![]() |
| On the way to MRR2 @2022 |
Sabtu, 28 Mei 2022.
Masuk kebun binatang (baca, zoo negara).
Ambil 2 3 gambiran haiwan sudah.
KEMALUAN JUGA AKHIRNYA
![]() |
| Stesen Minyak Petronas Taman Dagang @2022 |
Jumaat, 27 Mei 2022.
Hari ini cadang mahu berpuasa ganti.
Sudah bersahur nasi goreng di awal pagi.
Tapi disebabkan kepenatan dan kecelaruan minda.
Sejam lagi waktu maghrib.
Wak terlupa pula sehingga terminum air yakult yg segar dalam peti sejuk.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| At the Weld @2022 |
Khamis, 26 Mei 2022.
Sebenarnya tugasan kerja potong rumput wak masih belum selesai.
Mgr pak DDI asyik panggil² dari tengah lautan.
Terpaksalah wak cari pelabuhan (baca, port) untuk selesaikan kerja² itu.
Mahu lepak² staycation pun tidak selesa.
Kamus lalat.
Unfinished business - sesuatu yang perlu ditangani atau diusahakan oleh seseorang; sesuatu yang belum dilakukan, ditangani atau diselesaikan. Contoh ayat: anda dan saya masih mempunyai beberapa urusan yang belum selesai bersama.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Reception before 2.40pm @2022 |
Rabu, 25 Mei 2022.
Weekday staycation di Kuala Lumpur.
Kebosanan mencipta kelainan.
Wak mencari-cari penginapan untuk istirehat dari kerja yg tegang lah sangat.
Ceylonz Suites di Bukit Ceylon bersebelahan Bukit Bintang.
Penginapan 4.5 bintang di ibukota.
Layannnnz.
![]() |
| WP Sungai Chuah Abandoned Shopping Mall @2022 |
Selasa, 24 Mei 2022.
Hari ini wak ganti puasa.
Semoga dipermudahkan urusan. Aminn.
Pagi tadi wak sudah berlarian ke Sungai Chuah.
Kemudian ke atas bukit Saudagar Nanas.
Disebabkan berpuasa, wak tidaklah masuk ke restoran nanas itu.
Movie lalat.
Battle: Los Angeles 2011.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Sovotel Putrajaya @2022 |
Isnin, 23 Mei 2022.
Pagi2 sudah berlarian ke Warung Bunian.
Pesan dan makan nasi lemak telur bungkus dan roti canai satu.
Petang pula terasa mahu menjamah mee udang.
Tapi wak cuba mengikut arahan Google maps.
Dua2 warung tidak ditemui.
Mungkin sudah lama bungkus disebabkan Covid yg ganas itu.
Maka wak pun berlarian ke IOI Mall Putrajaya sahaja.
Makan nasi krapow siam sudah.
LAST DAY ON NETFLIX
Sudah beberapa pekan penulis guna Netflix.
Akaun Netflix milik anak lanang yg baru bertugas di KLCC itu.
Hari ini dapat notis "Last day to Watch on Netflix".
Yo wes lah.
Bukan wak tenok selalu pun.
ADZAN SOUND NOTIFICATION
Tadi wak berjaya buat henfon Poco F3 itu mengeluarkan suara azan.
Kerana sebelum ini setting notification suara tidak diaktifkan.
Movie lalat.
Triple Frontier 2019.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Ini durian tembaga (rm25 sekilo) @2022 |
Sabtu, 21 Mei 2022.
Sudah beberapa pekan.
Isteri wak (yg itu) membebel.
Pasal kipas yg tidak berfungsi.
Pasal loceng pintu yg tidak berbunyi.
Dan pasal lampu pagar yg sudah lama rosak dan tidak di pasang.
Semalam petang wak sudah panggil juruletrik.
Dua orang mamat muda lagi.
Mereka cuba periksa apa yg rosak.
Akhirnya masih tidak berjaya.
Upah periksa = rm20.
Malam tadi wak keluar ke kedai lampu.
Kedai yg agak jauh dan disarankan mamat juruletrik tadi.
Tapi bila tiba di parkir kedai pun baru sahaja tutup.
Bila tengok waktu di henfon sudah 8.00 malam.
Yo wes lah.
Singgah di medan selera J.
Cuma pesan minuman manis potong kaki
Air tembikai laici dan lemon asam boi.
Selepas itu singgah di gerai jual buahan.
Beli pisang, rambutan, dan buah salak.
Terlanjur beli sebiji buah durian udang merah (rm35 sekilo).
Habis dimakan wak dan isteri.
Bila anak wedok yg baru pulang kerja dari restoran sushi.
Dia terhidu bahu durian yg sudah habis.
Terpaksalah wak berjanji mahu belikan esok (hari ini) pula.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Kelapa Sawit heading south @2022 |
Jumaat, 20 Mei 2022.
Pagi tadi sudah berlarian ke gagang.
Singgah di Kelapa Sawit untuk solat fardu Jumaat.
Di masjid Kampung Ayer Manis.
Petang pula terus singgah di kedai Mee Rebus Haji Wahid.
Pekena mee rebus dan rojak tauhu.
Alone matcham biasa.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Gunung Pulai (Johor) @2022 |
![]() |
| This is why I'm still fat @2022 |
![]() |
| Mee rebus and rojak tauhu Haji Wahid Taman Rinting @2022 |