Sore tadi wak sudah berlarian ke Plaza Semanggi. Naik bis no 1 langsung ke halte Bendungan Hilir (Benhil). Jalan kaki sepelaung ke menara Plaza Semanggi. Hujan mula turun agak lebat tapi sebentar sahaja.
Malam tadi wak berlarian ke Darmawangsa Square. Kalau dilihat dari luar seperti rumah penginapan apartment.
Tapi sebenarnya ada pusat beli belah mewah juga.
Ooh. Sebenarnya ada masalah dengan data internet henfon wak. Walaupun tempoh tamat prabayar sehingga 8 Mac. Sudah berapa kali dimatikan dan dihidupkan semula. Tapi masih tidak dapat diaktifkan.
Jadi sekarang terpaksa bergantung pada wifi sahaja. Dan hotspot dari henfon kawan yg baik2.
Tengahari tadi bro NAZiri beritahu. Mahu tonton kejuaraan balap lomba sepeda trek UCI di stadium Velodrome.
Dalam kelam kabut dengan urusan kerja potong rumput. Wak tempah untuk 4 orang - 50rb (rm15) seorang sahaja. Wak tersalah pilih tarikh. Sepatutnya rencana pada hari minggu (Ahad), yakni tanggal 26. Tapi wak tersalah pandang tak pilih tarikh, jadinya otomatis tanggal 23. Pembayaran pun sudah dibuat guna Bigpay bro NAZiri
Terpaksa telefon perkhidmatan pelanggan. Bercakap merayu2 hampir setengah jam. Tunggu balasan emel yg mengecewakan.
"Maaf wak ga bisa tukar tarikh jadwalnya," Yo weslah.
Tapi sore tadi wak berlarian juga ke Velodrome itu. Sayang rasanya kalau beli tiket tapi tidak jadi pergi. Naik bis no 1 Transjakarta dari Asean. Turun di Tosari tukar bis no 4 ke Pulogadung 2.
Dan turun di halte Velodrome. Sepatutnya turun di halte Rawamangun yg lagi dekat.
Solat maghrib di musolla itu.
Hahaha. Silap teknik sebenarnya. Tidak membaca informasi sebelum tempah tiket tadi. Jadi bila bro asyRUL semak jadual. Ada acara yg dato Azizulhasni Awang bertanding. The Pocket Rocketman nama gelaran. Pada hari sabtu acara keirin dan sprint.
Dan malam tadi tiada acara melibatkan pasukan dari Malaysia. Apakah wak harus ripit ke stadium Velodrome lagi lusa?
Kuningan view from Cyber 2 Jakarta 17th Floor @2023
Selasa, 21 Februari 2023.
Sore tadi wak sudah berlarian ke Kuningan. Mula2 rencana mahu naik MRT di stasiun Asean dekat kantor. Tapi baru perasan tidak bawa kartu MRT pula. Yo wes lah.
Wak pesan Grabcar pun banyak yg batal kan. Sebab macet di waktu puncak.
Wak tahan taksi Bluebird di tepi jalan. Maka melayanlah macet Jakarta.
Tiba di menara Cyber 2 Tower sudah kemalaman. Naik lantai 17 tapi tempat duduk tepi beranda semua sudah ditempah. Ambil 2 3 gambiran sudah.
Kemudian turun dan langsung ke Cyber Park Mall. Wak pesan Grabcar.
Baru pertama ke mall ini. Bersebelahan Taman Anggerik.
Sebelum jalan2 di jambatan cantik itu. Makan nasgor tomyam di Solaria.
Pagi2 wak sudah berlarian ke terminal bas Blok M Square. Rencana mahu naik bas nombor 1N atau 1P langsung ke Setiabudi. Tapi wak masih terlupa. Bas 1N dan 1P tidak beroperasi sehingga jam 10 pagi.
Entri nasi lemak tapi tiada kaitan dengan gambar diatas.
Semalam wak borak2 kosong di kantor dgn bro RAZaman Sekarang kami sudah dapat merasakan nasi lemak Malaysia. Rasa asli nasi lemak yg sama seperti di tanahair. Dgn aroma dan rasa santan, kacang, ikan bilis goreng dan timun potongnya. Dan sambalnya yg ga pelit.
Biasa kami akan pesan Grabfood sahaja. Nasi lemak 25 dari Gandaria itu.
Dan setiap hari Minggu (Ahad). Boleh sahaja ke stasiun MRT Setiabudi ada gerai nasi lemak Malaysia 🇲🇾.
Teringat wak masa mula2 dulu sampai di Jakarta. Terpaksa berlarian ke restoran Malaysia Paparich di Lippo Mall Kemang. Gara2 mahu menjamah nasi lemak.
Ooh. Tadi jam 10 pagi. Wak dgn mgr AYU berlarian ke Indomaret. Dia nak beli jajan katanya. Lagipun sakit tekak dan kahak wak masih belum pudar. Wak beli sirup obat batuk Jahe Madu sahaja. Rasa halia pahitnya mcm nk mamfus.