarian ke restoran Pizza Hut yg berdekatan.
Pesan set sayur kasih sayang sahaja.
Awek pelayan berikan menu.
"Wak kena order guna apps," kata awek itu.

Tapi bila sudah pesan set piza siap air guna apps dalam henfon.
Set peribadi untuk makanan satu orang.
Tidak sampai 5 minit, awek datang dgn segera.
"Maaf wak, air pepsi takde.. filter rosak," awek pelayan beritahu.
"Juga, onion rings pun takde.. abes stock," kata awek itu lagi.
Yo wes.

Feb 18, 2021

NTV7 PUN SUDAH TIADA

ntv7 old logo, circa 2001
Semalam penulis dikhabarkan bahawa saluran percuma ntv7 telah ditamatkan.

Cuma penulis teringat kembali kenangan di tahun 2001.
Ketika penulis diterima sebagai salah seorang pemenang rancangan kuiz ntv7.
Siapa masih ingat, rancangan "Who Wants to be a Millionaire"?

Ketika itu, isteri penulis (yg itu) sedang sarat mengandung.
Bayi yg masih dalam perut itu pun sudah 19 tahun usianya sekarang.

Link lalat. Makcik nasi lemak pun tengok millionaire.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
me @2001

AMWAY DISH DROP: HOW TO USE

  HOW TO USE: If you use DISH DROPS Concentrated Dishwashing Liquid with a sponge: Dilute one part of the dishwashing liquid with one to fiv...