KLCC Park @2023 |
Khamis malam Jumaat, 21 Disember 2023.
Pagi berjalan kaki lagi dari Platinum Park ke Selangor Dredging.
Petang pun sama.
Belakang kampong ada KLCC @2023 |
Isnin, 18 Disember 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke Kampong Baru.
Singgah di warung Mak Leha.
Makan nasi goreng, mee goreng dengan baked beans (kacang panggang).
Dan 2 biji telur setengah masak.
Maaf - tiada gambar makanan.
Updated. Gambar makanan warung Mak Leha di SINI (8/1/24).
Jumaat, 15 Disember 2023.
Malam tadi bergadang sampai jam 12.30am.
Terbangun jam 2.30am.
Gak bisa tidur.
Harus urusan kerja potong rumput di Batam diperbuat juga.
Sehingga ke dinihari.
Terkebil2 dan terhangguk2 di kantor pula.
Jalan Ampang KLCC @2023 |
Khamis malam Jumaat, 14 Disember 2023.
Makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee pun sudah seminggu tidak kelihatan.
Mahu beli sarapan dengan kakak depan hentian bas pun tidak jadi.
Kemudian sarapan sahaja di kedai mamak NZ di pojok itu.
Timbul pertanyaan kenapa kuah kacang dal kedai mamak lagi sedap?
Walaupun roti canai sudah dingin kerana sudah lama di masak.
Movie lalat,
The Hunger Games 2012.
Silver Lining Playboy 2012.
Paranormal Activity: Tokyo Night 2010.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
KLCC Sunrise this morning @2023 |
Rabu, 13 Disember 2023.
Hari Jumaat yg lepas. LINK
Kami kan sudah menang acara bowling.
Dapat hadiah juara nombor ke tiga.
Tapi kami ada empat orang.
Jadi tadi wak sudah buat kumpulan whatsapp.
Semua setuju ambil mana2 pilihan masing2.
Orang yg tiada kena mengena pun mahu tumpang sekaki.
Tapi wak nampak juga.
Juara nombor kedua.
Dengan hadiah hampers masih berbungkus diatas meja itu.
Mungkin mereka juga bermasalah mahu berbahagi hadiah.
Lagipun mereka ada 5 peserta.
Movie lalat.
Dumb Money 2023.
No Hard Feelings 2023.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Left: Kedai mamak NZ; Right: The 3rd winner hamper @2023 |
KLCC during dusk @2023 |
Petronas Twin Towers during Blue Hour @2023 |
Selasa, 12 Disember 2023.
Tengahari sudah berlarian ke Chow Kit.
Susahnya mahu panggil Grabcar atau InDriver.
Agak lama baru sampai.
Itu pun pak supir kena hantar orang lain dahulu.
Bila sudah tiba di Chow Kit.
Boleh pula wak ingat sudah bayar tambang guna kad kredit.
Ini inDriver lah wak.
Punya tajam pandangan mata pak supir ingatkan wak tidak mahu bayar tambang.
Aiyah.
Petang balik agak lambat selepas solat maghrib. Sempat merasai suasana kemenangan JDT mengalahkan team Siam BG Pathum United 4-1. Itupun dengar je dari henfon bro SHA di kedai mamak NZ.
Movie lalat.
Paranormal Activity 2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
KLCC Sunrise this morning @2023 |
Isnin, 11 Disember 2023.
Pagi tadi ada pertemuan dgn mgr AYU.
Tentang hala tuju proyek potong rumput di Batam.
Nongkrong di kedai mamak NZ depan KLCC sudah.
Tengahari pula dapat berita ada rakan sekerja yg kene virus Covid.
Rakan yg duduk bersebelahan dengan wak.
Rakan yg juga bermain bowling hari Jumaat kelmarin.
Petang jam 5.30 waktu mahu pulang.
Hujan turun dgn lebat anjing dan kucing pula.
Movie lalat.
Paranormal Activity 2007.
Leave the World Behind 2023.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.