Ahad, 19 Februari 2023.
Entri kedua untuk hari ini.
Petang wak berlarian lagi ke Lippo Mall Kemang.
Panjat menara ke lantai 17.
Kemudian berlarian ke Cyber 2 Kuningan.
Konon mahu mengambil gambiran sunset di lantai 17.
Tapi gedung ditutup kerana hari minggu pula.
Yo wes lah.
Lalu wak pun berlarian ke gedung Sarana Square.
Ambil 2 3 gambiran diatas atap (rooftop), Kobain Coffee.
Kemudian solat maghrib di musollah.
Kemudian berlarian ke Kampung Kemang.
Makan makanan laut di Seafood 68.
Lupa sebentar masalah asam urat (gout) dan kolesterol tinggi. 😅 😅
Wak pesan ikan gurami bakar.
Dan udang masak manis.
Dan cah kangkung.
Dan nasi putih.
Dan teh tawar sahaja.
Ooh.
Cah kangkung itu sebenarnya adalah kangkung masak taucu, bukan kangkung belacan ya. 😅 😅
Blog bukanlah hakmilik kekal.