Aug 25, 2022

THIS IS MY FIRST POST AFTER DISASTER

Assalamualaikum.
Olehkerana masalah teknikal.
Wak sambung blog disini.

25 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

DONT BE LIKE THE REST OF THEM DARLING

Arts display on the wall @2022

 Rabu, 24 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi2 wak berjalan kaki sahaja ke kantor.
Alone matcham biasa.

Singgah bersarapan tauhu sumbat gorengan di kantin PLN itu.

Tengahari keluar makan siang dengan rakan2 yg baru tiba dari KL.
Kami pesan nasi ayam penyet sahaja.
Dan es teh manis.

Petang usai kerja potong rumput.
Mula2 mahu sertai rakan2 wak beli simcard baharu.
Tapi ada kawan2 yg bawa mereka ke Gandaria Mall.
Disitu terletak pusat telco myXL.

Dan wak naik GrabBike kemudian.

Dua orang rakan2 mahu potong talian telco sebab mahu pulang ke gagang.
Tiga orang rakan2 yg baharu sampai semalam mahu beli simcard yg baharu.
Kontrak 2 bulan 12GB sebanyak rm43 sahaja.

Wak pun tukar simcard yg wak beli di Batam.
Dari ha-pe lama ke ha-pe baharu.
Gigih juga cewek Indonn melayan.

Cewek ludah sana ludah sini.
Setengah jam siap.
"Gratis wak, " kata awek itu dengan mesra.
Wak senyum sahaja padanya.
Dan dia pun membalas senyuman wak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 24, 2022

BLOGGER DOWN? CURRENT STATUS AND PROBLEM

 Rabu, 24 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Entah siapa yg salah?
Aku tak tahu.

Sejak dari semalam blog wak yg ini mengalami masalah pula.

Harap bersabar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 23, 2022

NASI LEMAK ORIGINAL DI JAKARTA

Nasi Lemak at Papparich, Lippo Mall Kemang @2022

 Selasa, 23 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Wak kalau sudah punya tujuan suka terjah2 sahaja.
Begitulah pagi2 tadi sudah keluar mahu ke bandaraya.
Alone matcham biasa.

Aug 22, 2022

WFH TODAY

One of the big trees @2022

Isnin, 22 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Tadi malam sudah dimaklumkan.
Ada 3 pekerja di kantor yg positif covid.
Jadi, bosskur sudah beri arahan untuk WFH hari ini.

CABARAN MENCARI NASI LEMAK DI JAKARTA PUSAT

 

Statue of reading book at Harmoni bus halte @2022

 Ahad, 21 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Satu hari tadi mencari kedai menjual nasi lemak di tengah bandaraya.
Maklumat dari pakcik google pun tidak dikemaskini.
Banyak yg sudah ditutup akibat pandemik.
Mahu cari yg lain2 pun agak kejauhan.

Kawasan2 yg diterokai tadi.
Iaitu di Senayan, Gajah Mada dan Kota Tua.

Dalam FX Sudirman mall tadi.
Kelaparan disebabkan tidak makan sarapan pagi.
Wak pesan Beef Curry Rice dengan teh hijau.
Lupa mahu ambil foto makanan.

Ditengahari yg panas lit-lit tadi.
Mahu mencari es teler pun tidak kecapaian.
Minum es kelapa muda (10rb, rm3) sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 20, 2022

PENGALAMAN NAIK BIS KE TANJUNG PRIOK

Senayan pedestrian bridge @2022

 Sabtu, 20 Agustus  2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi tadi wak sudah bersiap mahu keluar kost.
Lihat rakan2 sekost dan senegara sudah warm-up mahu berjogging.

Aug 19, 2022

KOK PAKAI BATIK? ATURAN KANTOR YA?

Wearing Batam batik on Fridays @2022

Jumaat, 19 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Tengahari bersolat jumaat di masjid dalam PLN itu.
Sebelum solat, makan nasi ayam penyet dahulu (20rb, rm6).

Selain daripada tugasan potong rumput dikantor.
Tiada yg menarik berlaku sangat hari ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MAKAN SIANG DEPAN BLOK M PLAZA

Lunch out @2022

Khamis, 18 Agustus 2022.
Jakarta Selatan,  Pulau Jawa, Indonesia.

Tengahari sudah sertai rakan2 berlarian ke Blok M Plaza mall.
Ingatkan mereka mahu masuk kedalam.
Tapi makan warung di luar mall sahaja..


Wak pesan nasi ayam penyet.
Tambah tempe dan tauhu goreng.
Dan teh panas tawar (total 26rb, rm7.83).

Petang tiba2 wak mahu jalan2 dan tonton wayang gambar.
Wak berlarian ke stasiun MRT Asean.
Wak turun di stasiun paling hujung bernama Lebak Bulus Grab.

Wak pesan GrabBike menuju Mal Cinere.
Boleh pula ada dua mall berdekatan.
Satu lagi bernama Cinere Bellevue mall.

Solat maghrib dan Isyak dalam Mal Cinere.

Bila tengok senarai wayang gambar malam ini.
Tiada yg menimbulkan minat.
Pengabdi Setan 2 Communion & 12 Cerita Glen Anggara.

Jadi wak pun pindah ke Cinere Bellevue Mall.
Wak pun tonton wayang Fall 2022 jam 8.50pm.

Habis wayang pun sudah 11.00pm.
Mahu keluar dari mall pun agak mencabar.
Rupanya pintu utama pun memang terbuka luas dalam kegelapan malam.

Mula2 wak pesan Grabcar.
Kedua2 Grabcar jauh dan tidak kesampaian.
Wak batalkan pesanan.

Kemudian wak pesan GrabBike pula.
Secepat kilat diterima.
Tapi pak supir agak lambat pemanduan motornya.
Aduhai, memang menguji kesabaran.
"Takut risiko ditabrak lah wak," kata pak supir bila tiba di kost.

Bila tiba di kost, pintu depan sudah di kunci.
Tidak boleh dibuka pula kerana guna cap jari.
Mula2 wak telefon bro kuJAI - dia pun tidak boleh buat apa2.
Diberinya nombor kak MILa - tapi dia berada di luar kawasan.
Wak ketuk2 juga pintu utama dan pintu sisi.
Tiba2 ada bapak pembantu ini keluar.
Kecoh juga dibuatnya.
Akhirnya dia masuk ikut bilik kak MILa di belakang sono.
Dan berjaya membuka pintu depan dari dalam rumah.

Ooh.
Malam ini malam jumaat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Aug 18, 2022

MENIKMATI SORE DI PELATARAN SARINAH

Patung Pemuda Membangun @2022

 Rabu, 17 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Petang.
Hujan masih mencurah2 sehingga jam 17.00 (5ptg).

Wak pesan GrabBike sehingga stasiun MRT Istora Mandiri (14rb, rm4.20).
Dan terus naik tren sehingga stasiun akhir Bundaran HI (sebutan Ha-Ee).

Aug 17, 2022

HARI KEMERDEKAAN REPUBLIK INDONESIA

DIY office table just arrived @2022

 Rabu, 17 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi2 tadi seperti biasa wak bangun awal.
Berkemas untuk pergi kerja.
Bila buka pintu kost diluar ada bro hisHAM mahu memulai jogging.

"Ehh, wak harini kan cuti," tegur bro hisHAM.
Wak ingatkan esok cuti hari merdeka.
Nasib baik ada bro hisHAM diluar.
Kalau tidak mesti wak sudah berlarian ke kantor seorang diri.

Tengahari tuan rumah kost (pengurusan) ada jamuan makan2.

Blog bukanlah hakmilik kekal.









THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.