Assalamualaikum kewan-kawan penulis semua-semua lah.
Sudah lama penulis tidak kemaskini blog penulis yg biasa-biasa ini.
Kesibukan ditempat bertugas memotong rumput inipun pada tahap biasa.
BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR
Dua minggu lepas, abang ipar penulis ada memohon untuk menjualkan buah cempedak di kebun kampung penulis yg sekangkang monyet itu.
Tahun lepas dapatlah berjuta-juta lemon hasil jualan yg dibahagi dua.
Tahun ini ada 2 pokok cempedak sudah berbuah.
Pagi tadi abang ipar penulis menelefon dan memberitahu bahawa buah-buah cempedak yg hendak dituainya sudah dikebas orang.
Sudahlah, penulis akur, bukan rezeki kami.
URUSAN JUAL BELI RUMAH SELESAI
Setelah hampir 3 tahun, akhirnya urusan jual beli rumah merpati penulis di Bukit Belacan itu selesai.
Selepas mengharungi segala halangan rintangan politik di zaman BN dan PH yg penuh tipu muslihat.
Alhamdulillah.
Oh, nama pisang diatas itu ialah pisang lemak manis atau pisang monyet, kata rakan sekerja, Sarip Dol.
Kemaskini. Tapi, kata rakan blogger Warisan Petani pula, nama pisang itu ialah
pisang 40 hari. Ghitewwww.
Blog bukanlah hakmilik kekal.