Sep 19, 2022

WHAT BUILDING IS THE TALLEST

KL Tower and Menara 118 view from Kg Baru @2022


Isnin, 19 September 2022.

Pagi2 sudah berlarian ke Kampung Baru.
Teringin mahu menjamah nasi lemak motor.

Link lalat. [+ Nasi lemak motor, April 2021]

Tapi apakan daya.
Kedai nasi lemak motor tertutup rapatlah pula.
Yo wes lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 18, 2022

STUCK WITH U

 


Ahad, 18 September 2022.

Hari minggu yg agak celaru.
Boleh pula tertinggal beg sailang berpuluh2 kilometer.
Beg sailang yg ada berjuta2 duit rupiah.
Dan terpaksa berpatah balik.
Dan sertai semula kesesakan lalulintas di lebuhraya itu.
Sempena cuti hujung minggu yg panjang.

Lagu lalat.
Stuck with U - Ariana Grande ft. Justin Bieber.

Nota tepi kain lalat.
Ada pesanan untuk beli kain batik di Jakarta.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 17, 2022

ALWAYS ON THE MOVE

Somewhere along PLUS highway heading north @2022

Sabtu, 18 September 2022.

Tengahari sudah berlarian menyusuri lebuhraya PLUS.
Mahu tangkap gambiran sunset pun cuaca mendung hingga ke senja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 16, 2022

U JUMP I JUMP

How to use cable jumpers @2022

 Jumaat, 16 September 2022.
Hari Malaysia.

Sepatutnya hari ini hari cuti nasional.
Tapi mgr EIN mahu wak buat kerja juga.
Sambil bermesyuarat tingkap dengan rakan2 di Jakarta.

Pagi2 sudah menghantar cikbibah pepel ke bengkel cermin.
Sebenarnya keretakan seribu cermin depan cikbibah sudah bertahun2 lamanya.
Tapi wak terlupa setiap kali perbaharui insuran tahunan.

Jadi bulan lepas sudah dimasukkan duit muka untuk cermin itu dalam insuran.

Mula2 mamat taukeh itu kata akan siap dalam masa sejam sahaja wak.
Tapi disebabkan ada penambahan filem gelap (tinted).
Maka mamat taukeh kata mungkin dua jam siap.

Sempat balik rumah dan solat jumaat berjemaah di masjid besar.

Petang wak ambil cikbibah yg sudah siap.
Tapi wak benganglah juga.
Sebab budak2 yg pasang filem gelap itu buat hal.
Ada seperti goresan memanjang pada cermin.
Wak cakap tak cantik.
Budak2 tu mula2 main2kan wak kata ubat shampoo la chamois ke apa.
Siap ambil foto wak dengan cermin cikbibah yg baharu.
Wak masih tidak puas hati.
Wak panggil mamat taukeh yg ada dalam pejabat itu.

Mamat taukeh kata dia akan bongkar semula filem gelap itu.
Tapi selepas 3 hari kerana sekarang masih basah.
Wak bertolak ansur lah juga.

Bila pulang ke rumah tadi.
Wak tunjukkan pada mQ dan anak wedok yg pandu cikbibah selalu.
Mereka kata, "takperlah bah, sikit je, bukan cermin yg retak."
Yo wes lah.

Cerita lalat lain.
Kereta anak lanang yg bertahun2 tidak dimulakan.
mQ suruh wak hidupkan walaupun tiada siapa yg mahu pandu.
Wehh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada kann. Makcik khannns.

Wak cuba sambungkan kabel dari dua kereta.
Mula2 kepada cikMaibee. Tidak berjaya.
Kemudian sambung ke cik Jnulekasnova itu.
Pun sama tidak boleh dimulakan.

Wak cuba hubungi bengkel bateriku.com berdekatan.
Disebabkan masih ada waranti.
Siap wak tunjuk gambar video penyambungan kabel.
Tapi mamat bateri kata mungkin bukan disebabkan bateri.
Dia kata kalau dia datang pun wak masih dikenakan caj rm30 - dasar kapitalis.
Aiyah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 15, 2022

ZOOMING IN TO MORNING MOON

Zooming moon this morning at Gurney Heights KL @2022

 Khamis, 15 September 2022.

Pagi2 tadi wak sudah berlarian ke selatan tanahair.
Dengan anak wedok yg tinggal di hostel Gurney Heights itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 14, 2022

PENGALAMAN KERJA DI CYBERJAYA

Greens I captured just now @2022

Rabu, 14 September 2022.

Hari kedua bekerja memotong rumput di Cyberjaya.
Dengan keadaan pejabat yg baharu.
Jamban pun masih tiada pintu.

Makan tengahari ada di kemah di belakang bangunan.
Nasi campur dan makanan lain.
Ramai juga pekerja2 syarikat lain disini.

Tadi wak cuma beli buah semangka potong dalam cawan.

Movie lalat.
Emily the Criminal 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 13, 2022

NASI LEMAK HATRICK

Saudagar Nanas Kajang @2022

 Selasa, 13 September 2022.

Pagi2 sudah ke kebun nanas kepunyaan Saudagar Nanas Kajang itu.
Wak pesan nasi lemak telur mata, lempeng kelapa 2 keping.
Dan tidak lupa telur setengah masak dan teh o panas kurang manis.

Tiga kali berturut2 wak makan nasi lemak dari semalam.
Semalam petang nasi lemak Old Town White Coffee di bandara Jakarta.
Lepas itu, dipaksa makan nasi lemak pak Nasser didalam pesawat.
Pagi ini menyempurnakan hatrick dengan menjamah nasi lemak kebun nanas Saudagar pula.

Selepas itu berlarian ke Sungai Chua.
Tiba2 ada makcik Indon yg mengendong anak yg sedang tidur.
Minta tolong untuk pesankan Grabcar.
Makcik mahu ke Metro Kajang mall katanya.

Tengahari tiba2 mgr EIN panggil wak ke pejabat potong rumput di Cyberjaya.
Janji pukul 2 petang.
Ingatlah lama lagi.
Rupa2nya wak masih guna jam Indon di laptop pula.
Aiyahh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 12, 2022

BON VOYAGE JAKARTA

Soekarno-Hatta International Airport Sunset @2022

 Isnin, 12 September 2022.

Hari ini hari mengemas untuk terbang pulang ke gagang.

Sarapan di gerai kereta sorong berdekatan kost.
Wak pesan sate ayam dan lontong.
Air kelapa manis potong kaki.

Jam 9am dipaksa sertai mesyuarat tingkap dari kost sahaja.

Tengahari sudah mula memesan Grabcar ke bandara.
Timbang beg besar seberat 27.5kg.
Siap balut guna plastik, 60rb (rm18).
Tidak perlu beli mangga dan kunci kecil.

Singgah di restoran Old Town White Coffee.
Wak pesan nasi lemak ayam goreng dan es lemon tea.
Total keganasan ialah 130rb (rm40).

Senja sudah berangkat ke tanahair.
Didalam pesawat dapat makan nasi lemak pak Nasser lagi.
Tiba di tanahair dengan selamat.

Movie lalat.
Loving Adults 2022 Denmark. Pilihan meletakkan lelaki botak itu sebagai suami yang menipu adalah penghinaan bagi penonton wanita. Tidak ada wanita yang mahu melihat seorang lelaki botak yang curang dan ada hubungan sulit. Harus meletakkan pelakon yg kacak hensem dan bermutu tinggi untuk cucian mata wanita lebih menarik. IMDb 6.4/10

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KATANYA CINTANYA SETEGUH TUGU MONAS MERINDING BULU ROMAKU

Monumen Nasional (Monas) Jakarta @2022

 Ahad, 11 September 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Petang, wak sudah berlarian ke dataran Monas.
Wak pesan GrabBike sahaja.
Bro NAZiri dan ASYrul sudah tiba disana.

Punyalah jauh mahu ke pintu membeli tiket.
Tapi kami tidak masuk ke dalam tugu yg ada muzium.
Disebabkan masa yg tidak mengizinkan.

Mungkin wak akan ulang datang kembali.
Aminn ya robbal alamien.

Ooh.
Kelmarin wak sudah beli kasut jalan2 di pasar Tanah Abang.
Haruslah memecah dara hari ini kann.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 11, 2022

ESOK WAK SUDAH PULANG KE GAGANG

Radio Dalam Pondok Indah @2022

 Ahad, 11 September  2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa,  Indonesia.

Pagi2 sudah berlarian ke hotel di Blok M itu.
Sebab mahu makan sarapan hotel yg percuma.

Ooh.
Jangan salah faham.
Disini percuma dipanggil gratis.
Kalau percuma maksudnya sia-sia atau tidak berfaedah.

Selepas itu berlarian naik Grabcar ke Jalan Palmerah Barat.
Untuk membeli kue lapis legit Anggerik yg sedap itu juga.

Dan pulang ke hotel semula naik Grabcar.
Lepak2 santai sebentar di kafe Starbucks.
Sambil wak buat satu video tiktok yg pendek.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


HARD ROCK CAFE LAGI DAN LAGI

Ordering GrabBike  from the kost @2022

 Sabtu malam Ahad, 10 September  2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Seharian tadi kan sudah membeli belah  di pasar Tanah Abang.

Esok Mgr EIN akan pulang ke gagang.
Wak akan pulang lusa pula.
Haruslah malam ini kita berjimba2.
Boleh kann. Khanns.

Jadi, malam ini wak pun berlarian lagi ke gedung Pacific Place mall.
Dengan rakan2 sekantoran.

Wak tersilap membuat tempat meja makan di restoran sebelah.
Sebenarnya boleh saja duduk di meja makan diluar kafe HRC.
Kami pesan fish and chips.
Air minuman mango berrys gitu.

Ehh.
Ada orang bilang.
"Adeh... sikit nau letak gambar... letak a banyak sikit," komennya kelmarin.
Maka terimalahhh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.