Aug 14, 2022

PLEASE LAH WAK YOU ARE NOT A TROUBLEMAKER

Eiger Tropical Adventure, Cihampelas, Bandung @2022

 Sabtu, 13 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Entri ini ditulis ketika wak sudah pun sampai di kost Jakarta.
Angger wak ora lali.
Takkan nk tunggu bertahun2 baru nk updet kann. Cikkak khannnns. ;p


Entri2 sebelum ini ...
1 - Train to Bandung
2 - Kawah Putih Here I Come
3 - Suspension Bridge Renggenis & Pinisi Resto

Jam 4.12pm, dari restoran Pinisi, kami terus pulang ke bandar Bandung.
Jam 6.30pm, sudah tiba di bandar. Berjalan2 di tepian bandar.
Jam 6.55pm, pergi ke kedai Eiger Adventure. Sejam juga disini. Tapi wak beli apa2 pun.

Jam 8.23pm, tiba di Badjoeri Ethnic Wooden homestay. Ada kekalutan juga disini. Team ini sudah memesan bilik utk 3 orang. Tapi kelmarin wak diberitahu ada 2 katil besar. Yg nyata, cuma 1 katil besar dan 1 kecil bujang. Disebabkan wak sertai mereka lambat, jadi wak kenalah duduk di bilik lain seorang diri (400k, rm121). Kann. Takkan nk spoilkan dorg punye mood holiday kann.
Jam 9.23pm, makan malam.

Rehat dan tidur.
Alhamdulillah - yg penting tiada gangguan mistik di homestay yg banyak patung2 dan barang2 antik ini.

Pagi2 Ahad wak sarapan dahulu.
Jam 9.30am daftar keluar dan wak bayar tunai untuk bilik tambahan itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 13, 2022

SUSPENSION BRIDGE RENGGANIS & PINISI RESTO

Rengganis Suspension Bridge is claimed to be the longest suspension bridge in Southeast Asia.
This suspension bridge stretches for 370 meters, with a height of 75 meters.

 Sabtu, 13 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Entri ini ditulis ketika wak sudah pun sampai di kost Jakarta.
Angger wak ora lali.
Takkan nk tunggu bertahun2 baru nk updet kann. Cikkak khannnns. ;p

Sambungan dari Kawah  Putih Ciwidey.
Terus pak supir bawa ke jambatan tergantung Suspension  Bridge Rengganis.
Rengganis Suspension Bridge diklaim oleh Indonesia sebagai jembatan gantung terpanjang di Asia Tenggara.
Jembatan gantung ini membentang sepanjang 370 meter, dengan ketinggian 75 meter.

Dihujung jembatan ada kawah gunung berapi juga.
Patah balik dari jembatan ada restoran untuk lepak2  dan minum air teh gratis.

Dari jembatan Rengganis terus ke restoran Pinisi.
Bentuk restoran seperti kapal yg besar yg sedang terapung.
Disini ada juga jembatan terapung, tetapi pendek.
Makan siang disini.

Dari Pinisi Resto ini terus pulang ke bandar Bandung sejauh 2 jam.

To be continued ... [+ next]

KAWAH PUTIH HERE I COME

White Crater Lake (Danau Kawah Putih) @2022

 Sabtu, 13 Agustus 2022.
Jawa Barat, Indonesia.

Sambungan dari  entri - Train to Bandung.

Entri ini ditulis ketika wak sudah pun sampai di kost Jakarta.
Angger wak ora lali.
Takkan nk tunggu bertahun2 baru nk updet kann. Cikkak khannnns. ;p

Jam 8.40am sudah dalam perjalanan ke Ciwidey.
Jam 10.03am tiba di pintu bawah taman wisata Kawah Putih. Perjalanan ke kawah putih sejauh 5km.
Jam 10.37am tiba pintu masuk ke Kawah Putih.

Kenapa disebut Kawah Putih?
Sesuai dengan namanya, tanah yang ada di kawasan ini berwarna 
putih akibat dari pencampuran unsur belerang. Selain tanahnya yang berwarna putih, air danau kawasan Kawah Putih juga mempunyai warna yang putih kehijauan dan dapat berubah warna sesuai dengan kadar belerang yang terkandung, suhu, dan cuaca.

Situasi di kawah ini tidaklah seteruk yg wak sangkakan.
Adalah bau sulfur itu seperti bau kentut sahaja.
Dan ada saranan untuk tidak kekal lama disitu.
Paling lama pun 15 hingga 30 minit sahaja.

Jam 11.03am - Team A tiba bila kami sudah lama berada di tengah Kawah Putih.
Jam 11.20am - mula beransur ke parkir.
Jam 12.05am - tiba di pintu bawah taman wisata tadi.

Teruskan perjalanan ke Suspension Bridge Rengganis, Patengan, Rancabalin, Bandung, Jawa Barat.

To be continued ... [+ next]


TRAIN TO BANDUNG

The real Bandung Railway Station @2022

 Sabtu, 13 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Team A sudah bertolak ke Bandung malam tadi.
Team B yg wak sertai akan berangkat pagi subuh sepiee ini.

Jam 2.30am - sudah pasang alat penggera untuk bangun pagi.
Jam 3.30am - sudah bersedia di luar pintu kost.
Jam 4.02am - tiba di stasiun Gambir menaiki Grabcar.

Jam 4.55am - keretapi bertolak ke Bandung.

Mula2 wak duduk disebelah pak Arab. Nampak dia bersolat duduk atas kerusi itu. Tapi wak yakin ada musholla didalam keretapi. Kemudian wak tukar tempat duduk dibelakang yg kosong, yakni disebelah tingkap.

Jam 5.15am - solat subuh. Nota - masuk waktu Subuh tadi jam 4.45am, yakni 10 minit sebelum keretapi bertolak.

Jam 7.45am - hampir 3 jam kemudian, tiba di stasiun Cimahi, kekalutan berlaku juga disini. Walaupun wak dengar pemberitahuan akan tiba di stasiun itu, tapi bila tiba disitu, tiadalah pelantar keretapi. Dalam kekalutan itu, rakan2 wak bertiga sudah tergesa2 melompat turun ke bawah landasan. Wak tidak sempat terjun disebabkan keretapi sudah bergerak.

Jam 7.52am - sepuluh minit kemudian tiba di stesen akhir, yakni stasiun Bandung. Wak tunggu rakan2 wak menaiki kereta sewa dengan supir sekali.

Jam 8.24am - menaiki kereta sewa langsung berlarian ke Kawah Putih, Ciwidey. Perjalanan sejauh sejam setengah ke pintu masuk dibawah. Dan tambahan setengah jam untuk mendaki hingga ke puncak gunung berapi yg terletaknya kawah itu.

To be continued ... [+ Kawah Putih Ciwidey]






Tiktok video lalat:

Aug 12, 2022

SINGKONG GORENG

Singkong goreng @2022
Jumaat,  12 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi terjaga awal pula jam 3.33am.
Usai buat ibadat sedikit, terkebil2 sehingga ke subuh.

Pergi kerja lambat sedikit pagi tadi.
Singgah beli 4 ketul singkong (ubi) goreng dan 4 ketul keledek goreng.
5rb 4 ketul, jd kesemuanya 10rb (rm3) sahaja.

Tengahari bersolat jumat di masjid PLN.
Dan makan nasi ayam penyet (23rb, rm7) sebelum solat.
Tapi hari ini diwajibkan pakai masker pula.
Wak pun beli di kedai koperasi (10rb, rm3) utk 5 lai.
Padahal, mereka sudah sediakan masker dipintu masjid.

Ooh.
Pasal khutbah solat jumat tadi.
Khatib tidak guna teks.
Tapi suara yg lantang - mmg tak bagi chance wak nk terlelap.
Bahawa kita hidup gara2 dunia yg memporak perandakan kehidupan sendiri.
Kisah nabi Adam yg memakan buah khuldi dan dibuang ke dunia.
Dan pak khatib membiaskan tentang kisah tembak menembak yg sedang viral skrg ni pun pasal dunia.
Pak khatib tidak sebutkan pula nabi Adam dan kisah tembak menembak itu gara2 perempuan.
Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

RUMAH BARU BERBALOI DI BERNAM JAYA SELANGOR 2025

  RUMAH BAHARU 1 TINGKAT, Bernam Jaya, Full Loan RM250K PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI BERNAM JAYA, SELANGOR. TERES 1 TINGKAT (Jenis A ) Kelua...