Jun 27, 2023

LEMONGRASS CAFE SUNSET AND ANGKRINGAN TEPI DANAU

 

Selasa, 27 Jun 2023.

Pagi2 tadi, setelah semua siap sedia untuk ke kantor potong rumput.
Kami dibawa pak supir untuk menjamah nasi lemak Singapura.
Pergi ke terminal feri Batam Center.
Rencana wak yg sudah lama tertangguh.

Petang pula wak sudah pinta pak supir FERI.
Untuk dihantar ke Lemongrass Cafe dan Angkringan Tepi Danau.
Tapi pak supir FERI terpaksa ikut laluan yg lagi satu.
Sebab kena menghantar bapak yg sorang lagi dijalan lain.

Nasib baik juga wak sempat tumpang mobil rakan sekantor.
Rumahnya pak Rafaie di kawasan Barelang.

Pak Rafaie berborak2 juga.
Kerja kontrakan selama 2 bulan.
Cerita pasal dia resign dari syarikat lama.
Gara2 gaji ciput dan tidak berbaloi.
Tapi wak kata, mending ada kerja gaji kecil daripada ga ada langsung kerjaan.
"Saya ada bisnes kecil2an jual kerepek pisang," katanya.

Kemudian wak dihantar ke Angkringan Tepi Danau.
Ambil 2 3 gambiran sunset sudah.

Kemudian usai solat maghrib didalam kawasan cafe.
Terus berlarian ke mall MB2 (Botania Mall 2).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 26, 2023

LUTI GENDANG KULINER KHAS DARI KEPULAUAN ANAMBAS

Luti Gendang Ole-ole Batam @2023

 

Isnin, 26 Jun 2023.

Petang tadi pulang agak lambat dari kantor potong rumput.
Tapi masih dapat potong travel (van) kumpulan yg lebih awal keluar setengah jam.
Keluar dari galangan kapal.

Tapi bila mahu sampai di kost.
Boleh pula pak NGA dan bro NAZ mahu cari luti gendang.
Sebab besok mereka mahu terbang ke Jakarta.
Kedai roti yg tidak jauh dari kost.
Dan terus pesan makan malam.

Nama kedai - RM Mie Terempa'k di Teluk Tering Batam.

Kamus geografi lalat.
Anambas - kepulauan Riau di utara Natuna antara semenanjung Tanah Melayu dan pulau Borneo.

Kamus lalat.
Tumpur - binasa, habis sama sekali; jatuh miskin, kehabisan uang. 

Kosong - habis, out of stock 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 25, 2023

MERAMU PENGALAMAN JELAJAH PULAU PENYENGAT DAN DINAMIKA KOMUNITASNYA

Laksamana Bintan Pergi Mengembara,
Hendak Mencari Buah Delima
Pulau Penyengat Tanjung Pinang Pulau Bintan @2023

 

Ahad, 25 Jun 2023.

Pagi2 tadi wak sudah berlarian ke terminal feri domestik Telaga Punggur.
Tujuan untuk ke Pulau Bintan.

Beli tiket harga Rp79k (RM24).
Feri berangkat jam 7.30am pagi.

Sejam setengah tiba di dermaga Sri Bintan Pura di Tanjung Pinang.

Wak pesan Grabcar ke McD yg agak jauh di tengah bandar.

Kemudian patah balik ke dermaga Penyengat pula.
Naik sampan panjang harga Rp10k (RM3).
Cukup 15 orang pun berangkat.

10 minit sahaja sudah tiba di dermaga Pulau Penyengat.

Lepak2 sebentar di warung.
Makan otak2 ikan harga Rp1500 (45sen) sekeping.

Kemudian naik pompang harga Rp40k (RM12) perjam.
Pusing2 pulau yg kecil sahaja selamat sejam.

Singgah di makam Raja Ali.
Dan rumah adat Melayu.

12.55pm pun naik sampan kayu panjang untuk pulang ke Tanjung Pinang.
1.16pm tiba di dermaga Penyengat.
Agak lambat sedikit sebab tadi singgah di dermaga pulau ambil penumpang 2 orang.

Tiada kedai cenderamata di sekitar kawasan dermaga.
Yo wes lah.

1.30pm sudah beli tiket untuk pulang ke dermaga Telaga Punggur, Pulau Batam.
2.00pm feri mula berangkat.
3.30pm tiba di dermaga Batam.

4.00pm tiba di kost dengan selamat.

Kamus lalat.
Meramu maksudnya mencari dan mengumpulkan bahan-bahan (akar-akaran, kayu-kayuan) yang diperlukan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Kenalog in Orabase - replacement for Bonjela @2023
A lift with no number 4 @2023
Batam Center to Telaga Punggur morning sunrise @2023
Telaga Punggur morning sunrise @2023
Terminal Ferry Domestik Telaga Punggur  @2023
Islands hopping from Batam to Bintan, Kepulauan Riau @2023
McDonald's Tanjung Pinang is very far far away @2023
Touching the sea with Pulau Penyengat @2023
Pulau Penyengat @2023
Masjid Sultan Riau Penyengat @2023
Pulau Penyengat @2023
Pulau Penyengat @2023
Gurindam Dua Belas, Pulau Penyengat @2023
Pulau Penyengat @2023
Leaving Pulau Penyengat to Tanjung Pinang  @2023
Going back to Telaga Punggur, Batam @2023
Manual Road Construction, Batam @2023

SEPETANG MENYUSURI JEMBATAN BARELANG SELEPAS MENGOPAK POKET DI KOPAK SEAFOOD

Batam Sunrise this morning @2023

 

Sabtu, 24 Jun 2023.

Tengahari dari kantor potong rumput.
Wak dan teman2 sekantor terus langsung ke Jembatan Barelang.

Jun 23, 2023

HOW TO HANDLE WITH THE UPSET DRIVER

 

Jumaat, 23 Jun 2023.

Pagi tadi tiba2 dua rakan sekerja tidak naik travel (van) pada waktunya.
Tunggu2 15 minit pun tidak dapat dihubungi.

Kami pun mula berangkat.

Tapi yg bengangnya pak supir FER pula marah leibh2.
Eh, bukan kita ke bayar servis dia?
Lagipun bukan dia buat apa2 pun dalam galangan kapal dari pagi sampai ke sore.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 22, 2023

AKIBAT MAKAN ROTI YANG SUDAH KEDALUWARSA 2 HARI

 

Khamis, 22 Jun 2023.

Pagi2 tadi semasa didalam travel (van) mahu berangkat ke galangan kapal.
2 orang rakan wak masih tidak kelihatan turun.

Rupa2nya mereka sakit perut.
Gara2 malam tadi mereka makan roti yg sudah kadaluarsa 2 hari.

IKAN DILAUT ASAM DIDARAT 

Malam tadi dari kost.
Wak terus berlarian ke tengah bandar.
Ada temujanji dengan rakan sekelas yg lama.
Kelas sekolah rendah yg jelitterrr. 

Berpuluh2 tahun tidak berjumpa.
Kenal semula dalam kumpulan whatsapp.
Cucu pun sudah 14.
Suami pun sudah meninggal lama.

Rakan sekelas datang bersama rombongan cikkiah UMNO bahagian Mersing.
Kebetulan, ada jiran kekanda wak yg duduk satu Felda Tenggaroh.

"Ehh, memang perasan macam wajah abang Usop," 

Kamus lalat.
Kedaluwarsa - (ragam tak baku: kadaluwarsa, kadaluarsa) adalah salah satu istilah yang sangat lazim digunakan dalam keseharian. Umumnya definisi dari kedaluwarsa untuk sesuatu yang sudah melewati batas waktu (jatuh tempo). Penggunaannya sangat sering dikaitkan dengan produk makanan, minuman, perawatan dan juga kesehatan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Ketua Wanita UMNO Bahagian vs Kuli Kantor @2023
Nurjannah

Jun 21, 2023

WHAT IS GOOD STATUS FOR WHATSAPP

 

Rabu, 21 Jun 2023.

Pertama kali wak kemaskini status dalam whatsapp.
Biasanya wak letak status di Facebook setiap hari.
Letak gambiran2 selfie sahaja.

Ramai pula (ehh, 2 3 orang je) teman2 wak yg balas mesej.
Antaranya.

"Kat batam ka bro?"
"Salam bang, iye Batam je"
"Woow.. awek cun sana"
*emoji ketawa
"Tak juga" - emoji ketawa juga.

Kamus lalat.
Mager - malas gerak. Arti kata mager tersebut biasanya digunakan saat rasa lelah menyerang sehingga tidak ingin melakukan aktivitas apapun.

Movie lalat.
Transformers: Rise of the Beasts (2023) - Cinema XXI Nagoya Hill mall.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.