Tengahari tadi semasa turun dalam lif. Bro farHAN kata dia mahu bersolat jumaat di masjid Jaksaan Agung. Masjid Baitul Aidi terletak di sudut simpang depan kantor. Tapi untuk masuk terpaksa ikut laluan pintu utama yg dikawal ketat. Wak pun teringin ikut kerana ini adalah kali pertama ke sono.
Kan sudah dua pekan (minggu) hape (hp) wak tidak boleh digunakan. Tiada data internet. Dan hanya bergantung pada wifi gratis di kantor dan di kost sahaja.
Jadi petang tadi wak pun berlarian ke Gandaria City mall. Bersama2 bro asyRUL yg bermasalah yg sama.
"Hape wak ni udh diblokir," kata mamat Indon di kaunter myXL itu. "Kami akan aktipkan kembali."
Dimintanya passport. 10 minit sahaja siap urusan. Dan hape wak pun boleh digunakan seperti sedia kala.
Hari Khamis malam Jumaat kan wak sudah berlarian ke stadium Velodrome itu. Disebabkan beli tiket tapi tersalah tanggal (tarikh).
Temen2 wak yg bertiga pun sudah pergi ke sono malam tadi. Sebab mahu menonton dato Azizulhasni Awang bertanding. Beliau dapat pingat perak. Tahniah dan syabas.
Hari ini (Ahad) memang wak tidak rencana mahu kemana2. Tapi tadi sedang petugas kost kemas2 kamar wak. Tiba2 nampak bros asyRUL dengan NAZiri terpacak dilobi mahu ke sono lagi. Mereka sudah beli tiket. Mereka mahu tonton lagi dato masuk final.
Wak pun teringin untuk sertai mereka juga. Tapi dato Azizulhasni tewas dengan pelumba Israel laknatullah itu. Huhu. Pelumba2 yg lain pun kecundang juga.
Tiba di pintu masuk stadium. Wak cuba beli tiket online. Masa terkial2 itu. Bro asyRUL dan NAZiri keluar semula dari stadium. Sebab tiada pelumba Malaysia yg masuk acara akhir.
Dan sesungguhnya kami bergegas ke belakang stadium. Di pintu laluan VIP dan peserta2. Mereka tahu disebabkan mereka sudah berswafoto dato tadi malam. Jumpa dato Azizulhasni dan pelumba2 lain. Pegawai imigresen yg baru tiba pun ada menyibuk disitu.
Sore tadi wak sudah berlarian ke Plaza Semanggi. Naik bis no 1 langsung ke halte Bendungan Hilir (Benhil). Jalan kaki sepelaung ke menara Plaza Semanggi. Hujan mula turun agak lebat tapi sebentar sahaja.
Malam tadi wak berlarian ke Darmawangsa Square. Kalau dilihat dari luar seperti rumah penginapan apartment.
Tapi sebenarnya ada pusat beli belah mewah juga.
Ooh. Sebenarnya ada masalah dengan data internet henfon wak. Walaupun tempoh tamat prabayar sehingga 8 Mac. Sudah berapa kali dimatikan dan dihidupkan semula. Tapi masih tidak dapat diaktifkan.
Jadi sekarang terpaksa bergantung pada wifi sahaja. Dan hotspot dari henfon kawan yg baik2.
Tengahari tadi bro NAZiri beritahu. Mahu tonton kejuaraan balap lomba sepeda trek UCI di stadium Velodrome.
Dalam kelam kabut dengan urusan kerja potong rumput. Wak tempah untuk 4 orang - 50rb (rm15) seorang sahaja. Wak tersalah pilih tarikh. Sepatutnya rencana pada hari minggu (Ahad), yakni tanggal 26. Tapi wak tersalah pandang tak pilih tarikh, jadinya otomatis tanggal 23. Pembayaran pun sudah dibuat guna Bigpay bro NAZiri
Terpaksa telefon perkhidmatan pelanggan. Bercakap merayu2 hampir setengah jam. Tunggu balasan emel yg mengecewakan.
"Maaf wak ga bisa tukar tarikh jadwalnya," Yo weslah.
Tapi sore tadi wak berlarian juga ke Velodrome itu. Sayang rasanya kalau beli tiket tapi tidak jadi pergi. Naik bis no 1 Transjakarta dari Asean. Turun di Tosari tukar bis no 4 ke Pulogadung 2.
Dan turun di halte Velodrome. Sepatutnya turun di halte Rawamangun yg lagi dekat.
Solat maghrib di musolla itu.
Hahaha. Silap teknik sebenarnya. Tidak membaca informasi sebelum tempah tiket tadi. Jadi bila bro asyRUL semak jadual. Ada acara yg dato Azizulhasni Awang bertanding. The Pocket Rocketman nama gelaran. Pada hari sabtu acara keirin dan sprint.
Dan malam tadi tiada acara melibatkan pasukan dari Malaysia. Apakah wak harus ripit ke stadium Velodrome lagi lusa?
Kuningan view from Cyber 2 Jakarta 17th Floor @2023
Selasa, 21 Februari 2023.
Sore tadi wak sudah berlarian ke Kuningan. Mula2 rencana mahu naik MRT di stasiun Asean dekat kantor. Tapi baru perasan tidak bawa kartu MRT pula. Yo wes lah.
Wak pesan Grabcar pun banyak yg batal kan. Sebab macet di waktu puncak.
Wak tahan taksi Bluebird di tepi jalan. Maka melayanlah macet Jakarta.
Tiba di menara Cyber 2 Tower sudah kemalaman. Naik lantai 17 tapi tempat duduk tepi beranda semua sudah ditempah. Ambil 2 3 gambiran sudah.
Kemudian turun dan langsung ke Cyber Park Mall. Wak pesan Grabcar.
Baru pertama ke mall ini. Bersebelahan Taman Anggerik.
Sebelum jalan2 di jambatan cantik itu. Makan nasgor tomyam di Solaria.