Nov 5, 2023

LOTUS'S COMPLETE REBRANDING FORMER TESCO

Lotus's Ampang last night @2023



Ahad, 5 November 2023.

Pagi tadi sepatutnya wak sudah pun terbang ke pulau Batam semula.
Lembu kambing pun sudah ditumbangkan.
Orang kampung pun riuh rendahlah kerana sudah diberitahu.
Tapi tiba2 malam tadi mgr AYU panggil.
Penerbangan terpaksa ditangguh pada hari Selasa.
Gara2 masalah visa kerja di galangan kapal belum selesai.

Malam tadi wak berlarian ke Lotus's Ampang.
Perbezaan gambar lama pasaraya besar Tesco di tempat yg sama - 2010.

Terlupa pula wak mahu beli tin Milo untuk di bawa ke Batam.

Movie lalat.
Nyad 2023.
Safe House 2012.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Nov 4, 2023

TERJENGKET2 TERJENGUK2 MENENGUK BURUNG MEMBUAT SARANG DI TANJUNG BATU TELUK SENANGIN


Sabtu, 4 November 2023.

Pagi2 sudah berlarian di lebuhraya Hutan Melintang.

Ada jemputan majlis akad nikah. 

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Nov 3, 2023

DUA BIJI TELUR YG PALING SEDAP SEANTERO DUNIA




Jumaat, 3 November 2023.

Petang sudah berlarian di Taman Sungei Besi Indah. 
Boleh terlupa pula mahu beli air tin Buah Tunjuk Langit yg berkuasa tinggi itu.

Pekena roti kosong 2 keping.
Dan 2 biji telur setengah masak. 

Kamus lalat.
Telor - bererti pelat atau tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan sebutan yang betul, terang atau jelas. Contoh ayat: Apabila mendengar telor percakapan gadis itu, saya agak dia berasal dari Batam.
Telur - benda yang mengandungi lembaga anak haiwan yang umumnya bersalutkan kulit yang keras. Haiwan dalam kategori burung, reptilia, ikan dsb. Contoh ayat: Ada dua biji telur ayam setengah matang di dalam piring kecil itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

ASAL USUL NAMA LABIS ITU ADALAH DARI ZAMAN PENJAJAH BRITISH BERKAITAN HAIWAN LABI-LABI

 

Khamis, 2 November 2023.

Info Sejarah bandar Labis.
Labis, kini Bandar Labis bermula dari sebuah kampung kecil di mana nama asalnya ialah Kampung Paya Merah. Nama Labis pula diambil dari haiwan labi-labi yang memakan sejenis rumput merah. Pada awal abad ke-20, Pegawai British telah datang meninjau di kampung ini bagi mencari tempat baru untuk dibangunkan dalam daerah Segamat.

Dari bandar Labis wak berlarian ke lebuhraya Plus.
Singgah sebentar di muzium Balai Polis Bukit Kepong.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 2, 2023

ANTARA KLUANG DAN LABIS ADA SESUATU YG MENARIK DISINI

Mahkota Darul Takzim di Bulatan Kluang @2023

 

Rabu, 1 November 2023.

Pagi sudah berlarian ke pasaraya besar Lotus's Masai. Seri Alam
Bersama isteri wak dan anak wedok.

Petang tadi sudah berlarian ke Kluang pula.
Tiada apa2 yg menarik di bandar Kluang ini.

Patah balik ke pekan Labis.
Ada yg sangat menarik disini. Sehingga sanggup mencari homestay muslim dan menginap disini. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Homestay @Labis - rm100

Nov 1, 2023

JUST TWO NIGHTS IN BATAM ISLAND

Hana Hotel Batam @2023

 

Selasa, 31/10/23.

Tengahari sudah belayar pulang ke Stulang Laut.

Bila tiba di terminal Harbour Bay Batam.
Kapal jam 9.30am (waktu tempatan) pun baru belayar.
Jadi kena tunggu kapal pada jam 1 tengahari.

Pak Dodi, isteri dan anak ada menghantar tadi.
Bersama mgr AYU.
Tapi mgr AYU tidak pulang sekali dengan wak.
Sebab dia ada perjumpaan lain.

Dalam pelayaran tadi.
Mereka mainkan wayang cerita "Captain Phillips" lakonan Tom Hanks.
Tapi videonya gak ada suara.

Kebetulan wak pun sudah siap mahu nonton filem guna laptop.
Cerita wayang "The Departed" yg lebih 2 jam.
Walaupun pelayaran mengambil masa 2 jam setengah.
Cerita yg wak tonton pun belum habis lagi.

Jadi wak sambung nontonnya di rumah.

Nota lalat.
Parkir di Berjaya Waterfront itu ialah rm5 sehari.

Movie lalat.
The Departed 2006.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sungai Jodoh Batam @2023
MMHE Shipyard Pasir Gudang Johor @2023
Berjaya Waterfront Stulang Laut Johor @2023

Oct 31, 2023

JALAN-JALAN DI BANDAR BATAM RIAU TANPA TUJUAN

Citra Plaza Nagoya Batam @2023

 

Isnin, 30 Oktober 2023.

Pagi tadi pak Dodi datang ke kamar sebentar.
Atas urusan kerja kantor potong rumput.
Sebab semalam sudah diambil laptopnya.

Selepas itu Wak terasa bosan.
Dan terus keluar berjalan2 di tengah bandar.
Tiada yg menarik.
Tidak lama kemudian Wak pun pulang ke gagang.
Wak pulang jalan kaki sahaja.
Tidaklah jauh kesasar dan ada google maps membantu.

Ooh.
Semasa berjalan2 tadi.
Adalah 2 3 orang gojek motor teriak2.
Mengejar Wak untuk tolong hantarkan kemana2.
Wak tolak pelawaan mereka sahaja.
Haha, sangat penasaran dorang kann.

Movie lalat.
Nowhere 2023.
Kong: Skull Island 2017.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Citra Plaza Nagoya Batam @2023
Nagoya City Batam @2023
Hana Hotel Batam @2023
D'Penyetz Batam Center Square (BCS) @2023
D'Penyetz Batam Center Square (BCS) @2023

Oct 30, 2023

AKHIRNYA TERPAKSA JUGA BELAYAR KE PULAU SECARA TIBA-TIBA

 

Ahad, 29 Oktober 2023.

Tengahari wak terus berlarian ke terminal feri Berjaya Stulang Laut.
Beli tiket pepe (PP - Pulang Pergi). RM181

Tapi tiket jam 1.45pm sudah ditutup jualan.
Terpaksa beli tiket keberangkatan jam 3.30pm.

Tukar duit rupiah dulu.
Kadar terkini, 1juta rupiah = RM320.

Naik feri jam 3.30pm pun berangkat menyusuri Selat Johor.

Jam 5.30pm (waktu tempatan) baru tiba di terminal Harbour Bay, Batam.

Di terminal, wak cuba aktifkan kad sim yg lama.
Tidak boleh kerana kad sim sudah tamat tempoh.
Terpaksa beli kad sim yg baharu. Rp100k

Nota lalat.
Di terminal Batam tadi Wak periksa kadar tukaran uang.
Ijuta rupiah = RM322.
Nasib baik Wak sudah tukar di JB tadi.
Kalau tidak, sudah rugi RM2 sahaja.

Periksa masuk (check-in) hotel sudah malam. Hotel Hana

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Pak Dodi Batam and Family 2023

Oct 29, 2023

KENAPA WAK SUKA AMBIL GAMBAR BULAN

 

Partial lunar eclipse this morning in Masai at 2.54am @2023

Ahad, 29 Oktober 2023.

Hari ini harijadi anak lanang wak yg baru mendarat di negeri matahari terbit itu.
Mahu berjumpa dengan keluarga angkatnya di Osaka, katanya. Jepun
Semoga selamat pergi dan pulang.

Pagi ini juga ada fenomena gerhana bulan.
Bila wak terbangun pagi tadi pada jam 2.45am.
Bulan sudah terang benderang diatas kepala.
Kelihatan jelas dari luar tingkap kamar.

Solat tahajjud dan hafazan surah al-Waqiah dulu.

Tapi rasanya wak tak nampak bulan warna kemerahan ketika sampai waktu puncak gerhananya.
Yg penting langit cerah tiada awan yg mengganggu pemandangan.

Nota astrologi.
Nama bintang yg bersinar cerah berhampiran bulan adalah planet Zuhrah (Venus).

Nota tepi lalat.
Pagi tadi bila bangun jam 2.45am
Wak tidak tidur sehinggalah ke subuh.
Kena bersiap2 untuk ke Batam pula.
Mgr AYU sudah menunggu di terminal feri Stulang Laut.
Updated. Tidak jadi atau tidak ke Batam? Tungguuuu...

Masai: 
Starts at: 2:01 am
Peaks at: 4:14 am
Ends at: 6:26 am

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Photos taken with Huawei P40 Pro @2023




Oct 28, 2023

TAKING A BREAK AT MASAI TOWN FOR A CUP OF TEA

 


Sabtu, 28 Oktober 2023.

Petang wak berlarian ke pekan koboi Masai itu.

Movie lalat.
The Dark Knight Rises 2012.
Evening 2007.
Brightburn 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 27, 2023

MASJID PAGOH TEPI HIGHWAY DAN MEE BANDUNG UDANG GALAH DI TENGAHARI JUMAAT

Universiti Pagoh @2023

 

Jumaat, 27 October 2023.

Tengahari wak sudah berlarian ke Masai.

Sempat singgah di Masjid Muhammad Yasin, yakni masjid tepi highway dekat plaza tol Pagoh.
Dan solat jumaat berjemaah.
Usai solat, tidur sebentar di dalam masjid yg nyaman ataas karpet itu.

RUMAH BAHARU BERBALOI TANPA DEPOSIT DI KULAI JOHOR 2025

  Terokai Kulai - Baharu Rumah Teres Setingkat Menarik Betul Harga Bermula Dari RM288K TERES 1 TINGKAT 3 Bilik & 2 Bilik Air Keluasa...