Sep 13, 2022

NASI LEMAK HATRICK

Saudagar Nanas Kajang @2022

 Selasa, 13 September 2022.

Pagi2 sudah ke kebun nanas kepunyaan Saudagar Nanas Kajang itu.
Wak pesan nasi lemak telur mata, lempeng kelapa 2 keping.
Dan tidak lupa telur setengah masak dan teh o panas kurang manis.

Tiga kali berturut2 wak makan nasi lemak dari semalam.
Semalam petang nasi lemak Old Town White Coffee di bandara Jakarta.
Lepas itu, dipaksa makan nasi lemak pak Nasser didalam pesawat.
Pagi ini menyempurnakan hatrick dengan menjamah nasi lemak kebun nanas Saudagar pula.

Selepas itu berlarian ke Sungai Chua.
Tiba2 ada makcik Indon yg mengendong anak yg sedang tidur.
Minta tolong untuk pesankan Grabcar.
Makcik mahu ke Metro Kajang mall katanya.

Tengahari tiba2 mgr EIN panggil wak ke pejabat potong rumput di Cyberjaya.
Janji pukul 2 petang.
Ingatlah lama lagi.
Rupa2nya wak masih guna jam Indon di laptop pula.
Aiyahh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 12, 2022

BON VOYAGE JAKARTA

Soekarno-Hatta International Airport Sunset @2022

 Isnin, 12 September 2022.

Hari ini hari mengemas untuk terbang pulang ke gagang.

Sarapan di gerai kereta sorong berdekatan kost.
Wak pesan sate ayam dan lontong.
Air kelapa manis potong kaki.

Jam 9am dipaksa sertai mesyuarat tingkap dari kost sahaja.

Tengahari sudah mula memesan Grabcar ke bandara.
Timbang beg besar seberat 27.5kg.
Siap balut guna plastik, 60rb (rm18).
Tidak perlu beli mangga dan kunci kecil.

Singgah di restoran Old Town White Coffee.
Wak pesan nasi lemak ayam goreng dan es lemon tea.
Total keganasan ialah 130rb (rm40).

Senja sudah berangkat ke tanahair.
Didalam pesawat dapat makan nasi lemak pak Nasser lagi.
Tiba di tanahair dengan selamat.

Movie lalat.
Loving Adults 2022 Denmark. Pilihan meletakkan lelaki botak itu sebagai suami yang menipu adalah penghinaan bagi penonton wanita. Tidak ada wanita yang mahu melihat seorang lelaki botak yang curang dan ada hubungan sulit. Harus meletakkan pelakon yg kacak hensem dan bermutu tinggi untuk cucian mata wanita lebih menarik. IMDb 6.4/10

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KATANYA CINTANYA SETEGUH TUGU MONAS MERINDING BULU ROMAKU

Monumen Nasional (Monas) Jakarta @2022

 Ahad, 11 September 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Petang, wak sudah berlarian ke dataran Monas.
Wak pesan GrabBike sahaja.
Bro NAZiri dan ASYrul sudah tiba disana.

Punyalah jauh mahu ke pintu membeli tiket.
Tapi kami tidak masuk ke dalam tugu yg ada muzium.
Disebabkan masa yg tidak mengizinkan.

Mungkin wak akan ulang datang kembali.
Aminn ya robbal alamien.

Ooh.
Kelmarin wak sudah beli kasut jalan2 di pasar Tanah Abang.
Haruslah memecah dara hari ini kann.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 11, 2022

ESOK WAK SUDAH PULANG KE GAGANG

Radio Dalam Pondok Indah @2022

 Ahad, 11 September  2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa,  Indonesia.

Pagi2 sudah berlarian ke hotel di Blok M itu.
Sebab mahu makan sarapan hotel yg percuma.

Ooh.
Jangan salah faham.
Disini percuma dipanggil gratis.
Kalau percuma maksudnya sia-sia atau tidak berfaedah.

Selepas itu berlarian naik Grabcar ke Jalan Palmerah Barat.
Untuk membeli kue lapis legit Anggerik yg sedap itu juga.

Dan pulang ke hotel semula naik Grabcar.
Lepak2 santai sebentar di kafe Starbucks.
Sambil wak buat satu video tiktok yg pendek.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


HARD ROCK CAFE LAGI DAN LAGI

Ordering GrabBike  from the kost @2022

 Sabtu malam Ahad, 10 September  2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Seharian tadi kan sudah membeli belah  di pasar Tanah Abang.

Esok Mgr EIN akan pulang ke gagang.
Wak akan pulang lusa pula.
Haruslah malam ini kita berjimba2.
Boleh kann. Khanns.

Jadi, malam ini wak pun berlarian lagi ke gedung Pacific Place mall.
Dengan rakan2 sekantoran.

Wak tersilap membuat tempat meja makan di restoran sebelah.
Sebenarnya boleh saja duduk di meja makan diluar kafe HRC.
Kami pesan fish and chips.
Air minuman mango berrys gitu.

Ehh.
Ada orang bilang.
"Adeh... sikit nau letak gambar... letak a banyak sikit," komennya kelmarin.
Maka terimalahhh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Sep 10, 2022

PASAR TANAH ABANG LAGI DAN LAGI

On the way to Neo Hotel Blok M @2022

 Sabtu, 10 September 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi2 sudah berlarian ke Blok M.
Sarapan di kafe hotel.

Keluarkan uang di mesin ATM tarik tunai.
Tidak semua mesin ATM boleh keluarkan uang melebihi 1,000,000 rupiah.
Cuma mesin CIMB di lantai 5 dalam Plaza Blok M sahaja.

Selepas itu naik MRT langsung ke Bendungan Hilir.
Tunggu bas angkutan JAK30A yg tidak kesampaian.
Disebabkan tiada bus stop disitu.

Terpaksa ambil Grabcar langsung ke pasar Tanah Abang.
Boleh pula pak supir paksa2 suruh turun sebelum tiba di pintu Blok A.
Ini adalah kali ketiga wak sampai di pasar Tanah Abang.
Tapi mencari pintu keluar dan toko2 jualan pun masih huru-hara.

Tengahari makan nasi di warung makan depan Blok B.
Solat zohor  disitu dalam musholla kecil bercampur pria dan wanita.

Wak pesan tuktuk roda tiga ke stasiun MRT Dukuh Atas BNI.
Dan naik MRT menuju Blok M.
Wak turun di stasiun Senayan.
Pesan GrabBike langsung ke kost.

Blog  bukanlah hakmilik kekal.

Sep 9, 2022

NASI PADANG SAJANAH & SALMON PEPPER LUNCH

At Jalan Trunojaya and Pattimura @2022

 Jumaat, 9 September 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Tengahari wak sudah berlarian ke restoran nasi padang Sahaja.
Dengan rakan2 sekantoran.
Ini adalah kali pertama wak mencuba nasi padang didalam restoran.

Selepas itu berlarian pula ke mesjid berdekatan.
Mesjid yg kecil dan dipenuhi para jemaah.
Alhamdulillah.

Petang mahu pulang tapi hujan lebat pula.
Beberapa kali panggilan Grabcar dibatalkan dan terbatal.
Semata2 mahu ke Plaza Blok M yg sepelaung sahaja itu.
Sempat solat maghrib di surau sementara tunggu Grabcar tiba.

Di Plaza Blok M, makan di restoran jepun - Pepper Lunch.
Wak pesan set ikan salmon.
Nasib baik sedap.

Mahu pulang ke kost agak mencabar.
Tapi pesanan GrabBike wak tidak dibatal dan terbatal.
Kena pastikan mamat rider motor GrabBike tiba.
Walaupun terpaksa tunggu 18 menit.
Pakai baju hujan sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Sep 8, 2022

PERBEDAAN ANTARA KEBUTUHAN DAN KEPERLUAN ADALAH

Outside POLRI headquarter @2022

 Khamis malam Jumaat, 8 September 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

MY LAUNDRY LATE DELIVERY

Tadi malam sepatutnya pakaian laundry cucian wak sudah dipulangkan.
Tapi sampai ke pagi tidak kelihatan pula.
Aisehh, spender ngam2 sahaja tinggal sehelai.
Wak sudah beritahu ka MIEla.

Tadi pagi ketika mahu berangkat ke kantor.
Adalah ka MIEla di luar kost.
Hujan gerimis pun masih turun.
ZULhilmi dan kuJAI sudah berada di luar juga.
ZULhilmi sudah pesan Grabcar.
Nampaknya wak kena join sekaki naik Grabcar.

Tiba2 ka MIEla periksa dalam pondok jaga.
Ada pula pakaian laundry cucian wak itu.
Bengang kann.

ES MERAH DELIMA

Semalam wak dgn Mgr AYU sudah makan tengahari di restoran Sate Senayan.
Tengahari ini pun Mgr AYU mahu kesana lagi.
Dengan ASYrul dan RAZman.
Bro NAZiri demam pula hari ini.

Disebabkan wak sudah sarapan pagi agak berat.
Jadi wak pesan es merah delima sahaja.

GOING HOME LATE TODAY

Petang ini wak pulang dari kantor agak lambat.
Solat maghrib dahulu.

BUTUH DAN PERLU

Ooh.
Sebenarnya wak jarang cerita pasal kerja dalam blog merapu wak ini.
Memang wak pun malas mahu cerita urusan kantor potong rumput.
Tapi pagi tadi semasa mesyuarat di lantai 5.
Mesyuarat dgn 2 orang owner kapal (orang Indonesia).
Tiba2 pak agONG yg suara agak kasar duduk disebelah mgr EIN bertempik.
Beliau keluarkan perkataan "bu*tuh" di depan mgr EIN.
Dan ditegur oleh rakan beliau, pak aGUS, "pak jangan, sebut PERLU."
Sebagai seorang gadis Melayu (Malaysia) terakhir, punyalah terkejut mgr AYU.
"Astaghfirullah alazim, " mgr AYU mengucap.
Wak tengok muka mgr AYU sudah pucat dan merah padam.
Nasib baik tidak pengsan dan pitam di situ.
"Saya harus pergi ke Malaysia untuk asimilasikan bahasa Malaysia saya," kata pak agONG dengan kekesalan bila menyadari perkataannya yg tidak sedap didengar oleh kita tadi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 7, 2022

INSTEAD OF BEEF ORIGINAL BENTO

Singkong gorengan @2022

Rabu, 7 September  2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi2 sudah berlarian ke kantor.
Jalan kaki sahaja.
Beli singkong gorengan dan bakwan ditefian jalan.
Singgah di kantin PLN bersarapan.

Tiba di kantor wak letakkan lebihan singkong (ubi kayu) gorengan tadi.
Rupanya pak riCKY pun ada beli singkong (ubi kayu) gorengan juga.
Jadi banyaklah singkongan gorengan atas meja itu.

Tengahari keluar makan juga di Plaza Blok M.
Rakan2 bawa ke kedai makanan Korea.
Wak pesan nasi goreng seafood sahaja.
Teh panas tawar.

Petang singgah lagi di Plaza Blok M.
Kali ini wak ke kedai makanan Jepun pula.
Wak pesan set Gokana beef.

Kamus lalat.
Singkong = ubi kayu

Blog bukanlah hakmilik kekal.

AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON

  PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...