Apr 25, 2022

KIPMART MASAI REVISITED

Driving Saga without insurance nor roadtax @2022

 Ahad, 24 April 2022.

Pagi tadi (eh, sebenarnya sudah jam 11am).
Wak temankan bini wak (yg itu) ke Kipmart.
Bila sampai, ramainya orang ramai.
Kereta nak parking ke dalam pun sesak.
Sampai bini wak suruh patah balik dan datang esok.
Ghisau ghisau pasal parking, pasal troli.
Wak suruh bersabar sahaja sebab sudah sampai kann.

Sementara bini wak (yg itu) sibuk membeli ayam, daging dan sayuran basah.
Wak pun bergegas dan kena beratur pula untuk keluarkan wang di mesin ATM.

Petang wak berlarian lagi ke bandar koboi itu.
Bersama anak lanang mencari kedai spare-parts dan hardware.
Kedai spare-part mencari lampu kereta cikbibah pepel.
Kedai hardware untuk mencari pili air bilik mandi.

Ondway balik, singgah di Lotus's untuk beli air botol.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 23, 2022

BACK TO MASAI

A Grabfood rider @2022

 Sabtu, 23 April 2022.

Olehkerana cikputih sudah boleh berlarian.
Maka wak pun terus pulang ke gagang pagi ini.

Nota lalat.
Wak perasan bila balik ke Malaysia ini.
Agak lambat buka blog wak bila guna henfon.
Kena tunggu iklan dulu seminit dua.
Sehingga ada rakan blogger yg komplen.
Wak minta maaf ya.
Harap kawan2 dapat bersabar juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 22, 2022

TOOTH EXTRACTION (HAVING A TOOTH PULLED)

Alan Adlan Dentist @2022
Jumaat, 22 April 2022.

Pagi tadi wak sudah hantar cikputih ke bengkel kereta.
Ada 2 masalah - transmissi gear tidak bertukar.
Dan penghawa dingin tidak sejuk.

Apr 21, 2022

IFTAR BUFFET STYLE

KL Tower view @2022

 Khamis, 21 April 2022.

Cadang mahu pulang ke Masai.
Tapi cikputih bermasalah pula.
Masalahnya ialah problem.

Petang berlarian ke PJ untuk iftar.

Apr 20, 2022

KUNGFU HUSTLE REVISITED WITH SMART TV

Suria KLCC @2022

 Rabu, 20 April 2022.

Movie lalat.
Kungfu Hustle 2004 (Netflix).
Mission Impossible: Rogue Nation 2015 (Netflix).
The Founder 2016 (Youtube). 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 19, 2022

REST DAY

Kampung Sungai Haji Dorani @2022

 Selasa, 19 April 2022.

Hari Nuzul Quran dan cuti umum.
Pagi tadi kepala wak tingtong lah pula.
Tidur dari pagi selepas solat subuh sehingga tengahari.
Jet lag lah kata kan. 

Hari ini tiada kemasukan emel dari boss atau sesiapa berkenaan kerja.
Jadi wak releks biasa2 sahaja. 

Mahu sambung tidur disebelah petang.
Tapi tidak mengantuk pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Kampung Sungai Limau @2022
Kampung Sungai Limau @2022

Apr 18, 2022

EXEMPT FROM FASTING

On the way to KLIA @2022

 Isnin, 18 April 2022.

Disebabkan musafir, wak tidak puasa hari ini.
Harus diganti nanti.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

BALIK KAMPUNG YAHUU

City Center, Doha @2022

 Ahad, 17 April 2022.

Pagi tadi wak panggil customer service Maybank lagi.
Dipendek cerita, mereka sudah bolehkan set pengeluaran wang luar negara guna mesin ATM. 

Segera wak keluar ke City Center Mall.
Berjaya keluarkan duit.
Terus wak ke Souq waqif

Di Souq Waqif wak beli ole2, spt jam tangan, selendang cashmere, jersey tshirt Qatar dll. 

Pagi wak sudah beritahu JOH suruh driver datang ambil jam 4pm.
Tapi driver tiba awal sebab JOH yg suruh.
Aiyah. 

Segera wak tinggalkan 2 bagpack di pejabat.
Dan terus bawa beg besar dan bag laptop naik kereta ke airport

Di airport, sementara sejam waktu berbuka.
Wak beli air mineral QR7 dan buah epal QR8.
Mahal gilerr wehh. 

Masuk kabin pesawat jam 7pm.
Pesawat terbang jam 8.35pm.

Tiba di KLIA jam 8.30am waktu tempatan.
8 jam perjalanan. 
7 jam beda jam waktu, pada keesokan hari.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Apr 17, 2022

ONE LAST NIGHT IN DOHA

West Bay @2022

 Ahad, 17 April 2022.
West Bay City Center, Doha.

ORANGES WITH LEAVES

Semalam makanan yg mamat Indonn janjikan lambat sampai.
Tapi wak sudah sediakan air tin Mountain Dew, dan buah limau berdaun.
Jadi tidaklah gelabah sangat.
Wak pun bercadang mahu keluar ke Souq Waqif dan makan KFC.

Apr 16, 2022

AFTER 84 DAYS OFFSHORE

At the receptionist @2022

 Sabtu, 16 April 2022.
Doha,  Qatar.

CONFIRMED FLIGHT

Semalam sudah periksa dengan ejen.
Tiket penerbangan pulang sudah diterima.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 84 AND THE LAST DAY

13 Ramadhan @2022

 Jumaat, 15 April 2022.
Doha,  Qatar (Offshore).

PART I  - DEPARTURE TIME

Petang semalam, mamat roommate JON (pinay) tu tanya bila time wak naik chopper.
Sebab dia mahu booking katil wak dibawah.
Dia sudah tanya Radio room diberitahu hanya boleh selepas wak naik chopper
Tapi ...

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.