Petang sudah berlarian ke tefian fantai.
Tanjung Bidara dan fantai Pengkalan Balak sahaja.
Ehh. Ada fantun fasal Bidara.
Nasi lemak buah bidara.
Sayang selasih hamba lurutkan.
Buang emak buang saudara.
Kerana kasih hamba turutkan. Ammvoiii.
CERITA LALAT LAIN.
TIDAK SUKA IBU KAHWIN LAGI.
Soalan. SAYA anak sulung dalam dua beradik. Sejak arwah bapa meninggal, kami rapat dan banyak berkongsi cerita. Baru-baru ini, ibu beritahu ingin berkahwin lagi dan meminta pandangan saya mengenai teman lelakinya. Saya tidak menyukai teman lelaki itu disebabkan ada alasan tertentu. Perlukah saya beritahu ibu hal sebenar?
JAWABAN.
Anak berperanan menggembirakan hati ibunya. Jika sesuatu tindakan anda sebagai anak mengguris atau mengecewakan hati ibu, hukumnya berdosa besar. Ia termasuklah dengan isu ibu anda ingin berkahwin lagi dan anda tidak berhak menghalangnya.
Rasionalnya, hak ibu anda untuk berkahwin lagi. Dia perlu diberi kepercayaan dan sokongan, demi keperluan dirinya sebagai seorang wanita dan ibu tunggal. Fitrah wanita yang normal, selagi dia masih muda dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai isteri, wajar memilih pasangan hidupnya sendiri.
Pada hemat saya, anda hendaklah berfikiran terbuka. Jangan buruk sangka dengan bakal bapa tiri anda. Berdoa supaya hidup ibu anda bertambah bahagia dengan perkahwinan baharunya itu.
Sekurang-kurangnya, anda masih ada ibu kandung yang penyayang dan taat kepada ajaran agama. Ibu anda tidak berdosa pun jika dia berkahwin atau mendirikan masjid sekali lagi. Dia sedang menuju alam kehidupan yang memberi peluang bagi dirinya menambah pahala amalnya sebagai wanita, ibu dan isteri yang bertanggungjawab.
Apabila anda berasa kecewa atau marah dengan tindakan ibu anda untuk berkahwin lagi, maka ingatlah pengorbanan ibu anda yang menjadikan anda bersikap ihsan dan meyakini wibawa dan haknya untuk membuat keputusan kendiri seperti berikut;
* Ibu yang mengandungkan anda.
* Ibu yang mengasuh dan mendidik.
* Ibu menyediakan segala keperluan.
* Ibu yang paling hampir dengan anda.
* Ibu tempat rujukan dan tempat bergantung.
YAKIN DENGAN IBU.
Oleh itu, perkahwinan ibu anda dengan lelaki itu wajarlah didoakan agar akan meringankan beban dan tekanan hidup yang dialaminya sebagai ibu tunggal.
Islam menggariskan panduan supaya setiap anak bertanggungjawab, sentiasa menyokong dan memberi kekuatan kepada ibunya dalam menghadapi sesuatu perkara.
Ingat, jika anda gembira dan percaya akan kekuatan, keputusan dan kebijaksanaan ibu, maka ia akan mengelakkan anda daripada dosa dan konflik dengan kepentingan dan haknya.
- sumber internet. Wallahualam.
Blog bukanlah hakmilik kekal.