Oct 12, 2022

NGERASA GAK SIH KALAU JAKARTA MAKIN MACET?

Macet on Jalan Hang Tuah @2022

Selasa, 11 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Semalam kan wak sudah makan buah potong dari pasaraya Lotte itu.
Tengah malam tadi sudah terasa memulas2 perut.

Pagi tadi sebelum ke kantor.
Wak sudah bermuntah2an di WC.
Gara2 buah potong yg sudah basi itu.

Dan kepala wak pun makin lalok masa ke kantor menaiki Grabcar.
Sehingga tertinggal hape (baca, henfon) wak di kerusi di luar kost.
Dan terpaksa bro aNAS meminta bantuan bro niZAM untuk membawanya ke kantor pula.

Dan bila pulang dari kantor.
Hujan pun turun dengan lebat dalam kegelapan malam.
Terpaksa naik Grabcar bersama bro aNAS dan mgr EIN.
Tapi kejadian macet luarbiasa di Jalan Hang Tuah.
Memaksa pak supir melalui jalan yg lebih jauh dan muter kembali ke jalan yg sama.


Apps lalat.
Shazam - Shazam is an application that can identify music, movies, advertising, and television shows, based on a short sample played and using the microphone on the device.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 11, 2022

MY JETLAG AND STOMACH ACHE

On the way to office this morning @2022

 Isnin, 10 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Semalam tiba di kost dari bandara pun hari sudah malam.
Tidur awal lah juga.
Tapi jam 2am pagi sudah terbangun.
Terkebil2 hingga ke subuh.

Oct 9, 2022

ONXON

On to CGK @2022

 Ahad, 9 Oktober 2022.

Assalamualaikum kawan2.
Semasa kawan2 baca entri wak yg ini.
Mungkin wak sudah berlayar ke seberang ya.

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin” : ” Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." Doa Nabi Yunus.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan ini.
Amin ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 8, 2022

NASI LEMAK WAK KENTUT BANGI

Soft boiled eggs @2022

Sabtu, 8 Oktober 2022.

Tengahari tadi sudah berlarian ke restoran mamak di Semenyih.
Pesan roti canai dan kuah kari kambing.
Pesan telur setengah masak dua biji.
Dan teh panas dikit manisnya.

Petang pula wak berlarian ke medan selera Bangi Square.
Sebab mahu makan nasi lemak Wak Kentut di sini pula. (Tiada gambiran).
Dulu pernah makan di Kulai - [+ link]

Esok pun akan berlayar ke seberang.
Semoga dipermudahkan perjalanan hambaMu ini ya Allah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 7, 2022

SEEING RED

I see red today @2022


 Jumaat, 7 Oktober 2022.

"Tidak perlu menanam dendam,
Cukup tersenyum,
Dan biarkan karma melakukan tugasnya diam-diam.
Kerana yg melukai akan terluka pada waktunya."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 6, 2022

DOWNGRADE TO WINDOWS 10

Downgrade Windows 11 to 10 @2022


Khamis, 6 Oktober 2022.

Walaupun sekarang Windows 11 sudah menjadi norma kerja.
Perisian yg wak guna haruslah guna operasi sistem Windows 10 yg lama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 5, 2022

EARTH FOR SALE

Tanah 3 Ekar Untuk Dijual di Pinggiran Putrajaya @2022

Rabu, 5 Oktober 2022.

Sudah mendapat lampu hijau dari pihak pengurusan.
Visa dan permit kerja potong rumput di seberang untuk 2 bulan.
Dan tentang pesawat wak ke Jakarta pada hari Minggu ini.

Ooh.
Tiada gambar menarik untuk ditayang di entri ini.
Tunjuk gambiran pagar kebun orang sudah.

Kamus lalat.
Minggu = Ahad

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 4, 2022

RUNNING BACK TO CYBERJAYA

Plus highway heading north near Yong Peng @2022

Selasa, 4 Oktober 2022.

Pagi2 wak sudah berlarian di lebuhraya itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 3, 2022

IS CELEBRATING A BIRTHDAY EARLY BAD LUCK?

The Manhattan Fishmarket Tebrau City @2022


 Isnin, 3 Oktober 2022.

Esok adalah harijadi isteri wak yg ke ehem ehem.
Oleh kerana esok wak akan kembali ke kantor Cyberjaya.
Maka haruslah wak raikan malam ini bersama2.
Bersama anak wedok dan anak lanang bocah cilik.

Oct 2, 2022

BURNING STONE SUNSET

Jalan Bakar Batu 1 Sunset @2022

Ahad, 2 Oktober 2022.

Petang tadi wak berlarian ke Jalan Tebrau.
Isteri wak (yg itu) mahu makan sate, katanya.
Wehh, saperlah tak sayang bini, tapi adakan. Makcik khannnns.

Oct 1, 2022

HARD ROCK CAFE JOHOR BAHRU

Hard Rock Cafe Puteri Harbour JB @2022

 Sabtu, 1 Oktober 2022.

Malam tadi wak sudah berlarian ke kelab malam Hard Rock Cafe JB.
Wak pesan fish and chips sahaja.
Dan air coke.

Live band: Upperbox band dari Filipina.

Minggu depan sudah belayar ke seberang lagi.
Aminn ya robbal Alamein. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.