Sep 27, 2022

LOTUS'S AMPANG

 

Lotus's Ampang @2022

Link: 12 years ago was - Tesco Ampang.

Selasa, 27 September 2022.

Hari ini kerja dari rumah.
Mesyuarat tingkap dari pagi hingga ke sore.
Tiba2 laptop Dell kepunyaan syarikat yg baharu pula tergantung (baca, hang).
Sudahlah tidak jumpa butang kematian (baca, power on off).
Aiyahh.

Malam ke pasaraya Lotus's Ampang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 26, 2022

WHAT SUKE, AKLEH & MEX HIGHWAYS HAVING IN COMMON

 

Plaza Tol Ampang (SUKE) this morning @2022

Isnin, 26 September 2022.

Pagi2 sudah menyusuri 3 lebuhraya menuju ke kantor potong rumput di Cyberjaya.
Lebuhraya SUKE, AKLEH dan MEX.
Kesemua lebuhraya ada tol belaka.
Tiadalah yg tiada tol, selain kesemuanya ada tol.

Sebenarnya Waze yg menyuruh wak ke lebuhraya SUKE yg baharu itu.
Berpusing2 dan berpatah balik ke jalan yg biasa.
Kalau ikut jalan lama pun boleh sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 25, 2022

URUT URAT SARAF SATU BODI

 

Traditional massage at pak Alang Yusof @2022

Sabtu, 25 September 2022.

Malam wak sudah berlarian kerumah tukang urut di kampung nelayan.
Satu badan diurut selama sejam setengah.
Pengerasnya adalah 25 sen dan selebihnya sedekah ikhlas katanya.
Aminn ya robbal alamein.

Dan selepas itu kerumah tukang urut satu lagi.
Menyaksikan tukang urut sedang mengurut telur pesakit angin pasang.
Kena urut 3 malam berturut² katanya.
Pengerasnya bersyarat yg sama - 25 sen dan selebihnya ialah sedekah ikhlas. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 24, 2022

PARIT SATU BAGAN TERAP SUNRISE

Jalan Parit 1 Bagan Terap sunrise @2022

 Sabtu, 24 September 2022.

Pagi2 sudah berlarian ke tefian sawah pula.

Sep 23, 2022

MASJID RAJA HAJI FI SABILILLAH CYBERJAYA

 

Masjid Fi Sabilillah Cyberjaya @2022

Jumaat, 23 September 2022.

Tengahari ini bersolat jumaat di masjid Fi Sabilillah sahaja.
Tidaklah jauh dari kantor potong rumput ini.
Cuma tadi bila keluar dari perkarangan parkir masjid sahaja yg lama.
Disebabkan kemacetan oranglain parkir sesuka hati menghalang lalulintas. Sudahlah keluar dari masjid dia yg paling lambat. Mungkin banyak dia berdoa tadi. Aminn. 

Sep 22, 2022

BUKANKAH KAU TAHU KESUKAAN AKU IALAH BELACAN

Nasi putih paprik campur telur dadar with additional sambal belacan 
Bukit Belacan, Ampang @2022


Khamis malam Jumaat, 22 September 2022.

Makanan kegemaran wak.
Nasi putih, paprik campur, telur dadar.
Dan air suam.
Yg pasti tidak terdapat di Jakarta ya kawan2.
Dan tak semua pompuan tahu masak telur dadar, apalagi sambal belacan.
Ini fakta. 

Sep 21, 2022

USING SUKE HIGHWAY FOR THE VERY FIRST TIME

Sunrise with some dew this morning @2022

 Rabu, 21 September 2022.

Tiada apa2 yg menarik hari ini.
Cuma kesibukan kerja potong rumput di kantor.

Tengahari sempat wak pergi ke Bandar Puteri Puchong.
Tukar bateri untuk kawalan jauh (remote control) cikputih - RM26.

Petang, melalui lebuhraya SUKE yg baharu dibuka.
Dari Cheras ke Bukit Belacan.
Belum dikenakan bayaran tol lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Near Warung Bunian Bangi @2022

SUKE (Sungei Besi - Ulu Klang Expressway) @2022
Parking at your risk, Bukit Belacan @2022

Sep 20, 2022

NOPE 2022 IMAX

Nope 2022 in IMAX iCity Mall


 Selasa, 20 September 2022.

Malam tadi sempat menonton wayang layar besar IMAX.
Kerusi besar, layar besar, harga tiket pun besar (rm34).

Movie lalat.
Nope 2022. Malangnya bukan filem yang hebat.  Saya suka lakonan Jordan Peele, tetapi yang ini (pengarah, penulis skrip, penerbit) semua adalah karut simbolik dan bahan sifar.  Perkara terburuk yang boleh dilakukan dalam filem adalah menjadikannya bosan tahap cipan.  Filem ini sangat membosankan. Tidak buruk, yang sekurang-kurangnya saya dapat menghargai ironinya, tetapi sama seperti rasa air putih - rasanya ada disitu dan mempunyai bahan untuk menjadikannya filem, tetapi tidak memuaskan. 2 jam terasa seperti 4 jam dan saya tertidur dalam apa yang dianggap "klimaks" filem (yang juga membosankan).  Banyak jalan cerita lain bermula secepat mereka berakhir tanpa jawapan atau seolah-olah apa-apa titik.  Filem ini setara visual yang "blue ball" kerana anda menjangkakan perkara yang menarik dan menakjubkan akan berlaku tetapi ia tidak terjadi pun.  Walaupun pada klimaks itu terasa seperti "ehh, cuma camni je?". Ia adalah cara untuk memanjangkan cerita dan adegan terseret keluar, bukan untuk mewujudkan elemen saspen sangat (kerana terdapat sangat sedikit) tetapi hanya untuk menambah masa dilayar. Tidak ada merit di sini sejauh cerita ini pergi.  Sekurang-kurangnya lakonannya kukuh dan sinematografinya hebat. Efek CGI juga terbaik.
Penyesalan: kerana menonton di IMAX.
Persoalan: apa kena mengena monyet yg mengamuk erk?
RT 82%

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 19, 2022

WHAT BUILDING IS THE TALLEST

KL Tower and Menara 118 view from Kg Baru @2022


Isnin, 19 September 2022.

Pagi2 sudah berlarian ke Kampung Baru.
Teringin mahu menjamah nasi lemak motor.

Sep 18, 2022

STUCK WITH U

 


Ahad, 18 September 2022.

Hari minggu yg agak celaru.
Boleh pula tertinggal beg sailang berpuluh2 kilometer.
Beg sailang yg ada berjuta2 duit rupiah.
Dan terpaksa berpatah balik.
Dan sertai semula kesesakan lalulintas di lebuhraya itu.
Sempena cuti hujung minggu yg panjang.

Lagu lalat.
Stuck with U - Ariana Grande ft. Justin Bieber.

Nota tepi kain lalat.
Ada pesanan untuk beli kain batik di Jakarta.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 17, 2022

ALWAYS ON THE MOVE

Somewhere along PLUS highway heading north @2022

Sabtu, 18 September 2022.

Tengahari sudah berlarian menyusuri lebuhraya PLUS.
Mahu tangkap gambiran sunset pun cuaca mendung hingga ke senja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.