Sep 3, 2019

ANDA PUNYA ANAK TIDAK LAYAK



Esok, Rabu 4 September 2019, akan bermula peperiksaan UPSR untuk anak lanang bocah cilik penulis yg itu.

Pagi tadi isteri penulis (yg itu) sudah mengarahkan penulis untuk membuat permohonan dalam talian ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh tahun hadapan. Bila penulis periksa, syarat kelayakan mestilah murid Sekolah Kebangsaan.

Isteri penulis (yg itu) gelisah dan bertanya sambil berguling-gulingan, bukan Sekolah Jenis Kebangsaan (cino) itu juga Sekolah Kebangsaan?

Tanpa bertelagah dan tanpa baling membaling pinggang mangkuk hayun dirumah, penulis cubalah juga mengisi permohonan atas talian itu dengan memasukkan nombor giliran dan nombor mykid anak lanang bocah cilik (yg itu). Memang sistem itu menolak permohonan penulis kerana tidak memenuhi syarat kemasukan.

Barulah isteri penulis (yg itu) puas hati.
Weh saperlah tak sayang bini. Tapi ada kan? Khannns.
Yo wes.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

FIRST SIGNS OF THE FLUE, LUCKILY IT'S NOT INFLUENZA A VIRUS

  On a COVID-19 rapid antigen test, the "C" stands for the control line. @2025 Jumaat, 5 Disember 2025. Hepi besday untuk yang ikh...