Sekinchan sunrise @2020 |
Semalam petang penulis sudah membuat rancangan untuk menghantar skuter bodol penulis itu.
Pelan A.
Disebabkan ada kereta pikap Hilux yg ganteng, gagah perkasa dan ada ruang barangan yg luas dibelakang.
Maka penulis bercadang untuk menaikkan sahaja skuter keatas pikap.
Itu dengan pertolongan dua kerat avang2 guard Nepal yg menjaga disitu.
Mungkin penulis akan berikan upah sedikit.
Pelan B.
Penulis pandu dan bawa sahaja skuter sejauh 123km.
Selama 2 jam setengah.
Boleh kematu telor.
Tapi sungguh penulis tidak sangka.
Buah cempedak nak jadi nangka.
Buah mengkudu kusangka kandis.
Ada tempat pemunggahan barang2 lori dibelakang bangunan.
Penulis terus minta izin avang2 guard Nepal.
Kata hendak naikkan skuter atas pikap.
Avang2 guard Nepal kata tak kisah.
Jadi penulis sudah jimat berjuta2 lemon.
Pantun lalat.
Buah mengkudu ku sangka kandis;
Kandis terletak dalam puan;
Gula madu ku sangka manis;
Manis lagi senyuman puan.
Ammvoiii.
Buah mengkudu (Noni, Morinda Citrifolia); Parit 2 Sekinchan @2020 |
Great Eastern Mall Jalan Ampang @2020 |
Tengahari penulis sudah berlarian ke hutan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.
Dibawah menara KL Tower.
Di Bukit Nanas yg tiada nenas.
Movie lalat. 1. Crown Vic 2019.
2. The Lucky Ones 2008.
Blog bukanlah hakmilik kekal.