May 26, 2022

UNFINISHED BUSINESS

At the Weld @2022

 Khamis, 26 Mei  2022.

Sebenarnya tugasan kerja potong rumput wak masih belum selesai.
Mgr pak DDI asyik panggil² dari tengah lautan.
Terpaksalah wak cari pelabuhan (baca, port) untuk selesaikan kerja² itu.
Mahu lepak² staycation pun tidak selesa. 

Kamus lalat.
Unfinished business - sesuatu yang perlu ditangani atau diusahakan oleh seseorang; sesuatu yang belum dilakukan, ditangani atau diselesaikan. Contoh ayat: anda dan saya masih mempunyai beberapa urusan yang belum selesai bersama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 25, 2022

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: BUKIT CEYLON

Reception before 2.40pm @2022

 Rabu,  25  Mei 2022.

Weekday staycation di Kuala Lumpur. 

Kebosanan mencipta kelainan.
Wak mencari-cari penginapan untuk istirehat dari kerja yg tegang lah sangat.
Ceylonz Suites di Bukit Ceylon bersebelahan Bukit Bintang.
Penginapan 4.5 bintang di ibukota. 
Layannnnz.

Apartmen Ceylonz Suites Klcc By G Suites terletak di daerah Bukit Bintang di Kuala Lumpur, 16 km dari lapangan terbang Subang (SZB-Sultan Abdul Aziz Shah).

May 24, 2022

THE REPLACEMENT FASTING

WP Sungai Chuah Abandoned Shopping Mall @2022

 Selasa, 24 Mei 2022.

Hari ini wak ganti puasa.
Semoga dipermudahkan urusan. Aminn.

Pagi tadi wak sudah berlarian ke Sungai Chuah.
Kemudian ke atas bukit Saudagar Nanas.
Disebabkan berpuasa, wak tidaklah masuk ke restoran nanas itu.

Movie lalat.
Battle: Los Angeles 2011.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 23, 2022

WARUNG BUNIAN, MEE UDANG & NASI KRAPOW

Sovotel  Putrajaya @2022

Isnin, 23 Mei 2022.

Pagi2 sudah berlarian ke Warung Bunian.
Pesan dan makan nasi lemak telur bungkus dan roti canai satu.

Petang pula terasa mahu menjamah mee udang.
Tapi wak cuba mengikut arahan Google maps.
Dua2 warung tidak ditemui.
Mungkin sudah lama bungkus disebabkan Covid yg ganas itu.

Maka wak pun berlarian ke IOI Mall Putrajaya sahaja.
Makan nasi krapow siam sudah.

LAST DAY ON NETFLIX

Sudah beberapa pekan penulis guna Netflix.
Akaun Netflix milik anak lanang yg baru bertugas di KLCC itu.
Hari ini dapat notis "Last day to Watch on Netflix".
Yo wes lah.
Bukan wak tenok selalu pun.

ADZAN SOUND NOTIFICATION

Tadi wak berjaya buat henfon Poco F3 itu mengeluarkan suara azan.
Kerana sebelum ini setting notification suara tidak diaktifkan.

Movie lalat.
Triple Frontier 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 22, 2022

FISHING HOBBY IS A WASTE OF TIME

Tanjung Langsat sunrise this morning @2022

 Ahad, 22 Mei 2022.

Pagi2 subuh sepi-e.
Wak pun berlarian ke Tanjung Langsat.

Oleh kerana lokasi berdekatan lapangan terbang Changi.
Maka berduyun2 dan bersusun2 lah kapal terbang mendarat di situ.

Link: Kali terakhir ke sini (2020).

Ambil dua tiga keping gambiran sunrise sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 21, 2022

DURIAN UDANG MERAH VS DURIAN TEMBAGA

Ini durian tembaga (rm25 sekilo) @2022

 Sabtu, 21 Mei 2022.

Sudah beberapa pekan.
Isteri wak (yg itu) membebel.
Pasal kipas yg tidak berfungsi.
Pasal loceng pintu yg tidak berbunyi.
Dan pasal lampu pagar yg sudah lama rosak dan tidak di pasang.

Semalam petang wak sudah panggil juruletrik.
Dua orang mamat muda lagi.
Mereka cuba periksa apa yg rosak.
Akhirnya masih tidak berjaya.
Upah periksa = rm20.

Malam tadi wak keluar ke kedai lampu.
Kedai yg agak jauh dan disarankan mamat juruletrik tadi.
Tapi bila tiba di parkir kedai pun baru sahaja tutup.
Bila tengok waktu di henfon sudah 8.00 malam.
Yo wes lah.

Singgah di medan selera J.
Cuma pesan minuman manis potong kaki
Air tembikai laici dan lemon asam boi.

Selepas itu singgah di gerai jual buahan.
Beli pisang, rambutan, dan buah salak.
Terlanjur beli sebiji buah durian udang merah (rm35 sekilo).
Habis dimakan wak dan isteri.

Bila anak wedok yg baru pulang kerja dari restoran sushi.
Dia terhidu bahu durian yg sudah habis.
Terpaksalah wak berjanji mahu belikan esok (hari ini) pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 20, 2022

MEE REBUS DAN ROJAK TAUHU HAJI WAHID

Kelapa Sawit heading south @2022

 Jumaat, 20 Mei 2022.

Pagi tadi sudah berlarian ke gagang.

Singgah di Kelapa Sawit untuk solat fardu Jumaat.
Di masjid  Kampung Ayer Manis.

Petang pula terus singgah di kedai Mee Rebus Haji Wahid.
Pekena mee rebus dan rojak tauhu.
Alone  matcham biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Gunung Pulai (Johor) @2022
This is why I'm still fat @2022
Mee rebus and rojak tauhu Haji Wahid Taman Rinting @2022

May 19, 2022

COOL WEATHER THIS MORNING

Cikputih's cousin (not mine) @2022

 Khamis, 19 Mei 2022.

Pagi yg nyaman.
Dalam hati siapa yg tahu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 18, 2022

A GLOOMY PARALLEL WORLD

Mini Orange Juice @2022

 Rabu, 18 Mei 2022.

Tajuk, gambar dan cerita yg berbeza. 

Tiba2 ejen insuran kata polisi isteri wak sudah lupus.
Pihak insuran sudah mesej sejak 10 haribulan.
Tapi ejen terlupa sebab sibuk beraya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 17, 2022

LHDN - BAYARAN BALIK CUKAI TERLEBIH BAYAR DALAM DUA HARI?

Where's my Refund? @2022

 Selasa, 17 Mei 2022.

Hari ini wak sudah hantar fail cukai.
Semoga dipermudahkan.
Aminn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 16, 2022

IT'S STILL GLOOMY IN THIS PART OF CITY

An AKLEH and SUKE highways @2022

 

Isnin, 16 Mei 2022.
Hari cuti ganti hari wesak semalam.

Juga hari guru seantero negara.
Kebetulan harilahir anak lanang wak seng tuwek.

Seharian wak sempat berlarian ke Sekinchan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

FIRST SIGNS OF THE FLUE, LUCKILY IT'S NOT INFLUENZA A VIRUS

  On a COVID-19 rapid antigen test, the "C" stands for the control line. @2025 Jumaat, 5 Disember 2025. Hepi besday untuk yang ikh...