![]() |
| JBS Bike Jalan Diplomatik @2023 |
Selasa, 11 April 2023.
21 Ramadhan 1444.
Hari ini wak berlarian ke kantor lagi.
![]() |
| Sungai Merab Sunset just now @2023 |
Isnin, 10 April 2023.
Pagi2 tadi sebelum berlarian ke kantor.
Wak singgah di kedai cuci kereta di pekan Dengkil.
Bodi cikputih pun sudah berdebu dan penuh lumpur.
Balik dari Taman Negara kann.
Comot atas dan bawah.
Tiada kenderaan lain disitu ketika itu.
Ada 4 pekerja Nepal rasanya dari tulisan pada tshirt mereka.
Dan ada satu supervisor berbangsa India disitu.
Usai cuci kereta, bila ditanya harga cucian.
"lima belas hinggit wak," kata macha.
Wak agak terkejut juga.
Kerana biasanya harga cucian cikputih (kereta sedan biasa2) cuma rm12 sahaja.
Tidak kiralah samada di KL atau di Masai.
Kalau rm13 pun terasa agak kemahalan.
Tapi wak tidaklah hilang akal.
Wak bayar sahaja lah.
Olehkerana wak tidak cukup uang kecil.
Wak kasihlah duit dua poh hinggit sekeping.
Macha tiada pula uang kecil.
Mungkin disebabkan masih pagi lagi dan wak pelanggan pertama agaknya.
"Berapa wak ada?" tanya macha itu lagi.
"Tak cukup, cuma tiga belas hinggit," sambil wak tunjuk duit juta2 dalam wallet wak.
Tidak mahu terima pula. Aiyahh.
Habis tadi kenapa kamu nanya? Kamu bertanya-tanya?
Langsung macha pergi ke kedai runcit sebelah untuk tukaran.
Dan kemudian dikembalikan juga uang lima hinggit.
Nota lalat.
Tadi malam tiba2 dapat panggilan dari nombor yg tidak dikenali.
Rupa2nya anak wedok wak yg sedang kuliah itu.
Dia guna henfon rakan serumah.
"Bah, henfon anaknda dah rosak,"
"Ringtone ada, tapi tak masuk call,"
Dipendek cerita, sudah terbeli Samsung A34 5G. RM1600
Kali terakhir beli Redmi Note 8 pada tahun 2020 - No S-Pen.
Semoga dapat bertahan sekurang2nya 3 tahun lagi.
Movie lalat.
Win It All 2017.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| From her phone via whatsapp @2023 |
![]() |
| Batu 0 (Zero Kilometer) Milestone Kuala Lipis @2023 |
Ahad, 9 April 2023.
Malam tadi jam 12 tengahmalam sudah keluar mencari makanan untuk bersahur.
Khuatir kalau lambat nanti semua kedai makan ditutup pula.
Lagipun di bandar ini tiada restoran McD yg 24 jam itu.
Nasib baik ada restoran tomyam berdekatan.
Wak pesan nasi putih, paprik campur dan telur dadar seperti biasa.
Pagi tadi jam 9 sudah berlarian dari bandar Kuala Lipis menuju Sungai Ruan.
Cuba terjah resort bernama Rock Mountain di tengah ladang kelapa sawit itu.
Bila berjumpa tidak dibenarkan masuk untuk orang luar pula.
Hanya untuk penyewa dan tetamu resort sahaja.
Orang luar sila main jauh2.
Yo wes lah.
Kemudian wak langsung pulang ke pusat bandaraya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Midnight and full moon at Kuala Lipis @2023 |
![]() |
| Rock Mountain Sungai Ruan Raub Pahang @2023 |
![]() |
| Genting Highlands resort view from Central Spine Highway near Bentong @2023 |
![]() |
| I made him a bit happy today at Shell Sungai Besi @2023 |
![]() |
| Bukit Awan @2023 |
Sabtu, 8 April 2023.
Pagi2 usai solat subuh sepi-e.
Wak pun berlarian dengan cikputih ke Kampung Pagi.
Tiba di Bukit Awan sudah jam 7.10am.
Keadaan bukit dilitupi awan tebal.
Wak tunggu sehingga jam 7.50am.
Pun tiada bayangan untuk melihat awan karpet yg viral itu.
Yo wes lah.
Pulang ke Kuala Tahan.
Terus bergegas menaiki perahu sehinggit ke seberang sungai.
Daftar di kaunter pendaftaran untuk masuk hutan taman negara.
Perjalanan yg tidak mencabar langsung.
Disebabkan penyediaan pelantar papan dari kaunter pendaftaran.
Hinggalah ke Canopy Walk yg sejauh satu kilometer sahaja.
Pergi dan pulang sekitar 3 jam.
Santai-santai sahaja.
Tidur sebentar sebelum berlarian ke Kuala Lipis pula.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Masjid Jamek Kuala Kerau @2023 |
Jumaat, 7 April 2023.
Ini adalah entri kedua untuk hari ini.
Tengahari sudah berlarian ke Kuala Tahan.
Sebelum tiba di Temerloh, keluar simpang menuju bandar Jerantut.
Mencari tempat mesyuarat tingkap agak mencabar didalam perjalanan.
Pilihan antara RnR atau masjid yg ada soket palam kuasa (power plug).
Atau McD atau Starbucks.
Palam kuasa itu yg paling penting.
Signal wifi tidak berapa penting.
Kerana boleh pakai data titik panas (hotspot) dari henfon cap aiyam wak.
Disebabkan juga bateri laptop wak pun sudah mahu kaput.
Sebab pagi tadi sudah guna laptop di kantor tanpa palam kuasa.
Akhirnya singgah di masjid jamek Kuala Krau @Kerau.
Punyalah lama mesyuarat tingkap.
Dari jam 3pm hinggalah berkumandang azan Asar jam 4.20pm.
Usai mesyuarat tingkap dan solat jamak qasar.
Wak teruskan perjalanan ke Bandar Jerantut.
OYO GOT PROBLEM
Semasa di Jerantut, wak sudah booking hotel OYO online.
Untuk kepastian wak telefon pihak hotel.
Receptionist hotel kata mereka dah tak terima OYO lagi.
Masalahnya masih ada booking atas talian dan sudah dibayar.
Aiyah.
Update - 6/5/23 selepas sebulan masih tidak selesai lagi urusan OYO.
Kebosanan mencipta kelainan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Batu 0 Jerantut @2023 |
![]() |
| Kuala Tahan @2023 |
![]() |
| Kuala Tahan @2023 |
![]() |
| 15 Ramadhan Full Moon @2023 |
Jumaat, 7 April 2023.
15 Ramadhan 1444.
Kantor di Jakarta Selatan tutup.
Gara2 cuti merayakan perayaan Good Friday di negeri yg paling ramai penduduk Islam dunia.
Tapi urusan kerja potong rumput harus diteruskan juga.
"Ofis di Cyberjaya juga tutup wak,"
Kata mgr AYU yg berada di sono.
"Cuti ganti Nuzul Quran,"
"Admin dh hntr pekeliling kann."
Tapi pagi tadi wak berdegil ke ofis Cyberjaya itu.
Sebab mahu ambil baju coverall kalau jadi ke Batam minggu hadapan.
Kamus lalat.
Nuzul Quran - peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada nabi Muhammad ο·Ί.
Good Friday - (juga dikenali sebagai Jumaat Agung (Jawi: Ψ¬Ω
ΨΉΨ© Ψ£έ’ΩΪ )) adalah cuti keagamaan dalam budaya agama Kristian yang memperingati kematian Yesus Kristus yang disebabkan penyaliban di Calvary.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Jalan Balakong Cheras @2023 |
Khamis, 6 April 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke bandar Kajang.
Tanpa tujuan.
Alone matcham biasa - dgn cikputih.
Kemudian ke Sungai Besi pula.
Nota lalat. SILK - Kajang Dispersal Link Expressway, SILK, also known as Kajang SILK Highway Kajang Dispersal Link Expressway (Malay: Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang), is an expressway built to disperse and regulate the traffic flow in Kajang, Selangor, Malaysia. The 37 km (23 mi) expressway is to allow motorists to bypass the town centre of Kajang. It is also useful as the main ring road of Kajang. The Kilometre Zero is located at Mines Interchange near Seri Kembangan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Masjid Besi Tunku Mizan Zainal Abidin @2023 |
Rabu, 5 April 2023.
Petang tadi wak sudah berlarian ke Putrajaya itu.
Bazar Ramadhan yg kelmarin wak tidak sempat singgah dan membeli juadah berbuka.
Kali ini wak singgah dan beli nasi ayam goreng kunyit sahaja.
Nota lalat.
Sekarang pihak pengurusan sedang dalam dilemma.
Mahu menghantar wak ke Indon lagi atau pun tidak.
![]() |
| Tol Pajam Lebuhraya LEKAS @2023 |
Selasa, 4 April 2023.
Semalam kan wak sudah berlarian ke pekan Nilai.
Hari ini sengaja wak berlarian pula ke pekan Mantin.
Di dalam perjalanan menyusuri jalan persekutuan lama.
Ada sekatan jalanraya (roadblock) oleh JPJ.
Tapi tiada masalah apa2.
Dari pekan Mantin wak ikut lebuhraya LEKAS.
Pulangnya dari pekan Semenyih.
Wak lalu lebuhraya Silk sahaja.
Tulus, mulus dan lancar perjalanan.
Dan tiada sekatan jalanraya.
Walaupun agak kejauhan sedikit.
Movie lalat.
Black Crab 2022 (Sweden, Noomi Rapace).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Tasek Curry House this morning @2023 |
Ahad, 2 April 2023.
Seperti kelmarin, pagi2 tadi wak sudah berlarian ke kedai tomyam berdekatan.
Mencari makanan untuk sahur.
Biasanya ada beberapa kedai tomyam yg masih dibuka.
Walaupun ketika wak sampai biasanya mereka akan berkemas2 untuk tutup.
Tapi pagi tadi wak agak kelewatan sedikit.
Kedai tomyam2 itu semuanya sudah di tutup. Walaupun baru jam 3.03am.
Jadi wak singgah di kedai mamak Jalan Tasek sahaja.
Pesan mee goreng mamak.
Teh panas dan air suam.
Petang sudah berlarian ke pusat bandaraya.
Dengan anak lanang itu.
Berbuka puasa pun ditengah lebuhraya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.