Aug 22, 2023

NO FOOD PHOTO BEFORE THE SUNSET

 

Selasa, 22 Ogos 2023.

Petang sudah berlarian ke restoran tomyam.
Wak pesan nasi putih, paprik campur dengan telur dadar.
Tiada gambar makanan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 21, 2023

SAY GOODBYE TO THOSE AWFUL JPJ ROADTAX STICKERS

 

Isnin, 21 Ogos 2023.

Hari ini berlarian ke kantor potong rumput.

Movie lalat.
Fukushima 50 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 20, 2023

SIMPLE SALAD DRESSING TO EAT AT HOME

Everyday salad dressing @2023

Ahad, 20 Ogos 2023.

Hari ini masih terlantar di katil sahaja.
Makan ubat selsema dan sirap batuk.

Kepala masih tingtong.
Atas dan bawah.

Movie lalat.
La Ceremonie 1995 (French crime drama)
Good Luck to You, Leo Grande 2022 (sex comedy drama)
About Schmidt 2002

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 19, 2023

THE DANGER OF ANTIBIOTIC OVERUSE

 

Cough-en Linctus @2023

Sabtu, 19 Ogos 2023.

Demam selsema.
Beli ubat selsema (chloramine), panadol dan ubat sirap batuk.
Ubat antibiotik mesti ada preskripsi dari doktor.

Movie lalat.
Tell Momma Not To Worry 2023.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Aug 18, 2023

UBAT SELSEMA POLARAX UNTUK RUNNY NOSE DAN MENGANTUK

 

Gloomh sky at Jalan Bukit Serdang, Seri Kembangan @2023

Jumaat, 18 Ogos 2023.

Hari ini kerja potong rumput sekerat hari.
Solat jumaat berjemaah di Masjid Riyadhus Solihin, Serdang Jaya.

Hari ini juga kepala rasa tidak selesa.
Mahu demam selesema pula.
Telan pil paracetamol dan polaraX yg mengantuk.

Movie lalat.
The Postman Always Rings Twice 1981.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 17, 2023

THE ONLY PHOTO I SNAPPED TODAY

 


Khamis, 17 Ogos 2023.

Semalam kan wak dengan mgr AYU sahaja berbincang pasal hala tuju syarikat.
Petang tadi, kami satu kumpulan dengan mgr AYU juga berbincang.

Masa hadapan yg masih samar2.

Latest tragedy news.
The plane crash involving a Beechcraft 390 aircraft in Persiaran Elmina Shah Alam. Bernama.
Chronologi event.

Movie lalat.
Moka 2016 (French Swiss)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 16, 2023

TALKING ABOUT FUTURE CAREER WITHOUT BLACK AND WHITE

Conezion Commercial Management Office @2023

 

Rabu, 16 Ogos 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke pekan Dengkil.
Sebelum meneruskan hala tuju ke kantor potong rumput.

Tengahari jam 2 baru mgr AYU panggil untuk perbincangan hala tuju syarikat.
Masih adakah cahaya dihujung terowong ini?

Petang pula berlarian ke Conezion Putrajaya.
Tujuan berborak dan bertemu blogger cikpuan Fuzzy Krabat Keramat yg vogue ittewww. ;p
Bincang dan minta pandangan tentang tanah pusaka di kampung nun jauh di sono.

Movie lalat.
In The Name of The Father 1993.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Cempedak Goreng @2023
Cempedak Goreng @2023
Under the canopy @2023

Aug 15, 2023

MELANTAK NASI PUTIH TOMYAM CAMPUR DI CAWAN EMAS

Plus Highway Kampung Semerbok Negeri Sembilan @2023


Selasa, 15 Ogos 2023.

Pagi tadi ada temuduga atas talian dgn syarikat di KL.
Ada ejen yg uruskan. 

Dulu pernah di temuduga oleh syarikat yg sama.
Tapi beza jawatan dan ketua jurutera yg lain. 

Temuduga ringkas.
Tiada pertanyaan teknikal.
13 minit selesai.

Petang sempat ke pasaraya Lotus's.
Dengan isteri wak dan anak lanang seng ragil. 
Sebelum itu singgah di pasaraya Today's Market Masai.
Wak pesan nasi putih, tomyam campur.
Lupa nak pesan telur dadar pula.
Yo wes lah.

Tapi mgr AYU kerahkan wak ke kantor potong rumput esok.
Ada perbincangan hala tuju syarikat yg masih bercelaru.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Cawan Mas Kopitiam @2023

Aug 14, 2023

MANA NAK CARI BUAH NANAS DENGAN TAPAI DI TANJUNG LANGSAT

 

Isnin, 14 Ogos 2023.

Hari ini negeri Selangor Darul Ehsan cuti.
Sempena hari peristiwa kejayaan PH-BN.

Pagi2 tadi subuh sepi-e.
Wak pun berlarian ke Tanjung Langsat.

Kali terakhir ke pantai ini pada tahun lepas, Ogos 2022.
Juga pada tahun 2020, 2017, 2012, 2011.

Matahari terbit yg malu2 dibalik awan tebal di ufuk timur.

Petang pula wak sudah perbaharui insuran dan cukai jalan.
Untuk kereta yg diguna anak wedok.
Urusan pembaharuan yg amat mudah.
Cuma sekarang kan sudah tidak perlu guna cukai jalan yg kertas dan bertampal di cermin kereta.
Jadi wak cuba pasang apps myJPJ.
Masalah juga.
Sebab apps tidak terima nombor siri dalam mykad wak.
Aduhai.

Terpaksa wak berlarian ke UTC Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.
Tiada orang lain.
Urusan agak mencabar juga.
Dipendek cerita.
Akhirnya berjaya juga abam JPJ kaunter itu mulakan apps wak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 13, 2023

JALAN2 PETALING STREET DAN PASAR KARAT KL TAPI DI KEDAI MAMAK JUGA MELANTAK

Jalan Petaling (Petaling Street) @2023


Ahad, 13 Ogos 2023.

Pagi2 sudah berlarian jalan2 ke Jalan Petaling Street. 
Beli baju yg ada tulisan Kuala Lumpur. rm50
Dan baju tshirt yg murahan lainnya.
Rm60 utk 5 helai.

Kemudian lepak di kedai mamak.
Pesan roti kosong dan roti telur.
Juga telur setengah masak 2 biji untuk wak.

Kemudian sebelum bertolak ke selatan tanahair.
Wak singgah sekali lagi ke Bukit Bintang.
Beli kebab sawarmah di restoran Turki itu.

Wak bukanlah peminat makanan arab sawarmah ini.
Dulu pernah cuba di Doha Qatar pun tidaklah sesedap mana pun.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Jalan Petaling (Petaling Street) @2023
Pasar Karat at Petaling Street @2023
Pasar Karat at Petaling Street @2023
Menara 118 Tower from Pudu Sentral @2023
Damascus Bukit Bintang selling shawarma @2023
Universal Sambal at Pasir Gudang @2023

Aug 12, 2023

THE REASONS WHY MOST LORRY DRIVERS HAVE MORE THAN ONE WIFE

McD at Bukit Bintang @2023

 Sabtu, 12 Ogos 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke Mcd Bukit Bintang.
Mgr AYU sudah kerahkan untuk kerja potong rumput.
"Hantar 2 report itu harini," kerahnya. 

Kemudian berpindah randah ke Pudu raya.
Keadaan bekas terminal bas ibukota kini sepi.
Makan di lantai 4 di stesen pudu raya yg lama.
Wak makan nasi goreng kampung dengan telur dadar. 
Dan sambung perhabiskan report2 di situ.

Sore (petang) tadi wak teringin mahu memanjat menara KH Jalan Sultan Ismail itu.
Tujuan mahu nongkrong (lepak2) diatas helipad sewaktu matahari terbenam.
Tapi bila sudah tiba ditingkat 34 (dibawah helipad).
Ramai pula penyambut tetamu berpakaian uniform seperti pilot kapal.
"Wak kalau nak naik atas kena bayar sehatus hinggit," kata mamat disitu.
"Dan wak mahu order wine?" pelawanya sambil tunjuk menu jenis2 wain.
Membuatkan wak terduduk sebentar dan berfikir.
Kali terakhir wak datang ke sini - link (2016).
Tiada bayaran masuk, cuma terpaksa beli air minuman sahaja.
Yo wes lah - tak jadi.

Turun ke bawah dan pesan Grabcar.
Untuk ke Bazar Street Food Sri Rampai pula.
Wak makan mee rebus sahaja. 

Ooh.
Semasa ke Taman Sri Rampai tadi.
Wak pesan Grabcar.
Pakcik supir pemandu separuh masa dari Shah Alam katanya.
Dia tak suka masuk ke kawasan KL disebabkan kesesakan jalanraya yg luarbiasa.
Tapi hari ini dikecualikan.
Kerana hari ini kan KL jadi sepi.
Kerana ramai pulang ke kampung untuk mengundi.

Agak banyak yg kami borakkan.
Kerja utama bawa lori barang2 pejabat pos ke JB dan Butterworth.
Sabtu dan Ahad dia bawa Grab.

"Isteri kedua sy suka ke bazar street food," katanya tiba2.
"Ye wak, sy ada 2 isteri dan 1 skandal," katanya lagi tanpa segan silu.
"Sy nak tinggalkan skandal sy tu, tapi sbb lawa sangat sampai sekarang dah lebih 10 tahun masih bersama. Sayang pula nk tinggalkan sebab cantik wak... " 😅

Kamus lalat. 

Boker maksudnya buang air besar (BAB), berak.
Pipis maksudnya buang air kecil (BAK), kencing
Ngebut maksudnya laju, terburu2. 

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Opposite view of McD Bukit Bintang @2023


Zaitoun's Spaghetti Ice Cream viral at Lot 10 Bukit Bintang @2023
Suddenly got this mini yaasin at Lot 10 Bukit Bintang @2023
Pavilion at Bukit Bintang @2023
KL view from 34th floor of Menara KH @2023
The handsome grab/ lorry driver said he has 2 wives and 1 scandal @2023

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.