Somewhere near Batang Berjuntai @2023 |
Isnin, 20 Mac 2023.
Sekolah Ampang Campuran.
University Selangor Batang Berjuntai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Somewhere near Batang Berjuntai @2023 |
Going north @2023 |
Ahad, 19 Mac 2023.
Pagi2 hantar anak lanang seng Ragil ke sekolah.
Sarapan kedai mamak tasek curry.
Roti kosong, telur setengah masak.
Air teh o panas.
Kemudian dgn anak wedok hantar cik maibee dan cik bibah pepel untuk dicuci luar dan dalam.
Tapi tempat carwash pertama kata mesin penyembur air salji rosak pula.
Singgah farmasi beli ubat and kolesterol 20mg.
Berlarian ke Ibukota.
Movie lalat.
Verdict 2019 - Filipino.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Yaasir at his school today @2023 |
Sabtu, 18 Mac 2023.
Pagi sudah ke sekolah anak ragil.
Sekarang markah pun guna tahap kecerdasan sahaja.
Tiada penggunaan gred seperti dulu2.
Link: 2014 - his first school.
Ooh.
Tengahari wak sudah berlarian ke bandar koboi.
Membaiki pembuka tangki minyak petrol yg tersangkut.
Senang saja mamat cina tu buat.
Kemudian mencari pemegang sabuk pengaman (seat belt) untuk cikpuan Jnulekasnova itu.
Sebab ada besi penyucuknya yg tidak boleh dipegang baik.
Hampir kesemua kedai peralatan tambahan kereta wak tanya.
Kesemuanya tidak menjual atau memasang sabuk pengaman kerusi.
Tapi akhirnya wak jadi SD - sedar diri.
Seharusnya tali silang tengah hanya untuk pemegang di tengah.
Ada tulisan CENTER dikedua2 set pemegang itu. ;p
Movie lalat.
The Whale 2022.
Coccaine Bear 2023 (unfinished)
Triangle of Sadness 2022
Blog bukanlah hakmilik kekal.
LRT Station at Maluri @2023 |
Khamis, 16 Mac 2023.
Hospital Ampang ke Sekolah Ampang Campuran.
Naik LRT Ampang ke MRT Kajang.
Ooh.
Updated. Wak baru tahu MRT Laluan Putrajaya pun baru dibuka hari ini.
Tambang gratis selama 2 minggu ye kawan2.
Link: PMX umum tambang percuma MRT Putrajaya hingga 31 Mac 2023.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Lady in Red, LRT Station Interchange Maluri @2023 |
MRT Station at Kajang @2023 |
Mentega Kacang bukan Mentega Terbang @2023 |
Rabu, 15 Mac 2023.
Mentega = Butter
Terbang = Fly
Mentega + Terbang = Butterfly (rama-rama)
Maksud tersirat. Metamorfosis seekor rama-rama (butterfly) semasa kecil ialah ulat menjadi kepompong. Kemudian lepas dari kepompong akan berterbangan hidup bebas. Maksudnya semasa kecil dijaga oleh orangtua dengan baik. Kemudian bila sudah dewasa akan bebas untuk menukar agama yg dipilih sendiri. Nauzubillah.
Nota lalat.
Ooh, pasal berat badan wak lagi.
Bila ditimbang dibawah paras 70kilo.
Ok lah itu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
I'm a bit lighter than last year at offshore @2023 |
Kuala Selangor @2023 |
Ahad, 12 Mac 2023.
Perjalanan yg macet hari ini.
Sempat nonton youtube Vehicle 19 (2013) full movie online.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
KL Sunset view from Ampang @2023 |
Dapo Putih Simpang Lima Sekinchan @2023 |
Sabtu, 11 Mac 2023.
Petang tadi berlarian ke kafe laman tebu itu.
Punyalah ramai orang di tepian sawah.
Mahu parkir ditefian farit funn susah.
Jadi berlarian pula ke kedai kopikupi.
Kafe yg hanya menjual minuman kopi.
Tapi wak kan tidak minum kopi gitu.
Dan kemudian berlarian ke kafe Dapo Putih pula.
Orangramai tidak ramai.
Jadi santai2 disitu sudah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
17 Syaaban Through Window @2023 |
Jumaat, 10 Mac 2023.
Surah Yasin ayat 39.
وَٱلْقَمَرَ قَدَّرْنَـٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلْعُرْجُونِ ٱلْقَدِيمِ ٣٩
39. Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehingga (setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir) kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua.
Tengahari solat jumaat berjemaah.
Khutbah satu Selangor - Tauliah Mengajar Suatu Keperluan.
Ditujukan khas untuk Ustaz Azhar Idrus yg dihalau kelmarin.
Movie lalat.
Nobody 2021.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Masjid Bukit Indah Ampang @2023 |
Lebuhraya Latar @2023 |
Old and New Cooking Gas @2023 |
Khamis malam Jumaat, 9 Mac 2023.
Harga tong gas untuk 16.5kg ialah rm26.60.
Upah penghantaran ialah rm5.
Jadi jumlah pembelian tong gas ialah rm32 (tidak termasuk tip).
Ooh.
Sedikit pencerahan.
Jika anda beli Gas 14kg anda terima Tong Gas Petronas seperti yang dalam gambar, betul?
Tapi yang menjadi persoalan kenapa kat tong tu ada tulisan berwarna hitam (rujuk gambar) menunjukkan angka 16.5kg?
Apakah?
“Aku beli 14kg ke 16.5kg?” kemudian menjadi satu persoalan pada diri sendiri
Baik!
Anda tidak salah terima tempahan anda,
Cuma kita tidak didedahkan dengan maksud dua angka ni secara Khusus
14kg adalah ISIPADU gas yang berada di dalam Tong/Silinder Gas.
16.5kg tu pula adalah berat Tong/Silinder yang KOSONG.
Ini bermakna semasa anda menerima Tong Gas baharu yang BerISI Gas,berat bersihnya ialah 30.5kg.
Berat Tong Kosong = 16.5kg
+ Berat/Isipadu gas = 14kg
= Berat Bersih = 30.5kg
Jadi apa Fungsi Kepingan besi pada tong yang kami hantar pada anda?
Maksud lalat.
KPDNHEP - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.