Dec 8, 2020
NASI AMBENG THE RIVER
Tapi masa itu pukul 2pm penulis sudah agak lambat sampai.
Tengahari tadi penulis pun berlarian ketepian longkang itu sekali lagi.
Alhamdulillah, dapat pesan sebungkus.
Movie lalat. Tower Heist 2011.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dec 7, 2020
SUSU KURMA FARM FRESH
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dec 6, 2020
TASIK 3 BERADIK MASAI
Tasik 3 Beradik Masai @2020 |
Untuk entri terakhir Taman Tun Jeanne, sila bertapak di SINI.
Pagi2 subuh sepi-e tadi penulis sudah berlarian ke Taman Tasik Tun Jeanne.
Rasanya sudah setahun lebih penulis tidak berjogging (lah sangat) disini.
Bila penulis tiba jam 7pagi, punyalah ramai orangramai.
Mahu parkir kereta pun susah.
Dec 5, 2020
PM4 PM6 PM7 PM TEPI
Please hover your mouse to see before and after edit. (If you’re on a phone, tap any other image to revert to the edit.) |
Semoga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.
Aminn ya robbal alaminn.
Nota gambar lalat.
Tiada kena mengena dengan entri penulis.
Khutbah Jumaat di negeri Johor hari ini.
Tajuk jihad membendung wabak penyakit.
Ohh. Hari ini harijadi yg benar. ;p
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dec 4, 2020
BAGAI BULAN EMPAT BELAS
Peribahasa bagai bulan empat belas bermaksud peri keelokan muka perempuan.
女人的美丽
Peribahasa lain tentang
Bagai bulan dipagar bintang
Maksud: Kecantikan seseorang perempuan yang tiada bandingannya.
最美丽的女人
Bagai bulan jatuh ke riba
Maksud: Mendapat keuntungan yang besar dengan tidak disangka-sangka.
祝你好运
Bagai bulan dengan matahari
Maksud: Sudah secocok dan sepadan benar.
匹配或匹配
Seperti bulan kesiangan hari
Maksud: Muka yang pucat benar
脸色苍白
Siang bagai hari, terang bagai bulan
Maksud: Sudah terang sekali (kesalahan dan lain-lain)
一个真正的错误
Nanti penulis tulis peribahasa pasal lalat pula.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dec 2, 2020
TEKA TEKI KALAU KAHWIN 4 BANYAK BANYAK
Please hover your mouse to see before and after edit. |
Memang dalam blog penulis ini selalu letak gambar yg boleh ditukar2 bila tetikus pembaca melewati gambar2 tersebut.
Seperti gambar diatas.
Gambar sebelum dan selepas diubahsuai.
(Tip: kalau pembaca guna telefon pintar, sila klik gambar untuk lihat perubahan.
Dan klik diluar kawasan gambar untuk kembali ke gambar asal.)
Jangan cakap penulis tidak payung. Ehh.
Pasal cikputih sudah masuk bengkel lagi hari ini.
Banyak sangat sakitnya.
Poket penulis pun berlubang2 sekarang.
Isteri penulis suruh ditukar sahaja ke kereta baharu yg lain, contoh Toyota Vios.
Uhh. Kalau lah dapat duit tiba2 jatuh dari langit kann.
Duit KWSP RM10K one off dari kerajaan memerintah pun tidak mencukupi.
Pasal teka teki lalat.
Terdapat sebuah masa-elah. Empat, banyak-banyak. Tiga, sedikit-sedikit. Dua, jarang-jarang. Satu, kadang-kadang. Apakah iye?
Jawapannya bukan kahwin (Nujum Pa' Belalang) ya kawan2. Amvoiii.
Movie lalat. Ran (Jepun: 乱) 1985.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
REMPEYEK WAK TUNOT
Hari ini penulis ingin cerita sedikit berkenaan rempeyek.
1970AN & 1980AN
Masa zaman kecil2 lah sangat.
Bila nak raya, bonda akan buat kuih muih termasuk tempeyek.
Tempeyek kacang tanah yg bentuknya bukan bulat dan tidak cantik.
Bonda pakai tebar sahaja.
Tiada rupa orang kata.
Tapi sedap.
Penulis juga akan disuruh memukul telur dalam pasu belanga.
Ooh. Itu untuk buat kuih bauhulu. ;p
SEJARAH
Mula2 penulis tahu pasal rempeyek wak Tunot ini ketika bertugas memotong rumput di Pasir Gudang.
Ada ahkak Eton (bukan nama sebenar) yg punya sedara yg buat bisnes rempeyek.
Ahkak Eton (bukan nama sebenar) selalu jual rempeyek di pejabat.
Ahkak Eton (bukan nama sebenar) punya sedara pengusaha kilang kecil di Kampung Tengah, Kluang.
Itu cerita lebih 20 tahun yg lampau.
2000AN
Bila penulis bertugas memotong rumput di bandaraya, penulis pun ada juga bisnes kecilan.
Jual rempeyek Wak Tunot.
Biasa sebelum musim raya.
Sambutan yg agak hebat.
Penulis akan kutip bekalan dari Kluang.
Berkotak-kotak penuh dalam van Unser.
Agak jauh.
Kadang2 bila raya semakin hampir, bekalan habis di kilang wak tunot.
Terpaksa pesan dari orang tengah.
Kadang ada bekalan, kadang2 tiada bekalan.
MASA KINI
Tidak sangka juga penulis bahawa pasaraya Mydin ada jual rempeyek.
Rempeyek Wak Tunot yg pernah penulis kejar2 dahulu.
Harga mampu milik - RM13.90 sahaja.
Sepelaung sahaja dari rumah hinggap penulis yg ini.
Tidak perlu berlarian ke Kluang.
Atau memanggil orang tengah atau ejen.
Tapi sekarang penulis tidak berniaga lagi.
Cukuplah untuk makan sendiri.
REMPEYEK VS TEMPEYEK?
Dulu masa kecil2 lah sangat, penulis panggil tempeyek.
Tapi kemudian bila penulis periksa, tiada dalam kamus dewan pula.
Yg rasmi sebutannya ialah rempeyek (رمڤيييق ).
Mahu senang, panggil peyek sahaja pun boleh.
Yg penting bukan tumpi (تومڤي ), ehh itu adik beradik lain
Nota lalat. Ehh. Penulis masih simpan keratan akhbar kejayaan bisnes rempeyek wak tunot ini.
Jual rempeyek dapat rm1 juta setahun.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
MUTIARA RINI FREEHOLD APARTMENT FOR SALE 2025
Adakah anda masih mencari rumah idaman anda Berhampir dengan Second Link telah melancarkan projek baharu Lokasi yang sangat Cantik Anda...
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...