Rabu, 24 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Pagi2 wak berjalan kaki sahaja ke kantor. Alone matcham biasa.
Singgah bersarapan tauhu sumbat gorengan di kantin PLN itu.
Tengahari keluar makan siang dengan rakan2 yg baru tiba dari KL. Kami pesan nasi ayam penyet sahaja. Dan es teh manis.
Petang usai kerja potong rumput. Mula2 mahu sertai rakan2 wak beli simcard baharu. Tapi ada kawan2 yg bawa mereka ke Gandaria Mall. Disitu terletak pusat telco myXL.
Dan wak naik GrabBike kemudian.
Dua orang rakan2 mahu potong talian telco sebab mahu pulang ke gagang. Tiga orang rakan2 yg baharu sampai semalam mahu beli simcard yg baharu. Kontrak 2 bulan 12GB sebanyak rm43 sahaja.
Wak pun tukar simcard yg wak beli di Batam. Dari ha-pe lama ke ha-pe baharu. Gigih juga cewek Indonn melayan.
Cewek ludah sana ludah sini. Setengah jam siap. "Gratis wak, " kata awek itu dengan mesra. Wak senyum sahaja padanya. Dan dia pun membalas senyuman wak.
Ahad, 21 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Satu hari tadi mencari kedai menjual nasi lemak di tengah bandaraya. Maklumat dari pakcik google pun tidak dikemaskini. Banyak yg sudah ditutup akibat pandemik. Mahu cari yg lain2 pun agak kejauhan.
Kawasan2 yg diterokai tadi. Iaitu di Senayan, Gajah Mada dan Kota Tua.
Dalam FX Sudirmanmall tadi. Kelaparan disebabkan tidak makan sarapan pagi. Wak pesan Beef Curry Rice dengan teh hijau. Lupa mahu ambil foto makanan.
Ditengahari yg panas lit-lit tadi. Mahu mencari es teler pun tidak kecapaian. Minum es kelapa muda (10rb, rm3) sahaja.
Khamis, 18 Agustus 2022. Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Tengahari sudah sertai rakan2 berlarian ke Blok M Plazamall. Ingatkan mereka mahu masuk kedalam. Tapi makan warung di luar mall sahaja..
Wak pesan nasi ayam penyet. Tambah tempe dan tauhu goreng. Dan teh panas tawar (total 26rb, rm7.83).
Petang tiba2 wak mahu jalan2 dan tonton wayang gambar. Wak berlarian ke stasiun MRT Asean. Wak turun di stasiun paling hujung bernama Lebak Bulus Grab.
Wak pesan GrabBike menuju Mal Cinere. Boleh pula ada dua mall berdekatan. Satu lagi bernama Cinere Bellevuemall.
Solat maghrib dan Isyak dalam Mal Cinere.
Bila tengok senarai wayang gambar malam ini. Tiada yg menimbulkan minat. Pengabdi Setan 2 Communion & 12 Cerita Glen Anggara.
Jadi wak pun pindah ke Cinere Bellevue Mall. Wak pun tonton wayang Fall 2022 jam 8.50pm.
Habis wayang pun sudah 11.00pm. Mahu keluar dari mall pun agak mencabar. Rupanya pintu utama pun memang terbuka luas dalam kegelapan malam.
Mula2 wak pesan Grabcar. Kedua2 Grabcar jauh dan tidak kesampaian. Wak batalkan pesanan.
Kemudian wak pesan GrabBike pula. Secepat kilat diterima. Tapi pak supir agak lambat pemanduan motornya. Aduhai, memang menguji kesabaran. "Takut risiko ditabrak lah wak," kata pak supir bila tiba di kost.
Bila tiba di kost, pintu depan sudah di kunci. Tidak boleh dibuka pula kerana guna cap jari. Mula2 wak telefon bro kuJAI - dia pun tidak boleh buat apa2. Diberinya nombor kak MILa - tapi dia berada di luar kawasan. Wak ketuk2 juga pintu utama dan pintu sisi. Tiba2 ada bapak pembantu ini keluar. Kecoh juga dibuatnya. Akhirnya dia masuk ikut bilik kak MILa di belakang sono. Dan berjaya membuka pintu depan dari dalam rumah.