Aug 5, 2022

HARI JUMAAT KLIWON

 

Graffiti by the roadside @2022
Jumaat, 5 Agustus 2022.
Jaksel, Indonesia.

Pagi tadi wak berjalan kaki ke kantor potong rumput seperti biasa.
Singgah beli singkong goreng dan tempe goreng di tefian longkang, 10k (RM3).

Tengahari bersolat jumaat di masjid al Manar PLN.
Pekena nasi ayam penyet di kantin dahulu.

Aug 4, 2022

KHAMIS MALAM JUMAAT YANG MENGAH

My cleaned laundry using express service @2022

 Khamis, 4 Agustus 2022.
Jakarta Selatan,  Indonesia.

SENDU DI HARI RABU

 

On Jalan  Hang Tuah this morning @2022

 Rabu, 3 Agustus 2022.
Jaksel, Indonesia.

Pagi2 sudah berlarian naik Grabcar ke kantor potong rumput.
Pertama kali tiba di kantor masih terkunci.
Jam 7.03am baru terhegeh2 mamat office boy datang buka pintu.

Tengahari wak ikut pergi makan nasi ayam penyet.
Minum es teh manis jadi semuanya makan siang 23k, RM6.88.

Singgah di kedai mudah dan senang Indomaret.
Tiada pula stok roti gardenia itu.
Wak beli nanas potong sahaja, 12k, RM3.40.
Dapatlah diskon seribu rupiah kerana cewek kaunter nggak ada uang rencehan.
Pulang ke kantor sempat lagi noon nap.

Petang dari kantor potong rumput.
Wak terus pulang ke kost.
Tidak singgah mana2.

Cuma di dalam kamar kost.
Wak buat kerja potong rumput sedikit.

Lagu lalat.
Sendu di Hari Rabu nyanyian kumpulan T-Band.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 2, 2022

SELASA ADAKAH HARI SIAL

Pedestrian bridge near  POLRI  @2022

  
Selasa, 2 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi wak keluar dari rumah jam 6.30am.
Kelihatan sunyi sahaja di luar bangku kost.

6.45am wak terus berjalan kaki ke kantor potong rumput.
Singgah di kantin PLN.
Rupanya mereka sudah sampai duluan.

Nota lalat lain.
Terjumpa portal pasal hari sial.
Hari Sial adalah sebutan bagi seseorang yang selalu tidak beruntung bila melakukan sesuatu pada hari tersebut.
Dalam agama Islam tidak ada hari Sial sebenarnya. 

Petang tadi dari kantor potong rumput.
Wak langsung ke Blok M Plaza mall.
Singgah makan ayam KFC dengan nasi.

Selepas itu, masuk ke pasaraya Farmers Family.
Beli buah2an, barang2 bilik mandi, dll.
Jumlah perbelanjaan ialah 293,773 rupiah (RM87).

Balik rumah dengan Grabcar (23k, RM7).

Blog  bukanlah hakmilik kekal.




Aug 1, 2022

KEMBALI PADA HARI SENIN

On Jalan  Kyai Maja @2022
Isnin, 1 Ogos 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi2 tadi wak panaskan  roti  prata frozen yg wak beli kelmarin.
Pinjam kuali tak melekat dari mat aNAS.
Semalam wak sudah pesan mentega pada aNAS.
Tapi wak keliru dengan marjerin pula.
"Mentega utk T20, margerin B40," lawaknya dalam whatsapp group.

BUNDARAN HI DURING BLUE HOUR

GrabBike rider is coming @2022

 Ahad, 31 Julai 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Usai solat asar di kost.
Wak pun panggil mamat GrabBike.
Naik scooter langsung ke stasiun MRT Istora (16k = RM4.80).

Mamat tidak berapa tahu jalan di sini.
Sebab dia asli orang Jaktim (Jakarta Timur).
Membebel juga wak pasal dia tidak pakai chantolan ha-pe di pemegang motor spedanya.
Bahaya juga sebab asyik2 pegang ha-pe dan letak dan pegang lagi.

Dibalas juga jawapan dia, sebab yg pake chantolan itu semua orang muda2, wak.

Jul 31, 2022

AHAD DISEBUT HARI MINGGU

Dogs are not allowed to shit here @2022

 Ahad, 31 Julai 2022.
Jakarta, Indonesia.

Pagi tadi wak sudah berlarian ke Pacific Place mall.
Jarak perjalanan kaki ialah 2.4 kilometer dalamasa 40 minit.

Selepas melawat kedai Hard Rock Cafe.
Wak cadang mahu berlarian lagi ke Bundaran HI (disebut ha-ee).
Tapi harapkan bateri ha-pe, bateri pun takleh diharap. Huhu.

SATURDAY IS NOT A VALID SCRABBLE WORD

Pantai Indah, Ancol Jakarta @2022

 Sabtu, 30 Julai 2022.
Indonesia, Jakarta.

Pagi tadi sudah kelaparan.
Rasa mahu makan indomie di dapur.
Tapi ada rakan aNAS suruh panaskan roti canai Malaysia guna mentega.
Sedap dan rangup juga.

Jul 30, 2022

ISTORA GELORA BUNG KARNO

Walking into MRT station, Asean @2022

 Jumaat, 29 Julai 2022.
Jakarta, Indonesia.

Petang dari kantor potong rumput.
Wak pun berlarian naik MRT dari stesen Asean ke Istoria Mandiri.
Ini adalah pengalaman pertama kali wak naik MRT di Jakarta.
Cuma 2 stesen dan tiket harga hanyalah 4k (RM1.20).
Cuma mula2 kena beli kartu tiket berjumlah 55k (RM16.50) meninggalkan baki 30k (RM9).

Dari stesen Istoria Mandiri kenalah berjalan kaki memasuki stadium yg luas semedang.
Ramainya orang  ramai didalam stadium, ehh sebenarnya diluar stadium.

Pulang ke kost wak naik semula tren MRT.
Dari stesen Istoria Mandiri tadi dan turun di stesen Senayan.
Jalan kaki sejauh 1.4 kilometer.
Sampai dirumah kost pun terasa patah kaki sebab sudah lama tidak berjalan kaki.

Terasa lapar pula, wak pesan piza atas talian guna Grabfood.
Boleh kann?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

This is Jakarta near MRT station, Istoria @2022
Cityline view from the stadium @2022
Coconut payau after rounding the stadium @2022
Pedestrian bridge at Istoria MRT station @2022

Jul 29, 2022

WORKING IN JAKARTA DAY 5

 

Jalan Purnawarman, Jakarta @2022

 Jumaat, 29 Julai 2022.

Pagi tadi sudah hantar baju dan pakaian kotor ke kak miELA untuk dicuci.

Dan wak berjalan kaki ke kantor dgn kuJAI dan hisHAM.
Singgah di kantin PLN (aka TNB) untuk bersarapan tempe dan pisang goreng.

Tengahari berjalan kaki ke kantin PLN lagi.
Wak pesan nasi ayam penyet dan air putih.

Masjid untuk bersolat jumat pun dekat sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Jul 28, 2022

WORKING IN JAKARTA DAY 4

On the pedestrian bridge, Jalan Pattimura, Jakarta @2022

 Khamis, 28 Julai 2022.

Pagi2 tadi sudah bangun awal, yakni jam 3.30am.
Buat ibadah sedikit.
Nak tidur semula tapi terkebil2 sehingga subuh, yakni jam 4.52am.

Pergi ke kantor  pun berjalan kaki seperti biasa, dengan hisHAM dan faDLI.
Sempat wak singgah beli buah2an potong ditepian longkang, 30k (RM9).

BIGPAY CARD HAS BEEN DELIVERED

Alhamdulillah.
Setelah memohon pada hari Isnin yg lepas.
Akhirnya kad Bigpay yg dinanti2 sudah tiba dirumah hinggap.

LAUNDRY ISSUE

Semalam sudah terima baju yg sudah dicuci.
Perkhidmatan ekspres tapi ambil masa 2 hari.
Sekarang wak sedang mencari kedai cucian pakaian yg lebih murah.

MAKANMINUMTANGANKANAN

Petang tadi pulang berjalan kaki.
Dengan rakan2 kantor - faiSAL and the gang.
Singgah dulu di restoran Dapur Suami Isteri.
Wak pesan nasi goreng cili hijau original.

Kebetulan restoran ini bersebelahan dengan kedai laundry yg wak baru google siang tadi.
Kata kekunci wifi ada diatas itu.

Lepas solat maghrib di restoran itu.
Kami singgah di kedai vape pula.
Temankan rakan2 beli vape sahaja.
Tapi wak bukan penghisap rokok ya.
Wak hisap benda lain. Huhu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

My hair on the sink @2022

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.