![]() |
| Masjid Jamek Kuala Kerau @2023 |
Jumaat, 7 April 2023.
Ini adalah entri kedua untuk hari ini.
Tengahari sudah berlarian ke Kuala Tahan.
Sebelum tiba di Temerloh, keluar simpang menuju bandar Jerantut.
![]() |
| 15 Ramadhan Full Moon @2023 |
Jumaat, 7 April 2023.
15 Ramadhan 1444.
Kantor di Jakarta Selatan tutup.
Gara2 cuti merayakan perayaan Good Friday di negeri yg paling ramai penduduk Islam dunia.
Tapi urusan kerja potong rumput harus diteruskan juga.
"Ofis di Cyberjaya juga tutup wak,"
Kata mgr AYU yg berada di sono.
"Cuti ganti Nuzul Quran,"
"Admin dh hntr pekeliling kann."
Tapi pagi tadi wak berdegil ke ofis Cyberjaya itu.
Sebab mahu ambil baju coverall kalau jadi ke Batam minggu hadapan.
Kamus lalat.
Nuzul Quran - peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada nabi Muhammad ﷺ.
Good Friday - (juga dikenali sebagai Jumaat Agung (Jawi: جمعة أݢوڠ)) adalah cuti keagamaan dalam budaya agama Kristian yang memperingati kematian Yesus Kristus yang disebabkan penyaliban di Calvary.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Masjid Besi Tunku Mizan Zainal Abidin @2023 |
Rabu, 5 April 2023.
Petang tadi wak sudah berlarian ke Putrajaya itu.
Bazar Ramadhan yg kelmarin wak tidak sempat singgah dan membeli juadah berbuka.
Kali ini wak singgah dan beli nasi ayam goreng kunyit sahaja.
Nota lalat.
Sekarang pihak pengurusan sedang dalam dilemma.
Mahu menghantar wak ke Indon lagi atau pun tidak.
![]() |
| Tol Pajam Lebuhraya LEKAS @2023 |
Selasa, 4 April 2023.
Semalam kan wak sudah berlarian ke pekan Nilai.
Hari ini sengaja wak berlarian pula ke pekan Mantin.
Di dalam perjalanan menyusuri jalan persekutuan lama.
Ada sekatan jalanraya (roadblock) oleh JPJ.
Tapi tiada masalah apa2.
Dari pekan Mantin wak ikut lebuhraya LEKAS.
Pulangnya dari pekan Semenyih.
Wak lalu lebuhraya Silk sahaja.
Tulus, mulus dan lancar perjalanan.
Dan tiada sekatan jalanraya.
Walaupun agak kejauhan sedikit.
Movie lalat.
Black Crab 2022 (Sweden, Noomi Rapace).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Tasek Curry House this morning @2023 |
Ahad, 2 April 2023.
Seperti kelmarin, pagi2 tadi wak sudah berlarian ke kedai tomyam berdekatan.
Mencari makanan untuk sahur.
Biasanya ada beberapa kedai tomyam yg masih dibuka.
Walaupun ketika wak sampai biasanya mereka akan berkemas2 untuk tutup.
Tapi pagi tadi wak agak kelewatan sedikit.
Kedai tomyam2 itu semuanya sudah di tutup. Walaupun baru jam 3.03am.
Jadi wak singgah di kedai mamak Jalan Tasek sahaja.
Pesan mee goreng mamak.
Teh panas dan air suam.
Petang sudah berlarian ke pusat bandaraya.
Dengan anak lanang itu.
Berbuka puasa pun ditengah lebuhraya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Pasaraya Mydin Taman Rinting @2023 |
Sabtu, 1 April 2023.
Hari April Fool.
Hari kedua berturut2 wak makan sahur di restoran tomyam jalan itu.
Alone matcham biasa.
Tengahari tadi sudah berlarian ke Aeon Tebrau City.
Hantar isteri wak (yg itu) buat facial.
3 jam katanya.
Sementara menunggu, wak pusing2 taman2 disekitarnya.
Taman Daya, Taman Mount Austin, dan Taman Johor Jaya.
Dengan cik Jnulekasnova itu.
Balik dari Aeon mall itu.
Wak singgah di pasaraya Mydin Taman Rinting.
Boleh sedikit kuih muih dalam balang.
Dan rempeyek wak tunot yg feveret itu juga - RM17.90.
Ada makcik itu pun suka beli rempeyek.
"Tak lama lagi habis nak raya,"
"Kena beli walopon harga makin mahal," katanya
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Bersahur jam 3 pagi @2023 Alone matcham biasa |
Jumaat, 31 Mac 2023.
Seharian di rumah hinggap sahaja.
WFH - kerja dari rumah.
Tengahari bersolat jumaat berjemaah di masjid besar jamek itu. Bandar Seri Alam
Petang pergi ke param (pasar ramadhan) jalan Tasek.
Movie lalat.
The Big 4 (2022) - Indonesia (unfinished yet).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Masjid Fisabilillah Cyberjaya @2023 |
Khamis, 30 Mac 2023.
Tiba2 tiada bekalan air di bilik air di kantor hari ini.
Dan bila ada bekalan air kembali.
Warna air pula menjadi kuning.
Petang sudah berlarian ke selatan.
Dengan anak lanang yg sudah bekerja di menara kembar Petronas itu.
Movie lalat.
Hidden Figures 2016.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Masjid Fisabilillah Cyberjaya @2023 |
![]() |
| Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @2023 |
Rabu, 29 Mac 2023.
Petang balik dari kantor Cyberjaya.
Singgah di Masjid Besi Putrajaya pula.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Maaf ya kawan2.
Wak tidak sempat mahu tangkap gambiran pasar ramadhan ittewww.
Movie lalat.
Philadelphia 1993 - starring Tom Hanks & Denzel Washington.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| A view from Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @2023 |