|
Pulau Pisang jauh ketengah... |
|
KETUA KAMPUNG BAHARU
Hari minggu yang lepas , penulis juga berjaya mendapatkan tandatangan ketua kampung yang baharu untuk rayuan permohonan biasiswa anak lanang penulis. Ada orang kata, disuruhnya penulis mendapatkan tandatangan penghulu sebab tandatangan ketua kampung sudah tidak diakui untuk urusan rasmi kerajaan sejak pertukaran kerajaan yang baharu. Alhamdulillah kerana penulis dapat berjumpa dengan ketua kampung yang baharu itu pada jam 8am. Penulis tidak perlu ke bangunan jabatan Tanah Galian Larkin yang agak jauh.
SPA AGREEMENT
Usai urusan dengan ketua kampung, penulis ke bandar Pontian untuk urusan jual beli tanah penulis di Jambi Darat itu. Mula-mula berjanji dengan pembeli jam 1pm. Bila penulis hampir tiba, pembeli beritahu melalui wasap yang pejabat peguam akan keluar makan tengahari pada jam 1 hingga 2pm. Yo wes. Jadi janji berjumpa di pejabat peguam jam 2pm pula. Sempat lagi ke Masjid Jamek Pontian. Usai solat, penulis pun berlarian ke pejabat peguam di belakang Maybank itu pada jam 1.45pm. Tunggu punya tunggu, jam 2.44pm baru naik ke pejabat. Ejen hartanah pun tiba juga sejurus selepas itu. Kehadiran ejen juga memberi kebaikan kerana beliau sanggup menguruskan perlepasan sekatan tanah di jabatan tanah Batu Pahat nanti dengan kos harga jauh lebih murah berbanding sekiranya pihak peguam cekik dara yang melakukannya.
Kerani sudah siapkan surat perjanjian jual beli tanah. Penulis dan pembeli pun baca satu persatu. Penulis cuma perihatin pada klausa kalau pembeli mungkir. Bunyinya seperti berikut:
PEMBELI MUNGKIR: duit deposit 10% akan terbakar (baca, burnt).
PENJUAL MUNGKIR: pembeli ada hak untuk buat tuntutan mahkamah untuk mendapatkan tanah tersebut. Walaupun penulis sanggup memulangkan wang deposit 10% itu.
Setelah memahami, kami pun turunkan tandatangan disetiap mukasurat surat perjanjian itu. Ada 5 salinan seperti biasa.
Cerita lain lalat. Petang pula, sempat lagi penulis mengajar anak wedok belajar memandu kereta. Mula-mula ke perkarangan masjid jamek, tetapi banyak pula motor dan kereta berkeliaran disitu. Kemudian penulis membawa anak wedok pula ke jalan belakang tasik dan jalan kuari. Namun disitu memang banyak juga lori-lori hantu keluar masuk mengganggu kosentrasi pemanduan. Pautan terdahulu: [+
2007 - aDm |
2009 - aTi |
2015 - aQi ]
Blog bukanlah hakmilik kekal.